Assalamualaikum....
Lamanya tak menyinggah sini....rindu itu tetap ada nak berborak sensorang kat sini.
Selamat tahun baru untuk diri sendiri khususnya...dan untuk mereka.
Tahun 2017 agak mencabar bagi saya.
Tahun yang memerlukan kesabaran, kesungguhan dan komitmen yang tinggi. Mungkin segelintirnya menanggap seperti biasa.....bagi saya kene bersedia fizikal dan mental.dan Alhamdulillah saya bersedia.
Bagi sesetengah individu, anak bersekolah mungkin tanggungjawab seperti biasa. Tetapi bagi saya..........ianya perlukan kesabaran, kesungguhan dan komitmen.
Dan saya hanya berdua dengan cik baby. Alhamdulillah saya dikurniakan cik baby yang kadangkala menguji kesabaran, kadangkala amat memahami, kadangkala menghiburkan yang tak boleh tahan amat manja sudah empat tahun minta dukung minta peluk ......alolololololo sayang mama.Alhamdulillah bersyukur kepadaMU.
Tahun 2017 cik baby kita masuk Taska Abim dari jam 8.00 hingga 11.30 pagi dan taska asuhan 12.00 hingga 5.00 petang.
Maka jadual saya pon berubah.
Bangun 4.15 pagi.....
1. Kemaskan bekal cik baby dan mama/kemas apa yang patut cth sapu rumah
2. Mandi
3.Solat
4.Kemas diri sendiri
5.bangunkan dan mandikan cik baby
6. 6.30 target keluar dari rumah
7. 7.30 sampai skool cik baby
8. Saya masuk kerja
1. Jam 5.00 jemput cik baby
2. 6.00 sampai rumah
3. Mandi /kemas apa patut contoh cuci pakaian
4. Solat
5. Bagi cik baby makan/layan cik baby sekejap
6. Cik baby biasa layan tv/ mama buat kerja sendiri
7.Tido
Pendaftaran alhamdulillah dipermudahkan rezeki mencurah. Syukur sekali lagi.
Cik Baby cuma menagis pada hari pertama dan kedua pada sebelah petang masa jemput balik....adalah pertanyaa..."nan kenapa tinggalkan saya ". Puaslah mama pujuk dan terus memujuk.
Hari seterusnya alhamdulillah....nampaknya cik baby boleh menyesuaikan diri dengan suasana baru. Dan cik baby kalau nak bangun pagi mestilah cakap lembut lembut....kene cakap anak mama nak sekolah tak? anak mama nak mandi air panas tak? haaaaaaaaaaaaa....bangkitlah cik baby kita. Alhamdulillah dipermudahkan.
Apa yang hendak saya perkatakan sebenarnya adalah..............anak bersekolah maka diri kita akan menjadi lebih bertanggungjawab. Dan saya rasai itu. Jadual semakin padat.hehehe.....tetapi saya gembira dan puas hati.
Sebenarnya saya terkadang terfikir betapa beruntungnya saya....masih diberi kemampuan untuk membesarkan cik baby.. dan saya membandingkan diri, bagaimana lah yang diluar sana dgn tiada kerja masih ada kemampuan bersama anak anak. Dan betapa beruntungnya saya .Alhamdulillah dan semoga yang di luar sana dipermudahkan untuk mereka. Amin.
Coretan ini hanyalah pengalaman sendiri. Tiada maksud tersirat dan tersurat..apa yang hendak diluahkan adalah rasa syukur itu.
Kamek Aku Saya
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil, aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia dan kurniakanlah aku kebajikan di dunia dan di akhirat."
Monday 9 January 2017
Monday 14 September 2015
Semangat oh semangat.......kus semengat
Assalamualaikum.........
"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya",
"Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu","Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu".
Alhamdulillah..........
Teringat kisah tahun lepas.... Semangat aku untuk membuat rumah. Dan banyak perkara telah aku usahakan. Memang aku telah berbincang dengan kontraktor dengan harapan dan berimpikan berumah sendiri.
Memang bersemangat. Namun, Walaupun telah berusaha, secantik mana pon perancangan, tanpa keizinanNya...kita hanya mampu berserah. Dan sesungguhnya itulah yang terbaik untukku. Dia Maha Mengetahui segalanya. Terima Kasih Ya Allah.
