Thursday 23 May 2013

Tukar Hak Milik Kenderaan

Assalamualaikum korang....

Hari ini nak berkongsi cerita tentang tukar hak milik kenderaan. 
Memang menjadi kebiasaan saya agaknya...kalau nak pergi ke sesuatu tempat ( urusan rasmi tetapi peribadi) mesti nak kol dulu. Nak tanyalah dokumen apa yang patut di bawa. Bukan apa...nanti tak adalah buang masa ulang-alik. Penat tuuuu..... (kalau sayalah) ....Sobbb sobbbb.... sobbbbb ( macam terasa geram sedikit 5% aja la.... sebab berkali kol tak angkat. Tak tahu kenapa?????Tak boleh jadi ni.....

Jam 12.00 ....menunggu anak sedara coz nak pindah milik kat dia.  Anak sedara guna motosikal itulah.......tapi dah berubah wajah. hurmmmm..... 
Cakap dengan anak sedara...guna motosikal aja coz saya malas nak driving...apala...punyalah malas hari nak drive. Bukan apa ...saya sebenarnya takut sesak. Nanti lewat masuk ofis. 
Rasanya pertama kali naik motosikal dengan anak sedara yang sorang ni.... so tanyalah kat dia. Gerek @ can@awek@buah hati tak jeles ke tengok mak sedara naik motosikal bersama????????hahahhaha....saya pon gelak dengan pertanyaan yang entah apa-apa ni.

Yeyehhhhhh....kita sampai dah...JPJ kuching
Fulamakkkkkkkkkkkk ramainya orang.....
Dengan yakinnya saya ambil nombor ( Tekan B - Tukar Hak Milik) .Lepas itu saya pergilah kaunter pelanggan....tanya prosedurnya macam mana. Disebabkan saya hilang geran....saya kena isi borang lain terdahulu...iaitu borang lapor kehilangan..so nak minta salinan.
  1.  Isi borang .....siap semua dah tandatangan ( Ambil Nombor ~~~Tekan D ) Tadi kena bayar RM5...........Alhamdulillah dah dapat dah salinan. 
  2. Pergi lagi kaunter pelanggan . Barulah isi borang Tukar Hak mIlik (Tekan B) Bayar lagi RM5.
Sebenarnyakan........perkara utama yang saya nak kongsi adalah mesejnya . Omputeh kata moral of the story.
  1.  Mula-tadikan saya kol...tapi sentiasa tak terjawab. Kalau ofis saya memang dah kena sound..Etika telefon cuma tiga kali deringan sepatutnya. Apabila pergi ke situasi sebenar dapat saya perhatikan...mereka sibuk melayan pelanggan....patutlah tak terjawab. (Sambil urut dada---nak pujuklah hati...mujur tadi bersabar) So janganlah mudah prasangka kalau tak tahu situasinya kan. Banyaklah bersabar.
  2. Masa menunggu saya sempat perhatikan masa operasi. Sepatutnya dah boleh rehat masa ini....12.30 - 1.00 ) betul-betul lunch time kan. Tetapi saya tengok...ketiga-tiga yang bertugas masih sabar & mampu lagi tersenyum. Dengan erti kata.....saya kagumlah. Mesej yang saya dapat di situasi ini....apa sekalipun utamakan pelanggan. Senyum-senyumlah.....hehehe...
Sekian....



Friday 17 May 2013

Congkak

Assalamualaikum...
tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......bukan jangan pandang belakang congkak k.
CONGKAK iaitu salah satu permaianan tradisional. Yang dedulu amat disukai ramai. Mungkin juga sekarang ini, ada yang minat tetapi kurengggggggggggggg.... Agaknyalah. (pendapat peribadi aja)

Hari ini saya pergi pemilihan untuk permainan congkak. Alhamdulillah terpilih (peserta bukan ramai pon~~~~ hehehe sesaje la kan kasi semangat k)
Esok nak g bertanding kat sekolah. Lepas tu akan pergi lagi ke  ___________________ (fill in the blank) Hope so. Korang doakanlah saya. Bukan apa semangat semangat semangat k.... Dalam apa jua kita mesti bersemangat. Walau hakikatnya tak semangat..tapi kenalah bersemangat. 
Saya juga sebenarnya suka outdoor activity...tapi itulah kekangan yang cuba saya elakkan. Tapi tak apa...indoor..pon indoor lah kan. Yang penting saya suka, selesa & berupaya (betul ke perkataan ni)...hurmmm boleh aja guna pakai kan. 

Berbalik topik asal....
Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.
Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.


Papan congkak berbentuk bangau menyudu.

Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm. Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain. Untuk memulakan permainan, biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama banyak dan rumah dibiarkan kosong.

Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.
Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan.
Sumber : Wikipedia.org

Muflis @ Bankrap

Assalamualaikum...


Saya hari ini nak berkongsi tentang muflis ( lebih sopan bunyi nya kan) @ Bankrap ( ala- ala cruel secara halus ~~ bagi sayalah)
Dalam minggu ini saya & the gang telah menghadiri satu talk ni. Tajuknya Muflis : Adakah peluang kedua.

Sejujurnya apabila ditanya tentang insolvensi??? Saya baru kali kedua dengar. 1st time tu masa kat TV la ...ada iklan. tapi memang buta dengan kata lain tak tahu langsung tentang jabatan ini @ Empty laaa lagi senang. 2nd time masa g talk inilah. Barulah ada sedikit maklumat. Dan sekali lagi jujur saya katakan talk ini memang bagus dikongsi bersama, Bukan apa, mungkin ada yang tak tahu @ ada yang dah tahu tapi tak ingat @ ada juga yang nak tahu tapi tak tahu mcm mana nak tahu. Tapi kalau sayalah...nak tahu juga. Siapa tak nak ilmu kan.
 Sebenarnyakan,  ramai di kalangan kita cenderung ke arah pemikiran negatif tentang muflis ni. Memang tak dinafikan implikasinya tetap ada. Sebab itu ramai yang tak suka diisytiharkan muflis. Siapa yang nak kan??? Kalau saya pon tak nak. Bahkan, selepas dengar talk ni,  memang bersemangat nak mengurus kewangan sendiri dengan lebih berkesan. Berbelanja secara berhemah. Sekalipun, sebelum ini berhemah juga...cuma perlu kosisten dan lebih berdisplin (kadang tersasar juga...huhuhu sesaja nak motivasi diri)

Apa itu muflis @ bankrap
Kebankrapan merujuk kepada satu proses di mana seorang penghutang diisytiharkan muflis melalui perintah Mahkamah. Segala harta kepunyaan bankrap terletak hak kepada KPI dan KPI bertanggungjawab utnuk menghasilkan dan menjual semua harta tersebut. Hasil jualan harta akan diagihkan kepada pemiutang yang memfailkan bukti hutang dalam kes kebankrapan bankrap.

