Saturday 28 June 2014

Ayam Panggang Untuk Berbuka

Assalamualaikum..

Ketakkk...ketungggg...ketakkk...ketakkk...ketunggg...

"Haihhh.....awalnya memasak". Adik saya menegur.

"Mestilah awal...tak akan nak makan baru nak buat ayam ni"saya beritahu dia.

Sebenarnya...saya nak berbuka nanti dgn ayam panggang. Kenela perap awal ayam tu supaya menyerap rasa bhan bahannya.

Petang karang tak adalah tegesa-gesa kan.hehehe...

Tadi...saya sediakan:
kepak ayam (dipotong 2) siap kira berapa org nak makan.
sos tiram
kari
gula apong
ketumbar
lengkuas
serai sikit (sbb panggang saya suka letak)
halia(saya suka byk)
jintan manis
lada putih sulah/biji
garam sikit.
ingat nak letak cili (tak jadi sbb nak buat pencicah lepas ni.)

Pencicah utk sebulan:
kicap tong nam (kicap lain boleh juga:masin)
limau kasturi
cili byk byk(kalau nak pedas sesangat)
beberapa ulas bwg putih
sos
gula pasir
####semua tu diblender

Malam Pertama

Assalamualaikum...

Malam pertama tarawih. Alhamdulillah. Semoga kehadiran ramadhan kali ini lebih bermakna untuk saya. Walaupun kali ini agak berbeza....
Malam pertama tarawih di kampung...penuh surau.Alhamdulillah. Bersemangat...semoga amalan kita semua diterimaNya.
Harapan saya juga...moga dapat realisasikan hasrat saya.

Thursday 26 June 2014

Rezeki

Assalamualaikum,

Rezeki adalah apa yang kita nikmati.Beruntungnya kita masih dapat menikmati. Bersyukurlah kerana:

  1. Sihat
  2. Bahagia
  3. Banyak Masa
  4. Disayangi
  5. Tak Putus Duit
  6. Dilapangkan Dada
  7. Dikurniakan kawan-kawan
  8. Dikurniakan Keluarga
  9. Yang Penting Masih Bernafas.....
Bersyukurlah...Sesungguhnya Rezeki itu Datang Dalam Pelbagai Bentuk. Dapat menaip ini juga rezeki. Sebab jari masih berfungsi dengan baik. Alhamdulillah.

**** Bersyukurlah wahai saya

Harapan Ramadhan

Assalamualaikum saya,

Lusa, kita dah nak puasa. I can't wait...Saya amat berharap ramadhan kali ini lebih baik sebelumnya. Dan amat-amat berharap. Walaupun banyak perubahannya, tetapi saya amat berharap iannya akan menjadi lebih. 
Perkara semestinya saya lakukan adalah...........................

Tak Yah G tau....Tahu Aja La Kan...Istiqamah.In Sya Allah



** Psttttttttttttttt Displin Diri Lebih.

Perlu Ke Cukur?

 Assalamualaikum w.b.t..

Istihdad ialah mencukur bulu ari-ari, dilakukan dengan mempergunakan pisau, iaitu pisau cukur. Al-Aanah ialah rambut yang tumbuh sebelah atas zakar lelaki dan tumbuh disekitar faraj perempuan.
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa: 
“Rasulullah SAW menjadualkan bagi kami paling lama empat puloh hari, supaya tidak lupa mengunting kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu-bulu ari”. (HR Muslim, Ibnu Majjah,Ahmad,Tirmidzi,Nasai dan Abu Daud) .
Bermaknanya paling lama 40 hari kenalah kita servis bahagian-bahagan tersebut. Adakah kita berbuat demikian wahai pembaca?. Jangan kata orang yang tak tahu memang tak buat, Yang dah tahu pun tak buat. Ada yang tak pernah bercukur sampai bertahun-tahun lamanya. Tebal macam hutan belantara. Selepas ni belilah pisau cukur dan mulalah cukur hutan belantara ini.


Dan dialog Rasulullah SAW dengan Iblis,
Pertanyaan Nabi: 
“Siapakah orang yang paling engkau lebih sukai?”
Jawab Iblis: 
“Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu.” 
Didalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Jabir larangan mendatangi isteri tengah malam sebelum bersisir lebih dahulu dan mencukur bulu ari-ari bagi orang yang baru pulang dari perjalanan jauh.
Kerana itu tidak diragukan lagi, mencukur bulu ari-ari dan membersihkannya termasuk perbuatan mustahabbah (Disunatkan) untuk mencegah kutu (kupan) dan bau yang tidak enak.
Dari Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Daripada perkara fitrah ialah mencukur bulu ari-ari, memotong kuku dan menggunting misai”. (HR al-Bukhari) 
Fitrah adalah bermaksud apa yang dicenderungi oleh tabiat kejadian manusia yang sejahtera. Islam adalah agama yang fitrah dn ajarannya menepati fitrah kejadian manusia. Fitrah manusia suka kepada kebersihan dan kesucian. Justeru, amat bertepatanlah pensyariatan mencukur bulu ari-ari ini.
Dalam hadis selain menggunakan lafaz halq al-anah ??? ?????? (cukur bulu ari-ari), Nabi s,.a.w juga menyebut dengan nama al-Istihdad. (al-Bukhari dan Muslim)
Al-Nawawi berkata: 
“al-Istihdad ialah halq al-anah (cukur bulu ari-ari). Dinamakan al-istihdad kerana caranya dengan menggunakan al-hadid (asal maksud besi; dikehendaki di sini ialah pisau cukur).
Perbuatan ini adalah sunnah, dan maqasid atau tujuannya adalah untuk kebersihan manusia itu sendiri. Ini dapat difahami dari segi logic akal fikiran manusia. Sudah semestinya Islam amat menitik beratkan kebersihan. Ini disokong oleh banyak dalil-dalil umum yang lain seperti hadis Muslim (Bersuci itu separuh daripada iman) dan begitu juga ayat-ayat pujian tentang orang yang suka kepada kebersihan.

