Sunday 10 November 2013

NAFSU

Assalamualaikum.....

Refresh balik apa yang pernah saya dengar dalam satu program. Tak ingat dah program apa. Apa yang pasti melalui media massa elektronik TV.

Perbuatan Yang Dilakukan kerana nafsu vs Perbuatan Yang terlanjur iaitu bukan kerana nafsu tetapi disebabkan pengaruh Syaitan.

1. Perbuatan Yang Terlanjur aka bukan kerana nafsu tetapi pengaruh Syaitan....hanya akan dilakukan sekali sahaja dan pastinya akan disesali dan segera bertaubat kerana takutkan balasanNya.

2. Manakala perbuatan yang disebabkan oleh nafsu adalah perkara yang dilakukan berulang kali. Tiada perasaan takut dalam diri.

Contohnya:
Perbuatan merokok ...Syaitan cuma mempengaruhi hanya sekali sahaja masa mula mula nak  merokok. Akan tetapi perbuatan itu berlarutan sehinggalah bertahun tahun. Maka itu bukan lagi kerana Syaitan tetapi nafsu nak merokok. Sebenarnya Syaitan dah tinggalkan perokok dah lama dahulu...tetapi perokok gagal nak mengawal nafsu.

Apa yang boleh  dilihat dgn jelas lagi dalam bulan Ramadhan. Masa itu Syaitan dan sekutunya telah dipenjarakan. Masa itu tak adanya Syaitan yang mempengaruhi kita. Tetapi sebenarnya apabila dilakukan jua itu adalah kerana nafsu.

Oleh itu..apabila perbuatan disebabkan nafsu maka wajarlah kita mendidik nafsu secara perlahan-lahan. Cuba sedaya upaya untuk mengurangkan keinginan terhadap nikmat duni semata mata. Sebenarnya amat payah utk dihilangkan. Apa yang wajar dilakukan ialah dgn melaksanakan perintahNya dgn penuh keikhlasan dan istiqamah. Jika kita berjaya In Shaa Allah berjalah kita mendidik nafsu sebagaimana disebutkan dalam Al Quran, " Sesungguhnya Solat itu mencegah daripada melakukan perkara keji dan mungkar".

Sesungguhnya mendidik nafsu ini haruslah istiqamah. Saya tujukan khas untuk diri saya sendiri khususnya.

No comments :

Post a Comment