Punca utama yang telah dijelaskan adalah:
  1. Sewa beli kereta  - Pernah tak korang trade in kereta...haaaa......masa inilah. Biasalah kalau dah ada yang baru, yang lama kadangkala dibiarkan terus tanpa selidik lagi. Maklumla ada yang baru kan. Harapnya kita bukanlah tergolong dalam ni k....cuba elakkan & beringat...Settlekan penjualan kereta lama. Pastikan nama pemilik dah ditukar, Kalau boleh double check dengan bank. Bukan apa untuk diri sendiri jugakan. Selain itu juga, salinan ic korang, pastikan tak bagi sebarangan. Bukan apa...tetiba aja nama korang naik...siapa niaya???? Orang lain boleh guna salinan ic korang buat loan & sebagainya.Jangan pula korang kata tak ada....inilah buktinya. Kalau tak takkan jadi faktor utama muflis kan.
  2. Beli rumah - Tak dinafikanlah beli rumah memang mahal. Rasa sesak juga mula-mula saya kena potong masa beli rumah. Tapi lama-lama alhamdulillah.  Pandailah juga atur bajet kam. Pendek kata, terpulang kat diri kita la kan.
Cukuplah dua faktor ni k.

Selain itu juga, korang nak tahu kenapa sekarang ini banyak  kes muflis dilaporkan??
Penghutang sebenarnya bukan nak lari dari hutang....TETAPI inginkan ketenangan. Mana tahan ...asyik kena ganggu pemiutang...boleh jadi gila beb!!!!...huhuhuhu niaya aja kan. So dengan ini...penghutang lebih rela melaporkan kes ini. Supaya kes ini ditangani oleh MDI.
 
Untuk keterangan yang lebih jelas....korang godek godek  kat sini MDI
Sekian.







Monday 13 May 2013

Rahsia Nama Blogku

Assalamualaikum w.b.t...

Rahsia blogku.... apatu??? Rahsia apa?? ehemmm....

Tak adala rahsia sangatpon....namapon rahsia mestilah korang lom tau lagikan.
Kalau dah tau takkan la disebut rahsia.
Sebenarnya nak pecahkan rahsia (bagi yang lom tau laa) 
Singgah lok?? Situk lok Tau tak apa maksudnya? Mesti ada yang tak tau kan.

Singgah lok & situk lok adalah bahasa melayu sarawak.

Singgah = berhenti sekejap

Situk = sini

lok = dulu

Jadi maksudnya adalah behenti sekejap sini & sini dulu.

hehehe...janganlah marah..Ini ilmu yang patut kita kongsi tau.

So.....korang rajin-rajinlah singgah sini k. tadaaaaaaaaaaaaaaaa....

Friday 10 May 2013

Damai Selepas Sengketa

Ehemmm..ehemmm... Lidah lagikan tergigit...pastinya setiap di antara kita mengalami perkara ni kan. Jangan kata tak...tipu la tu...Itulah namanya asam garam kehidupan.

Damai Selepas Sengketa.
Sengketa  wujud apabila salah satu pihak merasa lebih baik. Maka wujudlah perasaan tak puas hatikan.
Cepat @ lambat nak berdamai dipengaruhi oleh EGO seseorang itu. 
Sebenarnyakan, sengketa ni ada baik buruknya juga.  Kalau sengketa yang dibelenggu perasaan dendam, hasad dengki dan yang boleh mencetuskan kemarahan melampau itulah yang tak bestnya. Kesannya akan menyebabkan putusnya satu hubungan dan timbulnya perasaan benci. Manakala dari segi bestnya pula....kalau sengketa ala-ala manja itulah.....(bagi yang berkahwin terutamanya) sengketa ala-ala manja menjadikan seseorang itu lebih mengenali pasangan. Selain itu juga boleh mengukuhkan lagi satu hubungan. Bukan apa, kadangkala kita sendiri tanpa sedar@ buat-buat tak sedar (tak pastilahkan) apa yang kita lakukan, menimbulkan tidak puas hati pasangan. Mulalah sengketa sikit jee....pastu berdamai. Kehidupan juga lebih ceria. Taklah hambar sangat kan. (Itu hanya pendapat peribadi - lain orang lain pulakan)
Kalau part berdamai pula, tengok juga ..... 
ada yang nak sangat dengar "Saya yang bersalah" selagi tak dengar tak ada maafnya, 
ada pula suka dengar "Maafkan saya"
Ada juga yang nak nak nak sangat dengan "saya dah bertaubat...tak akan buat lagi" 
Ada juga yang nak berdamai mahukan "ganjaran"....Contohnya...sengketa kecil itu timbul kerana pasangan batalkan pergi bercuti...haaaaaa...maka wujudlah isu ganjaran ni. 
Apa sekalipun, (bagi sayalah) komunikasi itu amat penting. Perlukan komunikasi yang berkesan & jelas.  In shaa Allah, sebarang ketidakpastian pasti akanjelas.
Sekian.... tadaaaaaaaaaa.........

Thursday 9 May 2013

Tiga Tempat Menarik Di Kuching Sarawak

Assalamualaikum semua...

Kenapa harus saya bercakap tentang tiga aja tempat menarik di Kuching Sarawak? Kan dah banyak topik ni kan...Ini kerana :
  1. Nak topup pengetahuan saya sendiri. 
  2. Acap kali saya di tanya tentang perkara ini. Secara tak langsung, saya boleh menjawab persoalan itu.....hehehe...sekalipon saya belum pernah pergi. Dalam erti kata pengalaman dari pembacaan la ni kan.
  3. Hanya tiga ~~~ berdasarkan tinjauan tak rasmilaaa...frequency tinggi untuk tempat ni.
  4. Peluang nak up date blog (hehehe)
  5. Nak ngeso pix yang dikutip dengan bantuan En Gogel(tunjuk ~~ dalam bahasa melayu / show ~~ in English Kalau tetiba ada pix...tak ke terkezutttttttt kan...

Jom layannnnnnnn..............

1. Water Front
  1. Tak cukup sempurna kalau tak pergi kat sini. Orang katalah...(hehehe) Tempat yang strategikla saya kira. Kiranya water front adalah daya tarikan yang utama. Diseberang sungai tu adalah tempat jualan kek lapis. Manakala sebelah sungai lagi adalah deretan kedai yang menjual pelbagai kraftangan sarawak. Kalau nak menikmati pemandangan sepanjang Sg Sarawak, boleh aja menggunakan perkhidmatan Sarawak Cruise ni. Tambang nya saya tak pasti pulak. Coz dedulu saya pernah naik.....memang best gilerla pemandangan di malam hari. Masa tu saya naik free je. Ada majlis organisasi. 













