Tuesday 7 May 2013

Perjanjian Sewaan Rumah

Tahun 2010 ada orang nak sewa rumah kakak. So, atas rasa bertanggungjawab (konon jer) hehehe....
Buatlah perjanjian yang dibawah ni. Bukan apa, jika berlaku apa-apa, sekurangnya kita ada hitam-putih.Lagipun, masa tu kakak diluar kawasan sehinggalah sekarang. Dah bertukar penyewa...Yang pertama dahulu lelaki (single) Yang kedua perempuan (married)






PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH
(Alamat rumah yang disewa)


Dengan ini saya selaku Pemilik Rumah ____________________ No Kad Pengenalan  (_____________)  mewakilkan _______________ No Kad Pengenalan  (______________)    untuk menguruskan sebarang urusan sewa rumah.

PERJANJIAN INI dibuat pada ______________________ di antara _______________ No Kad Pengenalan (_______________)  iaitu  selepas daripada ini di sebut "PEMILIK" sebagai pihak pertama  dengan _____________________ No Kad Pengenalan  (_______________)   selepas daripada ini disebut "PENYEWA"  sebagai pihak kedua.

Perjanjian ini berkuat kuasa pada ________________  sehingga   ______________

BAHAWASANYA

Penyewa telah bersetuju untuk menyewa dan Pemilik telah bersetuju untuk menyewakan seunit rumah kepada Penyewa dengan syarat setiap kandungan permohonan tersebut adalah betul dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut :-

ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti berikut:-

1.      Pemilik rumah ini akan menyewakan rumah kepada penyewa kesemua bahagian rumah beralamat____________________ mulai ________________ dengan kadar sewaan sebanyak RM _______ sebulan yang sentiasa mesti dibayar terlebih dahulu sebelum atau pada  _________  tiap-tiap bulan.

Bayaran kepada: ( Tuan Rumah)
               
     Bank  : (No akaun)

2.      Penyewa juga dikehendaki menjelaskan sejumlah RM ________ (sewaan dua bulan)  sebagai bayaran cagaran bagi dua bulan sewaan,dan RM _________ sebagai bayaran cengkeram untuk bekalan air dan elektrik semasa. Perjanjian ini ditandatangai dan ianya akan dikembalikan kepada penyewa apabila penyewa menamatkan penyewaan dengan tiada sebarang tunggakan sewaan dan menyerahkan rumah tersebut dalam keadaan baik.

3.      Mengembalikan rumah tersebut kepada pemilik dalam keadaan baik dan secara aman apabila perjanjian ini ditamatkan

4.      Penyewa wajib menjelaskan segala bayaran berkaitan seperti bayaran kegunaan air, elektrik, telefon, perbersihan dan sebagainya kepada pihak berkuasa berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan.

5.      Sewaan adalah untuk kediaman atau perkhidmatan sahaja dan bukan tujuan untuk perniagaan.

6.      PENYEWA DENGAN INI MENGAKU JANJI DAN BERSETUJU BAHAWA PENYEWA TIDAK AKAN:-

a)                       Menampal kertas-kertas, mengecat, memaku dinding atau bahagian perkayuan di dalam rumah tersebut atau mana-mana bahagian sekalipun tanpa mandapat kebenaran bertulis daripada Pemilik.

b)                       Mendirikan sebarang binaan atau mempamirkan sebarang iklan tanpa mendapat mendapat kebenaran bertulis daripada Pemilik.

c)                       Menambah atau menukar bentuk binaan rumah tersebut.

d)                       Melakukan atau membenarkan dilakukan di dalam rumah tersebut atau kawasannya sebarang kelakuan atau perbuatan yang akan melanggar mana-mana undang-undang kecil ataupun perintah-perintah yang dibuat oleh mana-mana pihak berkuasa dan pihak berkuasa tempatan.

e)                       Menyimpan atau membenarkan disimpan barang-barang yang menyalahi undang-undang seperti senjata api, peluru (kecuali mendapat kebenaran daripada pihak yang berkuasa) bahan letupan, dadah atau sebagainya di rumah tersebut.