SEMANGAT AKU, TELAH MENJADI KUS SEMENGAT...........................tapi alhamdulillah. Aku dijauhkan dari rasa tamak manusia.

Dan kini, aku amat berharap, apa yang telah dirancangkan aku sekali lagi mendapat keberkatan, dipermudahkan, dijauhkan dari segala rasa tamak manusia, rasa hasad dengki. Amin Ya Rabbal Alamin.
ALHAMDULILLAH..............SEMANGAT KEMBALI BERSEMANGAT
Labels:
mine
Rindu Aku....
Assalamualaikum...
Salam sayang, salam rindu....semoga sentiasa dipermudahkan dalam segala urusan.
Rindunya untuk meluah perasaan...
Luahan di alam maya....
Sesambil melayan lagu tangkap leleh...sehingga beringus...aiyorkkk.
Entahlah perasaan oh perasaan...kenapa berperasaan begini.
Apa yang pasti memang aku rindu.
Rindu itu indah. Menguji kesabaran....Rindu itu juga membuat aku sedih...
Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah
wallahu akbar Walahaulawala Quwwata illabilla hil 'aliyil 'azhim. Allahumma
sholli 'ala Muhammad, wa 'ala ali Muhammad.
Salam sayang, salam rindu....semoga sentiasa dipermudahkan dalam segala urusan.
Rindunya untuk meluah perasaan...
Luahan di alam maya....
Sesambil melayan lagu tangkap leleh...sehingga beringus...aiyorkkk.
Entahlah perasaan oh perasaan...kenapa berperasaan begini.
Apa yang pasti memang aku rindu.
Rindu itu indah. Menguji kesabaran....Rindu itu juga membuat aku sedih...
Kalau rindukan seseorang , letak
tangan di dada dan baca surah Al-Fatihah sambil tangan kita usap dada dengan
niat semoga Allah sampaikan rasa ni dekat dia. InsyaAllah :')
Ya Allah , jika _____(nama dia)
ialah jodohku , kau dekatkanlah hati kami . Tetapi jika dia bukan jodohku , kau
hilangkanlah perasaan ini .
Rindu itu kan anugerah dari Allah,
insan yang berhati nurani pasti akan rasa rindu itu kerana ia dah jadi fitrah
manusia. Tidak salah kalau kita rindukan seseorang yang jauh nun disana. Takut
jadi zina hati? Kita perlu faham apa yang dimaksudkan dengan zina hati ni. Zina
hati ini sebenarnya apabila kita teringatkan seseorang ajnabi sambil
membayangkan atau berniat untuk melakukan zina bersamanya. tapi setakat rindu
itu lumrah. Manusia kan ada perasaan.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah
ayat 235 yang bermaksud : Dan tidak ada dosa bagi kamu tentang apa yang kamu
bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan
masih dalam `iddah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan
berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut
(atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi
janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari
menyebutkan kata-kata (secara sindiran yang sopan. Dan janganlah kamu
menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum
habis `iddah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah mengetahui
apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya,
dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyabar.
Kalau rindukan
seseorang , letak tangan di dada dan baca surah Al-Fatihah sambil tangan
kita usap dada dengan niat semoga Allah sampaikan rasa ni dekat dia.
InsyaAllah :')
Ya Allah , jika _____(nama dia) ialah jodohku , kau dekatkanlah hati
kami . Tetapi jika dia bukan jodohku , kau hilangkanlah perasaan ini .
Rindu itu kan anugerah dari Allah, insan yang berhati nurani pasti akan
rasa rindu itu kerana ia dah jadi fitrah manusia. Tidak salah kalau kita
rindukan seseorang yang jauh nun disana. Takut jadi zina hati? Kita
perlu faham apa yang dimaksudkan dengan zina hati ni. Zina hati ini
sebenarnya apabila kita teringatkan seseorang ajnabi sambil membayangkan
atau berniat untuk melakukan zina bersamanya. tapi setakat rindu itu
lumrah. Manusia kan ada perasaan.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 235 yang bermaksud :
Dan tidak ada dosa bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara
sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam
`iddah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin
dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut (atau
mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi
janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari
menyebutkan kata-kata (secara sindiran yang sopan. Dan janganlah kamu
menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah
sebelum habis `iddah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah, sesungguhnya
Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah
kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyabar.
Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar
Walahaulawala Quwwata illabilla hil 'aliyil 'azhim. Allahumma sholli
'ala Muhammad, wa 'ala ali Muhammad. Astagh
Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
Labels:
mine
Friday 13 March 2015
"No Promises"
Assalamualaikum...
1stly, I love this Song
2ndly, am dedicated this song for someone special...My beloved daughter..
Lastly, i hope and always pray for her...In sya Allah.
Hey baby, when we are together doing things that we love.
Every time you're near I feel like I’m in heaven feeling high
I don’t want to let go, girl.
I just need you to know, girl.
I don’t wanna run away, baby, you’re the one I need tonight.
No promises.
Baby, now I need to hold you tight, I just wanna die in your arms here tonight

Baby, now I need to hold you tight, I just wanna die in your arms.
I don’t want to run away, I want to stay forever, through time and time.
No promises
I don’t wanna run away, I don’t wanna be alone.
No promises.
Baby, now I need to hold you tight, now and forever, my love.
No promises
I don’t wanna run away, baby, you’re the one I need tonight,
No promises.
Baby, now I need to hold you tight, I just wanna die in your arms here tonight.
I don’t wanna run away, baby, you’re the one I need tonight.
No promises.
Baby, now I need to hold you tight, I just wanna die in your arms here tonight.
Luvly,
-mama-

Thursday 12 March 2015
Kisah Pagi Ini..........
Assalamualaikum..........
Semoga hari ini akan jadi lebih baik dari semalam.
Sememangnya ya..sebab kepeningan dah kurang sedikit. Dan ada berita gembira. Rezekilah kan!!!. SYUKUR..ALHAMDULILLAH YA ALLAH..
Pepagi semangat turun dari rumah....
1. Ada temujanji dengan penyewa rumah. Janji jam 8.00. Alamak!!!! Dia text kat saya beritahu jumpa kat kedai ni jam 8.00 lebih. Hadoiiiiiiiiiiiiii.....
Saya balas text kata saya masuk kerja 8.30. So dia balas lagi finally jumpa 5.30 petang ini.
2. Tengok jam belum jam 8.00 am. So singgah kat petronas beli minyak/ pergi ATM. Masa keluar kereta tengok phone ada text masuk. Tersengih-sengih baca dan ketawa kecil. Alahai text tu...malunya sebab saya terperasan orang pandang saya. Tetapi alhamdulillah............cash deposit berfungsi baik. Selesai kerja.
3. Sampai Office...maklumlah namapon kerja...dah ada panggilan masuk. Sedang sarapan pon paksa-rela jawab phone..namapon kerja. Wajar diutamakan. Entah hari ni beberapa panggilan. Yang call celular phone..maaf tak boleh nak jawab dulu.
Dan..............satu panggilan yang membuatkan kawan saya rasa pelik. Panggilan dari Pahang. Kawan saya tanyalah...berapa lama kenal orang yang buat panggilan tadi? Saya jawablah. Tak kenal pon. Baru aja bercakap. Selepas itu, kawan saya beritahulah, tadi bukan main sopan santun orang tu bercakap dengan dia. Tetiba bercakap dengan saya macam dah kenal lama. hehehe..............saya pon tak tahu.
4. Alamak!!!!!!!!!!! Dah jam 10.00. Belum duduk kat kerusi sendiri. huhuhu..........
Sekarang 11.43 am

Kisah Semalam..Rezeki Saya
Assalamualaikum..
Alhamdulillah. Rezeki saya.
Hari yang sibuk..hari saya kepeningan.
Semalam saya berjumpa dengan seseorang. Sejujurnya saya tak ingat dah. Tetapi saya diamkan aja sambil senyum.
Beliau : Lama kita tak jumpa. Tahun bila ya kita jumpa.
Saya : (senyum aja)
Beliau : Nampak dah semakin kuruslah. hehehe
Saya : Oh ya ke!!! Agaknyalah kot. So macam mana flight?