 2. Kampung Budaya

Ruginya kalau tak singgah sini. Inilah muzium hidup. Merupakan muzium hidup terbesar di dunia. Ini kerana kalau korang pergi sini seolah-olah korang dah melawat satu Sarawak. Kat sini korang boleh melihat sendiri aktiviti kebudayaan dan budaya kaum yang terdapat di Sarawak. Kalau nak masuk sini kalau tak silap adalah RM40 seorang. Manakala kanak-kanak RM30. Kalau ikut rombongan ada diskaunlah agaknya. Saya pergi ke sini dedulu membawa rombongan dari Terengganu. Gambar tu adalah,,,malula nak taruk...hehehe (jangan mare) Tapi....korang layanla pix ni ya.





 3. Kilang Pasu

Inilah antara keunikkan Sarawak. Ruginya kalau tak beli.... Bukan apa, kalau beli sekurang-kurangnya adalah kenangan korang & membawa balik keunikkan Sarawak tu kan. Kilang ni terletak di Batu 4.





Mesti korang tertanya-tanya kek lapis, ikan terubuk tak menarik ke??? Ala....menariklah jugak...tapi boleh pos je. Yang ketiga-tiga tempat ini...kalau korang pergi sendiri...memang cukup best. Apalagi...jom pergi  ke (Kuching) Sarawak. 





















Asal Usul Nama Kuching

 Versi 1
Kuching???? 
Mungkin di antara kita ramai berpendapat yang nama Kuching itu asalnya dari kucing @ pusak @meow@cat. Mungkin juga di kalangan kita yang dah tahu....Kuching itu adalah asalnya dari sebatang pokok(one the only one) yang ada di tengah bandaraya Kuching satu ketika dahulu. Saya juga sebenarnya tidak tahu. Betul-betul saya ingatkan asalnya dari kucing (sejenis haiwan yang dikenali sebagai pusak)
Saya dapat tahu ketika duduk bersama dikalangan rakan sekerja. Dan beliau juga dapat tahu daripada seorang pensyarah yang sedang membuat kajian asal-usul Kuching. Sejauh mana kebenarannya belum lagi saya dapat buktikan. Ini cuma pengetahuan yang diperolehi secara lisan. 

Versi 2
Ada pendapat yang menyatakan bahawa Kuching mendapat nama sempena sebatang sungai kecil, Sungai Kuching yang mengalir di antara Muzium Cina dan Kuil Tua Pek Kong. Sungai Kuching pula barangkali memperoleh nama daripada Kucing Hutan yang kerap mengunjunginya. Sungai tersebut juga berhampiran dengan sebuah bukit yang banyak ditumbuhi oleh pokok Buah Mata Kucing. Lantaran tersebut ianya diberi nama Bukit Mata Kucing.

Bagaimanapun, fakta sejarah menunjukkan bahawa Kuching telah dikenali dengan nama tersebut semenjak kedatangan pengembara Inggeris, James Brooke pada tahun 1839. Selain itu, pendapat lain menyatakan pada zaman pemerintahan Brooke, Kuching memainkan peranan penting dalam aktiviti perdagangan Indo-China serta Asia Pasifik. Kedudukannya di selatan kepulauan Borneo merupakan lokasi yang strategik untuk dijadikan pelabuhan persinggahan pedagang-pedagang Indo-China.

Justeru, terdapat teori yang menyatakan Brooke mengambil nama Kuching dari perkataan 'Cochin' yang bermaksud pelabuhan pada zaman itu. Sebelum meneruskan pelayaran, pedagang-pedagang dari India mahupun China sering singgah sebentar Kuching (Borneo) untuk mendapatkan bekalan dan ada yang mengambil kesempatan untuk memperbaiki kapal-kapal mereka. -Sumber Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Kuching

Wednesday 8 May 2013

Wanita oh Wanita part 3

Wanita :
  • mampu bercakap & mendengar secara serentak.
  • cakap berkias dapat membantu wanita dalam membina perhubungan sesama mereka. Namun ia jarang mencapai maksud yang sama apabila berurusan dengan lelaki kerana mereka memang tidak faham apa yang sebenarnya diingini.
  • tidak gagal. Mereka cuma tidak berjaya menjadi lelaki.
  • meninggalkan orang lelaki bukan kerana dia tidak gembira dengan apa yang diperolehi tetapi kerana kemahuan emosinya tidak dipenuhi.
  • bercakap perihal masalahnya bagi melegakan ketegangan. Walau bagaimanapun, dia hanya mahu didengari, bukannya diperbetulkan.
  • apabila ianya sedang marah, jangan cadangkan apa-apa penyelesaian ataupun menafikan perasaanya. Kita hanya perlu tunjukkan kepadanya yang kita dengar apa yang dikatakannya.
  • bercakap ketika tertekan. Pada ketika itu, lelaki hanya perlu mendengar...dengar & dengar. Bukannya mencadangkan jalan penyelesaian.

Tuesday 7 May 2013

Lelaki oh lelaki

Apa Yang Wanita Perlu Tahu Tentang Lelaki???


  1. Sistem Imun yang kuat membuatkan lelaki memiliki tarikan luar biasa.
  2. Kebiasaannya lelaki memilih kad ucapan yang mengandungi banyak perkataan di dalamnya. Dengan cara itu hanya sedikit ruang yang tinggal bagi mereka menulis.
  3. Lelaki menunggu giliran apabila mahu bercakap. Oleh itu apabila gilirannya tiba, biarlah dia sahaja bercakap.
  4. Bagi menyuruh lelaki mendengar beritahunya sejak awal & sediakan agenda.
  5. Apabila bersalah, lelaki merasakan dirinya gagal kerana dia tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan betul.
  6. Lelaki benci dikritik. Itulah sebabnya mereka lebih suka berkahwin dengan anak dara iaitu wanita yang lebih muda & belum banyak pengalaman,
  7. Kebanyakkan lelaki mengalami pendarahan otak hanya selepas 20 minit membeli belah.

Wanita oh wanita part 2


Wanita Memang Suka Bercakap

A/bila duduk bersama menonton TV, kumpulan wanita selalunya bercakap serentak perihal pelbagai perkara termasuk perihal anak-anak, lelaki, kerjaya @pun apa saja  yang sedang berlaku dalam kehidupan mereka. A/bila lelaki & wanita duduk bersama menonton TV, lelaki selalunya menyuruh isteri mereka diam. Lelaki tidak dapat menonton dan bercakap pada masa yang sama. Mereka perlu memilih sama ada mahu menonton ataupun bercakap. Pada masa yang sama, mereka tidak dapat memahami bagaimana wanita dapat membuat dua perkara itu serentak. Wanita sentiasa merasakan tujuan mereka berkumpul adalah supaya semua sama -sama berseronok & merapatkan hubungan. Mereka tidak mahu hanya duduk bermalas-malasan di sofa sambil merenung kaca TV.