7.      PENYEWA DENGAN INI MENGIKUT JANJI DAN BERSETUJU BAHAWA PENYEWA AKAN:-

a)                       Melaporkan dengan segera kepada pemilik jika didapati longkang, paip air, pam tangki atau lain-lain peralatan tersekat, tersumbat, bocor ataupun rosak.

b)                       Sentiasa memastikan rumah tersebut berada dalam keadaan bersih, kemas dan selesa sebagai satu tempat kediaman.
.
c)                       Menanggung segala perbelanjaan membaiki atau mengantikan kerosakan atau kehilangan cermin, tingkap, pintu, kunci, lampu, lekatan-lekatan atau bahagian -bahagian rumah tersebut akibat perbuatan sengaja atau kecuaian Penyewa, ahli keluarga atau tetamunya.

d)                       Menjelaskan segala bayaran bersabit dengan rumah tersebut termasuk bayaran kegunaan air, elektrik, perbersihan dan sebagainya kepada pihak berkuasa berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan.


e)                       Mengembalikan rumah tersebut kepada pemilik dalam keadaan baik dan secara aman apabila perjanjian ini ditamatkan.

8.      PENYEWA DENGAN INI MENGIKAT JANJI DAN BERSETUJU BAHAWA IA AKAN:-

a)                       Jika bayaran sewa tidak dijelaskan selama 14 ( empat belas ) hari selepas ianya patut dibayar, mengikut penjanjian ini samada ianya dituntut atau tidak atau penyewa menjadi seorang bangkrap atau disabit kerana sebarang kesalahan jenayah, pemilik bolehlah memasuki dan mengambil rumah tersebut dan penyewa hendaklah menyerahkan secara aman.

b)                       Sekiranya berlaku mana-mana kejadian atau kejadian-kejadian dalam perenggan 
           8 ( a ) di atas ini dan penyewa enggan menyerahkan rumah tersebut dengan secara aman, pemilik bolehlah menggunakan sebarang kekuasan perlu ke atas penyewa atau untuk memasuki rumah tersebut dan memindahkan harta benda penyewa ke suatu tempat yang akan ditentukan oleh pemilik dan pemilik tidak akan bertanggung jawab di atas sebarang kerosakan kehilangan atau kecurian barang-barang tersebut.

c)             Sekiranya barang-barang tersebut ( yang dipindahkan ) tidak dituntut oleh penyewa selama sebulan selepas dipindahkan, penyewa dengan ini mengaku dan membenarkan pemilik melelong atau menjual barang-barang itu dengan apa cara yang difikirkan patut jualan itu, jika ada, dipulangkan kepada penyewa atau jika wang baki itu tidak dituntut dalam masa 12 ( dua belas ) bulan selepas tarikh lelongan atau jualan itu, wang itu akan diluncurkan oleh pemilik.

9.                                    Penyewa akan sentiasa mematuhi syarat-syarat perjanjian ini dan memastikan supaya ianya dipatuhi juga oleh ahli-ahli keluarga atau tetamunya.

10.                      Pemilik berhak dengan sendiri atau menerusi wakil-wakilnya memasuki rumah tersebut untuk maksud melakukan pemeriksaan am, memeriksa kerosakan, keadaan kebersihan rumah, menjalankan kerja-kerja membaiknya dan lain-lain urusan pada bila-bila masa yang berpatutan dengan kehadiran/kebenaran penyewa.

11.                               Sekiranya penyewa atau pemilik ingin menamatkan sewaan, penyewa atau pemilik wajib memberitahu secara bertulis atau lisan mutlak selewat-lewatnya  SEBULAN.  NOTIS dari tarikh yang dinyatakan atas sebab,  salah satu pihak boleh menamatkan Perjanjian ini dengan memberi SEBULAN NOTIS bertulis kepada pihak yang satu lagi maka  kesemua wang cengkeram akan dikembalikan.(tertakluk pada para 3)


Dengan ini penyewa bersetuju untuk menyewa premis daripada pemilik premis dan bersetuju mematuhi segala perjanjian yang tercatat dan dinyatakan di atas.  Perjanjian ini telah difahami dipersetujui akur dan menandatangani  pada tarikh  __________________



DITANDATANGANI OLEH




………………………..………
 (sebagai Penyewa )
Nama :
No Kad Pengenalan:

Alamat semasa ialah :


 Tel (HP):






 
 






DITANDATANGANI OLEH




…………………………………                                             
(sebagai Wakil Pemilik)
Nama:
No Kad Pengenalan

Tel (HP):

 ** Sorrylah setting dah lari.huhuhu


No comments :

Post a Comment