Beliau : Kita lama dah tak jumpa. Flight ok aja.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Beliau datang balik jumpa saya.
Beliau : Ni ada ole-ole untuk u.
Saya : Eh!!! sibuk sibuk aja. Tak apalah kan. Terima kasih ya.
Beliau : Saya baru balik dari Sabah. Bukan dari KL. Itu yang ada ole-ole.
Saya : Bukan hari tu kata dari Kl ya/
Beliau : Saya ada program kat Sabah direct ke Kuching.
Alhamdulillah. Saya dapat sepasang brooch yang cantik dari Sabah. TQ so much!!!

Tuesday 10 March 2015
Perjanjian Lagi...
Assalamualaikum..
Hehehe...Saya pon tak tahu kenapa. Asal nak buat perjanjian apa-apa..semestinya terutama ahli keluarga saya akan merujuk kepada saya untuk membuatnya. Bagi saya perjanjian tu dibuat untuk mengelakkan sesiapa di antara mereka bertelagah. Maksud lain lupa dirilah. Sebagai contoh rumah itu dah sebulat suara diserahkan kepada si A. Selepas beberapa tahun Si B pula menuntut.Sekiranya dah ada surat perjanjian, sedikit sebanyak CUAK lah kot. Tetapi sebaiknya biarlah boleh diguna pakai dari segi undang-undang. Akan tetapi, kalau sesiapa di kalangan mereka faham akan HUKUM-HAKAM ni, tersangatlah CUAK untuk mengambil HAK ORANG.
1. Perjanjian Serah Duit - Ini emak punya
2. Perjanjian Beli Tanah - Ini Adik , Kakak & Saya punya
3. Perjanjian Sewa Rumah - Ini kakak dan kakak punya
4. Perjanjian Tukar Hak Milik - Ini ipar duai
yang ini ajalah yang saya ingat.huhuhu...faktor usia lupalah kot.
Contoh Saya Buat Hari Tu - Serah Hak Milik
Nama pemilik asal
Pemilik Asal,
pstttttttttttttt: Kalau dikampung Ketua Kampung/Penghulu perlu mengesahkan.
Hehehe...Saya pon tak tahu kenapa. Asal nak buat perjanjian apa-apa..semestinya terutama ahli keluarga saya akan merujuk kepada saya untuk membuatnya. Bagi saya perjanjian tu dibuat untuk mengelakkan sesiapa di antara mereka bertelagah. Maksud lain lupa dirilah. Sebagai contoh rumah itu dah sebulat suara diserahkan kepada si A. Selepas beberapa tahun Si B pula menuntut.Sekiranya dah ada surat perjanjian, sedikit sebanyak CUAK lah kot. Tetapi sebaiknya biarlah boleh diguna pakai dari segi undang-undang. Akan tetapi, kalau sesiapa di kalangan mereka faham akan HUKUM-HAKAM ni, tersangatlah CUAK untuk mengambil HAK ORANG.
1. Perjanjian Serah Duit - Ini emak punya
2. Perjanjian Beli Tanah - Ini Adik , Kakak & Saya punya
3. Perjanjian Sewa Rumah - Ini kakak dan kakak punya
4. Perjanjian Tukar Hak Milik - Ini ipar duai
yang ini ajalah yang saya ingat.huhuhu...faktor usia lupalah kot.
Contoh Saya Buat Hari Tu - Serah Hak Milik
____________________________________________________________________________
Nama pemilik baru
____________________
Tuan,
Penyerahan Hak Milik Rumah(Alamat Rumah)
Saya _________________________________ ( No.Kad
Pengenalan ____________________ ) pemilik rumah seperti alamat di atas ingin
menyerahkan hak milik kepada anak lelaki saya, iaitu_________________________ (
No. Kad Pengenalan __________________________ .
2. Penyerahan hak milik ini juga telah
dipersetujui bersama oleh kedua-dua anak saya iaitu
i. ______________________
( No.Kad Pengenalan ____________________ )
ii. ______________________ ( No.Kad Pengenalan ____________________ )
3. Dengan ini, rumah tersebut adalah
menjadi tanggungjawab kepada __________________
Sekian , teriam kasih.
|
____________________
( )
|
|
|
Labels:
umum
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)