Kutu Oh Kutu....

Assalamualaikum w.b.t

Main Kutu. Mesti ramai yang dah tahu main Kutu. 
Sekarang ini saya and the gang main Kutu. Yang tukang kutip sayalah selaku tukang simpan sekejap. Alhamdulillah gang saya okey semuanya. Ni dah tahun ke berapa entah. Tak ingat sudah.
Untuk memudahkan diri saya dan gang, sebelum mula main kutu itu, saya dah maklumkan hari yang telah dipersetujui untuk proses kutip. hehehe...senang je. Dan gilirannya saya buat berdasarkan keperluan kawan-kawan dan semestinya dipersetujui bersama. Yang pertama dapat sayalah...hehehe...gang kata sebab saya tukang pegang dan kutip.utamakanlah.Konon-konon je....

Yang Perlu Diketahui...Hukum Main Kutu...
Hukumnya menurut Islam , pada hukum asalnya ialah ‘HARUS’ kerana permainan ini boleh dikatakan dapat membantu sesama rakan.Dan duit yang kita dapat itu ialah duit kita sendiri sebenarnya. Bermakna setiap bulan ahli, kumpulan akan menyumbangkan pinjaman dan wang itu akan kembali kepada kita setelah giliran kita sampai pula. Kekadang jika kita simpan sendiri tk sempat duit tu banyak kita dah keluarkan…
Jadi sebelum kita memulakan permainan ini hendaklah kita mengenali ahli kumpulan yang menyertai permainan ini, pilih seorang yang akan jadi ketua dan orang itu hendaklah amanah. Sebaiknya semuanya dicatat atau ditulis dan direkodkan.

Apa Yang Best Main Kutu Ni?
Bagi Sayalah...
  1. Boleh Displinkan Diri (Bukan Kata Saya Tak Displin, Cuma Lebih Displin) Sebab nak bayar Kutu.
  2. Boleh Beli Apa Yang Dikenan Dihati secara Cash &Carry .(Sebab Tak Suka Berhutang.)
  3. Boleh Ramah Mesra Dengan Gang. (Sebab work station saya lain ) Ada juga alasan nak g work station lain.
  4. Boleh Menanam Sikap Amanah Dan Kerjasama di Kalangan Kami. (Alhamdulillah semuanya okey sampai ada yang ajak sambung lagi tahun depan.
Apa Lagi Ya??????????????? 

Sekarang, saya nak g hantar duit akak tu...Dia Yang Dapa Bulan Ni.............Daaaaaaaaaaaaaaaa

pagi yang indah

assalamualaikum aku...

Hari ini pagi jumaat.Pagi yang indah.Semoga permulaan yang baik. Mendapat keberkatan.Dipermudahkan segalanya.Diberi perlindungan olehNya dari segala apa berbahaya samada datangnya cepat @lambat...yang diketahui dan tidak diketahui.Dikurniakan kebajikan dunia dan akhirat.Dan diampunkan dosa-dosa.

Aku Rasa Macam Tak Sihat...

Assalamualaikum,

Aku rasa aku rasa tak sihat. Rasa nak muntah pun ada, rasa loya la...mungkin aku lewat makan tadi kot. Jam 2.30 aku lunch. Fullamak!!!! mana tak berangin-angin. Semacam aja aku ni....

Duduk kat opis pon macam melangok-langok jak. Sekejap kat meja, sekejap kat kerusi, picit-picit jari. tahan-tahan kepala. tarik-tarik scarf...apa apa tah lagi. huhuhu.....

Kringggggggggggggggg....cepat aja telefon berbunyi aku jawab. Perghhhhhhhh...

Rupanya boss aku kol la. Dok tanya pasal minit mesyuarat. Aku kah yang catat? Seingat aku ...bukanlah..orang lain tu. Tapi aku cakap nak semak dulu dalam file aku. 

Alhamdulillah bukan aku. hehehe......

Nak dipendekkan..............rasa macam tak sihat aku HILANG.Alhamdulillah

yeyehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...yeyehhhhhhhhhhhhhhhhh....


**wahai aku janganla selalu rasa macam ini.

Wednesday 25 June 2014

Aku Datang Lagi...

Assalamualaikum Aku,

Lamanya tak menjengah...Rindu serindunya.Seikhlasnya aku rindu...Rindu untuk merawat hati sendiri. Rindu untuk memotivasikan diri sendiri. Aku lebih senang sebegini. Dengan cara ini aku dapat memotivasikan diri aku. Tak tahu kenapa? Tapi inilah cara aku.

Ada betulnya yang pernah aku baca " perempuan yang banyak suka & ketawa menyembunyikan kesedihannya".

Dan dengan inilah aku lebih senang berbicara/bermonolog supaya dapat memotivasikan diri sendiri. Dengan mudahnya aku boleh kata boleh melepaskan rasa...fuhhhh!!!! lega.

La Tahzan aku....