Tuesday 28 October 2014

Si BuahHati Part 2

Assalamualaikum Aku..................

Bila dikenang kembali, sungguh cepat masa berlalu. Setahun... Berbulan-bulan sudah berlalu.Si buah hati semakin bijak...melihat keletah, membesar dengan sihat membuatkan aku tak merasakan masa itu berlalu dengan cepat.Syukur alhamdulillah, kerana diberi peluang , dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki dan dilapangkan dada.

Satu ketika itu, tak mungkin aku lupakan. Air mata itu kembali jatuh...sungguh pon telah berpisah, namun aku tak menghalang abahnya berjumpa dengan si buah hatiku. Air mataku jatuh tatkala melihat si buah hati begitu ketat dan ketat...ketat sangat....memeluk aku. Aku tak pasti kenapa dengan si buah hati. Aku memujuk agar si buah hati dekat dengan abahnya. Namun tidak berjaya.

Kali kedua hari yang sama. Berjumpa lagi. Tetapi si buah hati tetap sama. Aku terus memujuk...namun tak diendahkan. Justeru, aku menjelaskan...mungkin sudah lama si buah hati tidak melihat abahnya. Sebab itu. si buah hati tak mahu dekat.

Namun, jauh disudut hatiku, di dalam setiap doaku, aku sentiasa mendoakan orang-orang yang aku sayang, orang yang pernah aku sayang.


***Bilaakuterharu

Manzil

Assalamualaikum Saya...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Manzil merupakan himpunan pilihan ayat-ayat al-Quran. Ayat penyembuhan beberapa penyakit zahir dan batin serta pelindung dari serangan sihir @ ilmu syaitan.

Sememangnya amat-amat digalakkan untuk mengamalkannya.





** Jutaan Terima Kasih utk sis saya di atas pemberian senaskhah risalah kecil Manzil Resam Uthmani

Monday 13 October 2014

Surat Jual Beli Tanah

Assalamualaikum.....

Pastinya  ramai yang telah/akan mengalami proses jual beli tanah. Saya juga telah mengalami perkara yang sama. Gerun juga mendengar pengalaman segelintir di antara mereka yang telah diperdayakan @ pon disebabkan mereka sendiri yang memandang ringan akan perkara ini.

Terus terang, saya kalau sebolehnya tidak mahu perkara ini berlaku. Sungguh kasihan kan.....setelah berusaha dan mengeluarkan duit akhirnya bukan jadi milik kita.

Justeru;
1. Saya mempastikan status tanah tersebut. Contohnya bertanya empunya/ sesiapa yang berkenaan/ rujuk kepada pihak Tanah dan Servei.*** part berurusan dengan pihak Tanah & Servei yang kene banyak bersabar. Apapun terima kasih juga kerana membantu.

2. Saya mempastikan prosedur jual beli tanah. Kalau tanah yang tidah ada geran...penghulu @ Ketua Kampung boleh mengesahkan jual-beli tersebut. Sekiranya mempunyai geran, maka lantiklah peguam.
Semestinya dapatkan pelan lokasi tanah tersebut.

3. Tanah yang saya beli tidak mempunyai geran. Makanya saya draf surat sendiri...apabila selesai maka bolehlah memohon kepada pihak Tanah & Servei untuk mengeluarkan geran.




PERJANJIAN JUAL BELI TANAH
Antara

Penjual
Dan
Saya

Lokasi


Perjanjian Jual Beli ini di buat pada  _______________________ antara :

Nama              : Penjual
No IC               :
Alamat             :

Dalam hal ini bertindak atas nama diri sendiri selanjutnya disebut PIHAK PERTAMA.

Nama              :
No IC               :
Alamat             :

Manakala pembeli  disebut sebagai PIHAK KEDUA.

PIHAK PERTAMA telah menjual tanah kepada PIHAK KEDUA dengan perincian seperti berikut:
Rujukan (ikut pelan tanah)

Pemilik                               :  
Lokasi                                :  (Pelan Lokasi Dilampirkan)
Keluasan Yang Dijual        :  
Harga Yang Dipersetujui   :   
Status Tanah                     :  

Kedua belah pihak bersepakat untuk mengadakan ikatan perjanjian jual-beli di mana syarat dan ketentuannya yang di atur adalah seperti berikut :

Pasal 1 : JAMINAN PIHAK PERTAMA
PIHAK PERTAMA memberikan jaminan penuh bahawa tanah berikut yang dijualnya adalah:
1.            Milik sah peribadinya.
2. Tidak ada orang atau pihak lain yang memilikinya.
3.    Hak pemilikkannya tidak sedang dipindahkan atau sedang dijaminkan kepada orang atau pihak lain dengan cara bagaimanapuun juga dan
4.    Tidak sedang dalam masalah atau sengketa, baik dengan keluarga PIHAK PERTAMA mahupun pihak lain.

SAKSI-SAKSI     
Jaminan  PIHAK PERTAMA sebagaimana tertulis dalam pasal 1 tersebut di atas dikuatkan oleh dua orang yang turut menandatangani surat perjanjian ini selaku saksi.