Bagi wanita, bercakap adalah peluang membina perhubungan & mendapat kawan baru. Selain itu wanita mampu bercuti bersama rakan wanitanya selama dua minggu & sekembalinya daripada percutian, dia menelefon rakan yang sama serta berbual lagi selama dua jam. ( agak- agak korang , betul ke ni??? ) 
Ketuk kepala sila refresh k!!!!... Apapun saya one of them..Kerana saya juga wanita.  hehehehe...

Cara Nak letak lagu banyak banyak dalam blog

Assalamualaikum...
Jam 12.00 tgh hari. Nothing 2 do....sesambil menunggu & menunggu...x keluar lunch pon... So, masa digunakan utk mengedit yang patut diedit... 
Nak tau apa yang saya buat????????????   Jeng jejengggggg...(tak suprise pon...title pon dah tau)
Berkongsilah bersama-sama........ jom terjah talkdrama . Kat situlah..saya dapat tahu cara nak bubuh lagu banyak-banyak.....Sengajalah tak bubuh direct instruction...bukan apa...menggalakkan korang menerjah blog tu. Sumber katakan...kenelah bagi penghargaan kat tuan punya blog. (tepuk tangan sikit)

Kamek itu aku

Kamek itu aku. Sayalah tu. Basyirah penyampai berita gembira.
Sudah lama saya tak wat blog ( saje nak motivasikan diri). Ala bukan pandai pon (hehehe) Itupon saya belajar masa kursus yang opis buat. Tahun bila tah!!!!! Kalo tak silap 2 tahun lepas agaknya.  Bolehla nak praktik. Nak lekatkan ilmu....so kenala praktis sendiri.
 Inilah hasilnya !!!!!!! Korang godek godeklaaa .......huhuhu janganla kutuk k.
Mula buat masa lunch daripada melongo, termenung sana-sini (3 Mei 2013) .
Sebenarnya, saya masih bersemangat nak berblog ni....alamak!!!!!! dah 14.15. Saya kene stop. Ada keje lain pulak..

To b Continue.......................


Part 2

Saya baru saja jenggggg jengggg jengggggggggg. Korang  cubalah KLik ....nanti korang tahulah.
Sambil sambil kan. Buatlah apa yang patut dibuat. Lagipun saya nak buat apa lagi????( Menunggu dengan penuh kesabaran) Saya apa lagi memblogging dahulu. Maklumlah tengah 'heat" semangat ni. 
Lepas ni saya nak berkongsi tentang apa lagi ya. Sebenarnya, nak buat blog ni pon kerana ingin berkongsi apa yang patut dikongsi. Selamat berkongsi k.




Part 3

Assalamualaikum w.b.t
Dah berbulan tak jenguk blog. Bukan apa , kekangan masa sebenarnya. Maklumlah dah ada baby kan. Bersemangat sahaja. Memang bersyukur sesangat ke hadrat Illahi dengan segala kurniaanyNya. Namun, saya sangkakan panas hingga ke petang tapi hujan di tengah hari. Apapun, saya terima dgn hati yang terbuka dan redha atas segala ketentuanNya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Cepat atau lambat aja. Namun saya tetap bersyukur dengan apa yang dikurniakanNya. Sentiasalah berprasangka baik.(pesanan utk diri saya khususnya). Aapapun terima kasih berbanyak banyak kepada my lovely family. Specially to my sis  ....banyak menyokong dalam saya. Dan saya amat kagum dengan dia. Segalanya kami kongsi bersama...tq so much mak usu...love u a lot. Pray 4 both of u mak usu & pak usu....selamat pengantin baru semoga diberkati sentiasa , semoga dilimpahi rahmat dan semoga kekal hingga ke akhir hayat.

Sistem Gaji Online

Saya merupakan salah seorang daripada mereka yang kerap menyemak gaji online. So asaya bubuhlah kat blog saya ni..... Cuba Klik . Menyelam sambil minum katakan......jika nak print out slip, sambil saya mendekorasikan blog ni. Maksudnya...nak up date, nak bubuh gadget ke....

Pengenalan SPSS

 Pengenalan kepada SPSS
SPSS = Statistical Package for the Social Sciences [Statistical Product and Service Solutions]
Merupakan satu sistem yang berupaya menguruskan data serta membuat analisis secara statistik.Analisis statistik merupakan teknik/kaedah yang digunakan dengan tujuan untuk memahami data. Antaranya,
membuat penelitian, ringkasan dan penganalisian data supaya ianya mudah difahami.SPSS mudah digunakan tetapi memerlukan pengetahuan asas untuk mentafsirkan output.

4 Jenis Taraf Pengukuran Data

Pemilihan kaedah analisis serta ujian statistik bergantung kepada jenis data.Umumnya, terdapat 4 jenis (disusun mengikut taraf pengukuran data terendah ke tertinggi):

Nominal
Data hanya dapat diklasifikasikan ke dalam kategori, nama atau label.Tidak dapat disusun mengikut urutan.Contoh: jantina, staf ID

Ordinal
Sama seperti nominal + ia boleh disusun mengikut urutan.
Tetapi tidak boleh mengukur perbezaan di antara dua data/melakukan operasi matematik.
Contoh: Kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan bank; sangat memuaskan, memuaskan, neutral, tidak memuaskan, sangat tidak memuaskan.

Selang
Sama seperti ordinal + perbezaan antara data adalah bermakna dan ianya boleh diukur.
Contoh: perbezaan suhu antara 80oC dengan 90oC adalah sama dengan perbezaan suhu antara 20oC dengan 30oC.
Nilai sifar tidak menggambarkan kosong secara mutlak. Contohnya, 0oC tidak bermaksud tiada suhu. Oleh yang demikian, kita tidak dapat menyatakan bahawa 100oC adalah satu kali ganda lebih panas daripada 50oC.

Nisbah
Sama seperti ordinal + nisbah memberi makna.
Nilai sifar menggambarkan kosong secara mutlak. Contoh, 0kg bermaksud tiada berat. Maka, kita boleh katakan bahawa 100kg adalah satu







Nak Letak Lagu Kat Blog ke??

Alhamdulillah........berjayalah buat. Tahniah kat diri sendiri (sambil tepuk tangan) 
Saya berjaya letak lagu ni....yang korang dok layan ni la..(my sis suggest lagu ni..., katanya saya minatla) So saya bubuh ajalah. Lagipun memang suka melayan lagu bila mengodek-godek @ memblogging.Kalau tak nak mute kan aja. (so easy).
Berbalik topik asal, nak kongsi bagaimana saya buat ni. (senang je sebenarnya). 
Apa kata cuba  Klik 
1. Korang taipla nama artis & tajuk lagu kat kotak yang ada tertera (nama artis & tajuk lagu).

