Thursday 9 May 2013

Asal Usul Nama Kuching

 Versi 1
Kuching???? 
Mungkin di antara kita ramai berpendapat yang nama Kuching itu asalnya dari kucing @ pusak @meow@cat. Mungkin juga di kalangan kita yang dah tahu....Kuching itu adalah asalnya dari sebatang pokok(one the only one) yang ada di tengah bandaraya Kuching satu ketika dahulu. Saya juga sebenarnya tidak tahu. Betul-betul saya ingatkan asalnya dari kucing (sejenis haiwan yang dikenali sebagai pusak)
Saya dapat tahu ketika duduk bersama dikalangan rakan sekerja. Dan beliau juga dapat tahu daripada seorang pensyarah yang sedang membuat kajian asal-usul Kuching. Sejauh mana kebenarannya belum lagi saya dapat buktikan. Ini cuma pengetahuan yang diperolehi secara lisan. 

Versi 2
Ada pendapat yang menyatakan bahawa Kuching mendapat nama sempena sebatang sungai kecil, Sungai Kuching yang mengalir di antara Muzium Cina dan Kuil Tua Pek Kong. Sungai Kuching pula barangkali memperoleh nama daripada Kucing Hutan yang kerap mengunjunginya. Sungai tersebut juga berhampiran dengan sebuah bukit yang banyak ditumbuhi oleh pokok Buah Mata Kucing. Lantaran tersebut ianya diberi nama Bukit Mata Kucing.

Bagaimanapun, fakta sejarah menunjukkan bahawa Kuching telah dikenali dengan nama tersebut semenjak kedatangan pengembara Inggeris, James Brooke pada tahun 1839. Selain itu, pendapat lain menyatakan pada zaman pemerintahan Brooke, Kuching memainkan peranan penting dalam aktiviti perdagangan Indo-China serta Asia Pasifik. Kedudukannya di selatan kepulauan Borneo merupakan lokasi yang strategik untuk dijadikan pelabuhan persinggahan pedagang-pedagang Indo-China.

Justeru, terdapat teori yang menyatakan Brooke mengambil nama Kuching dari perkataan 'Cochin' yang bermaksud pelabuhan pada zaman itu. Sebelum meneruskan pelayaran, pedagang-pedagang dari India mahupun China sering singgah sebentar Kuching (Borneo) untuk mendapatkan bekalan dan ada yang mengambil kesempatan untuk memperbaiki kapal-kapal mereka. -Sumber Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Kuching

No comments :

Post a Comment