andai lelaki tahu…apabila seseorang perempuan itu jatuh
cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah
segalanya dihatinya.
andai lelaki tahu…apabila seseorang perempuan itu
mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah tapi dia sedang mencari
kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.
andai lelaki tahu...apabila seorang perempuan cepat marah, dia
memang tidak mampu mengawal perasaannya. tapi percayalah itulah maknanya dia
sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. lihat sahaja pasangan yang
baru bercinta, mereka jarang bergaduh. tetapi percayalah semakin
bertambah sayang mereka pasa seseorang, semakin banyak pula pertelingkahan yang
berlaku.
andai lelaki tahu...apabila seseorang perempuan itu banyak
bercakap, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu
lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
andai lelaki tahu...seorang perempuan itu berkata dia mahu
anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya. tetapi
dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya tetapi untuk masa
depan anda
andai lelaki tahu…apabila seseorang
perempuan itu cemburu dan tidak percayakan anda itu bukan bermakna dia tidak
sayang..sebaliknyaa dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda
seperti anak kecil yang perlukan perhatian. kadang-kadang dia terlalu risau
sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati lepercayaan yang diberi.
naluri keibuannya kuat. dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
andai lelaki tahu…apabila perempuan itu merajuk, jangan kata
dia mengada-ngada. dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah
sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dirinya
dihargai..
andai lelaki tahu…apabila perempuan jarang mengatakan ' I
love You,' itu tudak bermakna dia tidak mencintai tetapi dia mahu lelaki itu
merasai sendiri cintanya, bukan hanya dengan kata-kata tetapi juga melalui
bahasa tubuhnya..
andai lelaki tahu…apabila perempuan kata
dia rindu pada kamu, dia benar-benar maksudkannya. apabila berjauhan, bayangan
kamu akan sentiasa bermain di mata.
andai lelaki tahu…apabila perempuan kata lelaki lain itu
lebih baik daripada diri kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya
menguji kamu. dia mahu melihat bagaimana kamu sanggup menjadi yang terbaik di
matanya.walaupun sememangnya kamulah yang terbaik di hatinya. selagi dia dengan
kamu, percayalah, walaupun perempuan masih menganggap ramai lagi yang lebih
baik dimatanya, tetapi dihatinya kamu tetap yang terbaik.
andai lelaki tahu…apabila perempuan itu menjadi degil, dia
bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana kamu
mampu bersabar dengan kerenahnya. percayalah hati perempuan itu sangat lembut.
andai kena caranya, jangan terkejut kalau dia menukar fikirannya dalam masa
sesaat.
andai
lelaki tahu…apabila perempuan itu berkata
"tolong tinggalkan saya". dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi
selamanya. dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. apabila dia
kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. itu tandanya dia
benar-benar menyintai anda. perempuan memang sukar mengawal perasaan. dia
terlalu emosional. tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif
dengan perubahan pada diri anda.
andai
lelaki tahu...sememangnya Allah menciptakan lelaki
dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. tetapi sekiranya mereka
saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. perempuan
itu diciptakan oleh Allah indah sekali. disebalik air matanya, tersimpan seribu
kekuatan yang bakal menjadikan seseorang lelaki itu selamat bersamanya. biarpun
perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan sendiri yang bisa
mengoncangkan dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki lemah kerananya..
jadi hargailah kehadiran seorang
perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda
lebih sempurna. dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak-anak anda..
No comments :
Post a Comment