2.Copied aja html tu.

3. Korang sign in kat blog.

4. Cari  add a gadget ( html/javascript) 

5. Paste.

Mudah aja kan........Cuba jangan tak cuba.

Undang undang Perniagaan

Undang-undang Perniagaan

1.         PENGENALAN  
            1.1  DEFINISI AKTA KONTRAK 1950
            Takrif mengikut AK 1950 adalah:
            Seksyen 2(h)-“ Sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oelh undang undang adalah kontrak.

            Merujuk kepada seksyen 10(1) yang memperuntukkan bahawa “ semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk suatu balasan yang sah, dan dengan sesuatu tujuan yang sah; dan tidak ditetapkan dengan nyata mengikut peruntukan Akta ini bahawa ianya batal”.

            Seksyen 10(2) – Tiada sesuatu yang terkandung dalam Ordinan ini boleh menyentuh mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa di Persekutuan yang menetapkan bahawa mana-mana kontrak mestilah dibuat secara bertulis atau di hadapan saksi, atau mana-mana undang-undang mengenai pendaftaran dokumen-dokumen.  

2.         ELEMEN ELEMEN KONTRAK
2.1      TAWARAN
Istilah tawaran juga dirujuk sebagai cadangan. Ia ditakrifkan mengikut Seksyen 2(a) AK 1950 – “apabila seseorang menyatakan kesediaan kepada seorang yang lain untuk melakukan atau menahan diri daripada berbuat sesuatu itu, maka bolehlah dikatakan bahawa orang itu membuat cadangan”.

Cadangan atau perjanjian yang dibuat oleh pembuat yawaran kepada penerima untuk melakukan sesuatu atau menahan  diri daripada melakukan sesuatu. Tawaran mesti jelas, lengkap dan muktamad. Penerima tawaran mesti disebutkan sama ada individu atau sekumpulan individu atau umum.

Contohnya tawaran untuk mencari kucing yang hilang. Manakala pelawaan tawaran seperti: membeli barangan yang di lelong atau iklan.
     
2.2      PENERIMAAN
Akta 1950 mentakrifkan penerimaan mengikut Seksyen 2(b) AK 1950 sebagai: “apabila orang kepada siapa tawaran itu dibuat menyatakan persetujuan dengan tawaran berkenaan diterima: sesuatu tawaran bila diterima, adalah menepati janji”.

Suatu menerima  cadangan daripada pihak yang membuat tawaran. Penerimaan mestilah jelas, tepat dan muktamad. Dibuat secara biasa dan munasabah melainkan jika tawaran menetapkan cara penerimaan. Ia juga mesti dikomunikasikan dan dibuat dalam jangka masa yang munasabah dan dianggap lengkap sebaik sahaja pembuat tawaran mengetahui dan menerimanya.

2.3      BALASAN
Seksyen 2(d) AK 1950: “menurut kehendak pembuat janji, apabila penerima janji atau siapa sahaja yang telah membuat atau telah menahan diri dari membuat sesuatu, atau memi membuat sesuatubuat atau menahan diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu”.

Unsur-unsur balasan:
2.3.1   Timbal balik
2.3.2   Balasan lampau adalah sah
2.3.3   Balasan tidak semestinya berpadanan
2.3.4   Mesti sah disisi undang-undang
2.3.5   Balasan tidak semestinya dating daripada penerima janji


2.4      NIAT
Elemen niat ini ialah sesuatu yang perlu ditentukan oleh mahkamah sebagai wujud sebelum memutuskan kewujudan kontrak yang mengikat.
Mengikut undang-undang Inggeris, perjanjian tidak akan membentuk kontrak yang mengikat melainkan pihak yang terbabit  dengan perjanjian berkenaan mempunyai niat untuk menjalinkan ikatan di sisi undang-undang. Ini diputuskan dalam kes Weeks lwn Tybald(1605)

2.5      KETENTUAN
Seksyen 30 AK 1950 memperuntukkan:
“Perjanjian-perjanjian yang mana maknanya tidak boleh ditentukan, adalah batal”.
Sesuatu kontrak yang sah mestilah mengandungi peruntukan yang nyata dan tentu atau tidak samar-samar.
Contohnya ; Keputusan mahkamah dalam kes Karuppan Chetty lwn Suah Thian(1916). Tidak ada ketentuan di sini apabila pihak berkontrak bersetuju memajak tanah dengan harga RM35 sebulan ‘ seberapa dia suka’. Mahkamah memutuskan kontarak batal.

2.6      KEUPAYAAN BERKONTRAK
            Seksyen 10 AK 1950 memperuntukkan:
(1)               Semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah, dan dengan sesuatu tujuan yang sah; dan tidak ditetapkan dengan nyata mengikut peruntukan ordinan ini bahawa ianya batal.
Seksyen 11 memperuntukkan “ setiap orang adalah layak membuat kontrak sekiranya ia dewasa menurut undang-undang yang mana ia tertakluk, dan sekiranya ia berakal sempurna, dan tidak hilang kelayakkan untuk membuat kontrak menurut mana-mana undang-undang yang mana ia tertakluk.
3.        FAKTOR FAKTOR MEMBATALKAN KONTRAK 1950
            Seksyen 2(g) memperuntukan:
           “sesuatu perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah batal”.
            Apabila sesuatu kontrak batal, ia bermakna bahawa tidak wujud tanggungjawab sama sekali bagi pihak yang berkontrak untuk melaksanakan kontrak. Kontrak berkenaan adalah tidak sah dari awal lagi dan tiada hak dan tidak bertanggungjawab mengikut kontrak sedemikian. Antaranya adalah;
3.1      Perjanjian Menyalahi Undang-undang
Seksyen 24(a) AK 1950 – Ini bermaksud perjanjian yang dipersetujui oleh pihak berkontrak secara jelas bercanggah dengan peruntukkan sebarang undang-undang. Apabila terdapat percanggahan, maka perjanjian sedemikian adalah batal kerana dilarang oleh undang-undang.
Dalam kes Govindji &  Co. lwn Soon Hin Huat (1982), seseorang pembeli tidak berdaftar telah menandatangani kontrak membeli kelapa kering dan ini bertentangan dengan peraturan yang dibuat mengikut Federal Agricultural Marketing Authority Act 1965. Mahkamah memutuskan kontral batal kerana bertentangan dengan undang-undang.
Seksyen 24(b) – Ini merujuk kepada kontrak yang ditandatangi tetapi tidak dengan nyata melanggar peruntukan undang-undang. Sebaliknya, undang-undang Cuma melarang perjanjian atau kontrak berkenaan secara implikasi, iaitu dengan mengenakan denda atau hukuman jika terdapat pelanggaran.
Contohnya, sesuatu undang-undang membenarkan sesuatu kontrak ditandatangani pada masa ia melarang kontrak dibuat oleh orang yang tidak mempunyai lessen atau permit.
Seksyen 24 (c) AK 1950 – Perjanjian yang balasan atau tujuannya bersifat penipuan adalah menyalahi undang-undang. Contohnya satu perjanjian untuk membahagikan habuan yang diperoleh secara tipu daya adalah batal.
Seksyen 24 (d) AK 1950 -  Perenggan (d) ini digunakan  untuk diri atau harta orang lain. Atas prinsip ini, jika dua pihak bersetuju untuk memusnahkan rumah pihak ketiga dengan bayaran dari seorang lain, maka perjanjian ini batal berdasarkan perenggan (d).
Dalam kes Syed Ahamed bin Mohamed Alhabshee lwn Puteh binti Sabtu (1992), defenden bersetuju menjual harta kepada plaintif yang yang melibatkan kepentingan seorang kanak-kanak. Urusan ini merugikan kanak-kanak tersebut dan telah dibatalkan oleh mahkamah.
Seksyen 24 (e) AK 1950;
i)                    Perjanjian yang Tidak Bermoral
Dalam kes Pearce lwn Brooks (1986), plaintif syarikat pembuat kereta menyewakan kepada seorang pelacur (defenden) kereta kudanya untuk  digunakan dalam kegiatan pelacuran. Defendan gagal menjelaskan bayaran sewaan dan plaintif mengambil tindakan untuk mendapatkan kembali wangnya. Mahkamah memutuskan plaintif tidak berjaya untuk mendapatkan kembali wang sewaan daripada defendan, kerana perjanjian yang dibuat bertentangan dengan undang-undang dan tidak bermoral.
ii)                  Perjanjian yang Bertentangan dengan Muslihat Awam
Menurut penulis seperti Wu Min Aun dan Beatrix Vohrah, perjanjian yang bertentangan dengan muslihat awam ialah perjanjian yang membawa mudarat kepada masyarakat.
Mahkamah mengambil pendirian yang sama dengan mahkamah Inggeris walaupun memiliki kuasa budi bicara, iaitu doktrin muslihat awam tidak akan diluaskan untuk meliputi kes-kes selain daripada yang telah diputuskan sebagai termasuk doktrin.
1.2    Perjanjian Menghalang Perdagangan
Mengikut AK 1950 Seksyen 28 memperuntukan:
“setiap perjanjian  dengan mana seseorang dihalang dari menjalankan profesyen, atau tred atau apa-apa perniagaan yang sah adalah adalah batal setakat itu”.
Seksyen 28 ini menjelaskan bahawa sesuatau kontrak yang mengandungi sekatan adalah batal, tidak kira setakat mana sekatan berkenaan dilakukan walaupun ia munasabah. Walau bagaimanapun, sekatan tidak akan membatalkan keseluruhan kontrak. Ini bermaksud bahagian kontrak yang tidak mengandungi sekatan adalah sah dan boleh dikuatkuasakan.
Contohnya kes Wringgleswoth lwn Anthony Wilson (1964). Dalam kes ini, suatu perjanjian telah dibuat di antara plaintif dengan defenden yang menghalang defenden daripada menjalankan perniagaan sebagai peguam bela dan peguam cara dalam lingkungan 5 batu dari Kota Bharu, dalam tempoh 2 tahun selepas tamat perjanjian perkhidmatanya dengan majikan. Plaintif memohon injuksi untuk menyekat defenden. Mahkamah memutuskan halangan ini adalah batal secara mutlak mengikut Seksyen 28 AK 1950.
1.3    Perjanjian Menghalang Tindakan Undang-undang
Seksyen 29 AK 1950 memperuntukan:
“Setiap perjanjian, dengan mana sesuatu pihak perjanjian berkenaan dihalang dari menguatkuasakan hak-haknya secara mutlak mengikut atau mengenai mana-mana kontrak, dengan tindakan lazim di sisi undang-undang di hadapan tribunal biasa, atau yang menghadkan masa dalam mana ia boleh menguatkuasan hak-haknya, adalah batal setakat itu”.
Dalan kes Corporation Royal Exchange lwn Teck Guan(1912), satu fasal dalam polisi insurans kebakaran memperuntukan bahawa sekiranya tuntutan telah dibuat dan ditolak oleh syarikat insurans, tindakan guaman harus dibuat dalam tempoh 3 bulan selepas penolakan tersebut dan kegagalan akan mengenepikan segala manfaat mengikut polisi.
Mahkaman memutuskan bahawa masa yang diberikan untuk membuat tuntutan adalah kurang dari masa diperuntukan mengikut Akta Had Masa dan dengan itu fasal ini bertentangan dengan Seksyen 29 dan ia adalah batal.
Walaubagaimanapun, tiga pengecualian kepada prinsip am yang mengekalkan kontrak sebagai sah walaupun terdapat sekatan. Pengecualian 1 dan 2 memperuntukan tentang timbangtara dan sebarang perjanjian yang meletakkan syarat rujukan kepada timbangtara masalah yang akan timbul dan yang telah timbul berkaitan kontrak adalah sah. Ini adalah keputusan daripada kes Inggeris, iaitu Scott lwn Avery (1836).
Walaubagaimanapun, kontrak tidak boleh mengenepikan terus hak satu pihak untuk merujuk keputusan timbangtara ke mahkamah. Sekiranya kontrak mengatakan keputusan timbang tara adalah muktamad dan tidak boleh dirayu di sebarang mahkamah, maka kontrak berkenaan batal setakat halangan. Ini diputuskan dalam kes Joshi lwn United Indian Association (1936).
Ini bermakna semua pihak berkontrak boleh bersetuju untuk menggunakan timbang tara terlebih dahulu sebelum award timbangtara dirayu di mahkamah.


2.                    CADANGAN     
Malaysia dipengaruhi oleh British selama beberapa tahun. Justeru, itu tidak hairanlah mengapa pengaruh undang-undang Inggeris begitu kuat mempengaruhi undang-undang negara kita sekarang, walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan lebih lima puluh tahun. Ini kerana Akta 1950 merupakan akta induk yang menguatkuasakan perhubungan kontrak masyarakat Malaysia. Sebagai suatu Akta yang disifatkan sebagai landasan kepada semua jenis kontrak, elemen-elemen asas kontrak yang menjadikan ianya sah telah diperuntukan oleh Akta.. Sememangnya ianya amat rasional diguna-pakai di dalam Malaysia . Ini kerana impaknya sekiranya kontrak itu batal, maka semua gantirugi atau pampasan tidak akan dapat diperolehi.
Akan begitu terdapat juga pengecualian kepada Prinsip Am terserbut dan telah dibuat pindaan. Antaranya:
i)                    Kontrak keperluan hidup
Seksyen 2 AK 1950 (Pindaan) 1976 memperuntukkan:
Perjanjian biasiswa telah ditakrifkan sebagai sebuah kontrak atau perjanjian antara pihak berkuasa yang berkenaan dan mana-mana pihak,berhubungan dengan sebarang biasiswa, penganugerahan, dermasiswa, pwruntukan untuk cuti dengan atau tanpa gaji, atau kemudahan yang lain untuk tujuan pendidikan, atau ilmu pengetahuan. Pindaan diperlukan dengan pelajar yang rata-ratanya masih belum mencapai umur dewasa. Untuk mengelakkan pelajar mempertikaikan kesahan kontrak biasiswa untuk melarikan diri dari pembayaran balik atau ikatan kontrak, maka pindaan dibuat dan keadaan sekarang adalah jelas, iaitu untuk kontrak biasiswa, ia sah walaupun dibuat oleh seorang remaja.
Dalam kes Gurcharan Singh, mahkamah terpaksa mengkategorikan pelajaran sebagai kepaerluan hidup untuk mengesahkan kontrak dan seterusnya membenarkan pihak kerajaan menuntut ganti rugi akibat kemungkiran kontrak remaja berikut.
Dalam kes ini, plaintif telah mendakwa defenden pertama sebagai penjanji dan defenden kedua dan ketiga sebagai penjamin untuk kemungkiran kontrak. Tuntutan berjumlah RM11,500, iaitu  jumlah yang dikatakan sebagai perbelanjaan yang dikeluarkan untuk pendidikan defendan pertama. Pada masa kontrak dibuat, defenden pertama ialah seorang remaja. Mahkamah memutuskan bahawa kontral itu batal. Akan tetapi memandangkan pendidikan ialah kepaerluan hidup, defenden pertama boleh diarahkan untuk membayar kembali jumlah yang telah dibelanjakan untuk pendidikannya.
ii)                  Kontrak biasiswa
Seksyen 4(a) AK 1950 (Pindaan) memperuntukan:
“Walaupun apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam Akta Induk, tiada perjanjian biasiswa boleh menjadi tak sah atas alas an bahawa siswa yang membuat perjanjian berknaan belum berumur dewasa”.
Dengan pindaan ini, apabila sesuatu biasiswa diberikan dan perjanjian ditandatangani, maka ia sah walaupun pihak yang lain ialah seorang remaja. Peruntukan ini dikuatkuasakan ke belakang dan ia bertindak mengesahkan kontrak biasiswa yang telah wujud sebelum pindaan dibuat terhadap akta.
Walau bagaimanapun, akta kontrak 1950 ini juga boleh dipinda dan ditambah baik dengan mengaplikasikan akta undang-undang islam yang sesuai. Agar dapat diterima pakai oleh variasi agama di Malaysia. Ini kerana hubungan kontrak boleh berlaku dengan baik dan berkesan melalui tukaran dan gantian itu mempunyai pelbagai bentuk dan cara seperti dalam teori kontrak. Teori inilah yang akan menentukan prinsip-prinsip perhubungan atau ikatan, kebebasan mengurus dan bertindak soal yang berkaitan dengan pertukaran barangan dan manfaat, dilaksanakan secara tertib, baik dan mendapat  kepuasan semua pihak.    
3.                    KESIMPULAN  
Tuntasnya, kontrak merupakan keperluan yang amat penting dalam kehidupan manusia. Kepentingannya dapat dilihat dalam segenap bidang transaksi dan hubungan. Dengannya akan terjalin ikatan perjanjian di antara seseorang dengan yang lainnya dalam pelbagai urusan, terutama yang berkaitan dengan transaksi perniagaan dan perdaganagn. Sejarah telah menunjukkan bahawa kejayaan peradaban manusia adalah terbina di atas landasan hubungan atau perjanjian yang kukuh yang boleh menyimpul dan menghurai sesuatu keperluan dengan baik, teratur dan berdisplin.     

Pengurusan Akaun

 Pengurusan Perakaunan

1.0              Pengenalan
Pengurusan perakaunan adalah proses penyediaan maklumat kuantitatif berasaskan nilai kewangan sebuah entity ekonomi dengan tujuan untuk membantu penggunanya membuat keputusan yang berkaitan dengan peruntukkan sumber ekonomi. Proses penyediaan maklumat iaitu kuantitatif bersifat ukuran matawang. Manakala entity ekonomi adalah keputusan berkaitan dengan peruntukkan sumber ekonomi.

Perakaunan atau prinsip akaun merupakan pengukuran, pendedahan atau peruntukan kepastian mengenai maklumat yang membantu pengurus dan orang lain yang membuat keputusan perniagaan bagi membuat keputusan mengenai peruntukan sumber. Perakaunan kewangan ialah salah satu cabang perakaunan yang asas kerana melibatkan proses-proses yang mana maklumat kewangan mengenai suatu perniagaan direkod, dikelas, dirumus, ditafsir dan dihubungkan. Kerja audit, disiplin yang berkait rapat tetapi berbeza daripada perakaunan, merupakan proses yang mana seorang juruaudit yang bebas (tidak menyebelahi mana-mana pihak) mengkaji penyata kewangan sesebuah pertubuhan agar boleh memberi pandangan - yang memberi jaminan yang boleh diterima akal tetapi bukan secara mutlak - mengenai keadilan dan ketepatan penyata kewangan terhadap prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum (GAAP), sejauh mana yang dianggap mustahak .

1.1                                      Latar Belakang Syarikat
Tugasan kali ini, saya memilih syarikat Mira Enterprise pengeluar bahulu yang berlokasi di Jalan Siantan, Taman Kemas, Sarawak. Mira Enterprise merupakan syarikat bumiputera yang ditubuhkan pada 27 April 2008. Mira Enterprise adalah pengeluar bahulu yang dimiliki secara persendirian oleh Puan Marina Binti Ali di Taman Kemas, Sarawak. 

2.0       Peranan Perakaunan Pengurusan
Perakaunan bertujuan memastikan ketepatan laporan kewangan yang berguna untuk pengurus bagi membantu membuat perancangan dan keputusan. Ini memandangkan terdapat 1000 pengusaha bahulu di Sarawak. Seterusnya membolehkan Mira Enterprise bersaing dalam perkembangan industri semasa.
Selain itu juga, membantu pengurus dalam mengurus dan mengawal organisasi. Ini boleh diaplikasikan dalam penghasilan bahulu yang berkualiti dan sedap. Justeru, Mira Enterprise boleh membuat strategi pemasaran bagi tujuan promosi, pengedaran, pembungkusan, harga dan jenama.
Di samping itu, mendorong pengurus dan kakitangan dalam menjalankan tugas supaya mereka lebih berusaha untuk mencapai matlamat syarikat iaitu mensasarkan jualan RM1 juta pada tahun 2011. Manakala matlamat jangka pendek adalah ingin mewujudkan produk bahulu yang berdaya saing dan menguntungkan.
Seterusnya, untuk menilai prestasi Mira Enterprise. Peningkatan prestasi membolehkan Mira Enterprise terus bersaing dan dapat mengeluarkan bahulu yang lebih banyak dengan mengekalkan kualiti produk.
Kesimpulannya, pengurusan perakaunan amatlah penting bagi mempastikan perkembangan Mira Enterprise dan banyak membantu dalam membuat perancangan dan keputusan bagi mengukuhkan perniagaan bahulu ini. Sekaligus, merupakan sumber informasi yang menghasilkan laporan

3.0                          Klasifikasi Kos
Kos  diklafikasikan berasaskan objektif kos. Jenis kos digunakan bagi tujuan yang berbeza didalam mengurus aktiviti sesebuah organisasi. Tujuan klasifikasi kos adalah  untuk membuat keputusan yang tepat. Ini kerana,  apabila pengurus hendak melaksanakan fungsi-fungsi pengurusan ; contohnya perancangan, kawalan dan membuat keputusan, pengurus memerlukan maklumat yang berfokuskan kepada kos-kos yang dilibatkan di dalam sesebuah organisasi. Klasifikasi kos boleh dikategori seperti berikut:

3.0.1    Klasifikasi kos menurut keperluan ialah kos yang diperlukan untuk menghasilkan produk. Kos ini boleh mengandungi:


i)          Kos tetap
Kos yang tidak berubah apabila unit pengeluaran berubah. Contohnya; sewa , gaji pengurus. Kos tetap seunit berubah secara malar mengikut unit pengeluaran.
ii)         Kos berubah
Kos yang berubah secara malar dengan unit pengeluaran. Contoh ; buruh langsung, bahan langsung. Kos berubah seunit adalah tetap.
iii)        Kos campuran
Kos yang mempunyai unsure kos berubah dan kos tetap. Contoh; kadar bayaran, caj telefon. Kos ini boleh diasingkan menggunakan kaedah tinggi rendah.
3.0.2    Klasifikasi kos menurut fungsi perniagaan adalah kos yang diklafikasikan mengikut kegiatan atau operasi yang dijalankan oleh sesuatu perniagaan. Aspek fungsi tersebut adalah:
                        i)          Fungsi operasi pembuatan
Satu operasi memproses bahan mentah ( bahan yang belum siap) kepada barang siap. Kos pembuatan ialah kos kos pengeluaran yang terdiri daripada kos  bahan langsung, kos buruh langsung dan kos sampingan pengilangan (kos overhed).
                        ii)         Fungsi operasi bukan pembuatan
Terbahagi kepada dua iaitu operasi komersial yang menjalankan kegiatan jual beli barang siap dan operasi perkhidmatan yang menyediakan satu perkhidmatan kepada orang lain.

3.0.3    Klasifikasi kos menurut tempoh adalah  yang melibatkan aspek masa. Ada dua jenis klasifikasi ini iaitu:
i)          Kos produk ialah kos yang diperuntukkan secara langsung untuk produk tersebut.
ii)         Kos tempoh adalah kos yang dibelanjakan dalam tempoh pembuatan produk dan kos ini bukanlah inventori.
3.0.4    Klasifikasi kos berunsurkan  kategori perniagaan  yang mana setiap perdagangan dan firma pembuatan menyediakan laporan kewangan untuk pemiutang, pemegang saham dan yang terlibat untuk menunjukkan keadaan kewangan dan prestasi firma.

3.1                                              Mira Enterprise menerapkan sistem pengekosan dalam urusan harian. Dalam sistem pegekosan ini, rekod rekod berasingan maklumat kos untuk setiap kuantiti produk perlu dibuat untuk melihat setiap kategori kos. Kos perkilangan ini diklasifikasikan kepada tiga iaitu kos bahan langsung, kos buruh langsung dan kos sampingan (overhed). Semua kos ini membentuk input sistem pengekosan produk.

Contoh 1:
Mira Enterprise menganggarkan RM30,000 setahun untuk pengeluaran bahulu dan jam buruh langsung berjumlah 5,000 untuk mencapai target. Lembaran kos kerja untuk pekerja ME001 ( Rohana) menunjukkan penggunaan buruh langsung 160 jam.  Pratentu kadar overhed dan kos overhed yang diperuntukkan pekerja ME001 (Rohana) adalah dikira seperti berikut:
Kadar Pratentu Overhed         =          Jumlah overhed kos
                                                            Jam buruh lansung

                                                =          RM29,800      
                                                            5,000
                                                =          RM5.96 per jam
Overhed Serapan                    =          Kadar pratentu              x   Buruh langsung  Bagi pekerja ME001
                                                =          RM5.96   x   160 jam
                                                =          RM953.60



Contoh 2 :
Mira Enterprise menganggarkan sebanyak RM52,000 untuk kos pembuatan overhed dan 5,500 untuk jam buruh langsung .Bagi ME002 (Ani) jam buruh langsung adalah 90 dan ME003 (Suraya) adalah 55.

Pekerja ME002 (Ani)
Pekerja ME003 (Suraya)
Bahan Langsung
2,000
900
Buruh Langsung
3,500
1,200
Overhed Pembuatan
4,500
3,000
Jumlah
10,000
5100

Kadar Pratentu Overhed         =          Jumlah overhed kos
                                                            Jam buruh lansung

                                                =          RM52,000      
                                                            5,500
                                                =          RM9.45 per jam
Overhed Serapan                    =          Kadar pratentu              x   Buruh langsung  Bagi pekerja ME001
ME002 (Ani)                           =          RM9.45   x   90 jam
                                                =          RM850.50

Overhed Serapan                    =          Kadar pratentu              x   Buruh langsung  Bagi pekerja ME001
ME003 (Suraya)                      =          RM9.45   x   55 jam
                                                =          RM519.75
Work in Process                      =          1370.25
5.0                                      Cadangan
Sistem pengekosan mengandungi maklumat lengkap tentang pengeluaran bahulu. Ini amat penting dipraktikkan kerana Mira Enterprise boleh membuat perancangan dan membuat keputusan untuk sebelum mengeluarkan bahulu. Di samping itu juga Mira Enterprise perlu bijak dan berdisplin dalm melaksanakan teknik-teknik perakaunan pengurusan supaya untung rugi dapat diperlihatkan dengan jelas dari masa ke masa. Seterusnya ini akan membantu Mira Enterprise terus berkembang dan menguntungkan.