Kedua orang saksi tersebut adalah:

Saksi 1
Saksi 2
Tandatangan :
Tandatangan :
Nama       :
Nama        :
No IC        :
No IC         :
Hubungan :
Hubungan  :

CARA PEMBAYARAN
Untuk pembayaran tanah tersebut PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA bersetuju pembayaran di buat secara tunai.

PENUTUP
Demikian perjanjian ini dipersetujui dan dibuat serta ditanda tangani oleh kedua-dua belah pihak :
PIHAK PERTAMA
PIHAK KEDUA
Tandatangan :
Tandatangan :
Nama    :
Nama    :
No IC     :
No IC     :

 SAKSI 1: PIHAK PERTAMA
SAKSI 1 : PIHAK KEDUA
Tandatangan :
Tandatangan :
Nama    :
Nama    :
No IC     :
No IC     :

SAKSI 2 : PIHAK PERTAMA
SAKSI 2 : PIHAK KEDUA
Tandatangan :
Tandatangan :
Nama    :
Nama    :
No IC     :
No IC     :

DI SAHKAN OLEH
Tandatangan :
Nama    :
No IC     :

 




Thursday 24 July 2014

Perasaan itu ....

assalamualaikum aku...
Alhamdulillah..segalanya dipermudahkan. Tak rasa anak dah semakin comel, membesar dengan sihat. Alhamdulillah..Ya Allah....Sesungguhnya aku bersyukur.
Banyak juga dugaan...pengorbanan seorang emak kepada anak. Ya Allah...sekali lagi aku bersyukur.Aku diberi peluang mengalami perasaan itu, keadaan itu.
Walaupun kadangkala kerenah anak menyebabkan aku geram...hakikatnya, geram itu membuat aku terharu...penghibur hati...menyebabkan aku tersenyum...menyebabkan aku bersemangat.
Cuma satu aku tak boleh tahan...aku pasti mengalirkan air mata..apabila dalam keadaan tertentu.Aku kesian melihat anakku membesar tanpa ayah. Ya Allah..Kau bagilah peluang untuk aku menyintai dan dicintai...agar anakku merasa kasih sayang itu. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui.
Aku masih tak dapat melupakan....bila mana anakku tak biasa dengan suara lelaki....fizikal lelaki. Asyik menangis... Alhamdulillah....Ya Allah...aku bersyukur..dikurnikan sebuah keluarga yang memahami. Sokongan keluarga dan kasih sayang mereka terhadap anakku mnghilangkan perasaan takut anakku itu. Terima kasih Ya Allah.
Terima Kasih Ya Allah...

** Hargailah orang yang kita sayang.

Tuesday 22 July 2014

Keputusan

Assalamualaikum....

Perpisahan itu, bukanlah satu pilihan. Tapi satu keputusan. 
Keputusan yang dibuat dipersetujui bersama (kadangkala ada juga kerana terpaksa)
Biarlah keputusan yang di ambil difikir secara rasional. Positif.
Jangan di kesal di dalam hati. Itu adalah keputusan.

**psttttttttttttt juz for motivation

Kisah Semalam, Kerana Terpaksa

Assalamualaikum saya,

Kisah semalam....

Kerap juga dengar macam macam hal berlaku....anak ditinggal dalam kereta. Huhuhu gerun juga...

Nauzu billah minzalik

“Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami).”

Kadang kala, bukannya sesuka nak bawa anak. Terutama ketika berbeli barang di celah-celah kesibukkan. Sebenarnya, ada ketikanya terpaksa rela. 

Kisah semalam...

Saya ke klinik terpaksa rela bawa anak dan juga membayar zakat di Baitulmal. Alhamdulillah anak tak banyak kerenah.

Kisah semalam...hari ke dua...

Saya membeli keperluan... terpaksa rela membawa anak. Tetapi taklah tinggalkan anak keseorangan dalam kereta. Dan...........
Saya dapat rasakan..perasaan hidup keseorangan, semangat itu, dan saya bersyukur sesangat.....saya telah dipermudahkanNya dalam segala hal. Alhamdulillah. Cuma satu....saya tak boleh nak tahan. Bila anak merengek-rengek....huhuhuhu. Hanya Dia yang tahu...Maha Mengetahui.

Wahai saya,
Hargailah orang yang menyayangimu....keluargamu khususnya. Mereka sentiasa ada untuk kamu. Specially my mum, my elder sis, my yonger sis,also my brother ... Thanks a lot my beloved....Your support. Semoga Allah sentiasa memberkati kita. 

Surah Kesukaan Saya

Assalamualaikum saya,

Dimulakan dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dan

Zikir Hari Ini .... 

Astaghfirullahal 'azim 

Aku memohon keampuanan kepada Allah Tuhan Yang Esa

Fadhilat: Setiap satu kali bacaan, Allah akan hilangkan satu titik hitam dalam hatinya.

Setiap orang pasti ada kesukaan masing-masing. Termasuklah saya. surah yang menjadi kesukaan saya..pastinya akan kerap kita baca daripada surah yang lain. But Yassin still the number one.  Iaitu

SURAH AL-WAQIAH (surah yang ke56-mengandungi 96 ayat)
Rasulullah saw bersabda:
” Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi miskin selama-lamanya”

 Dan pastinya..........................

Alhamdulillah.... walaupun tidak sekaya seperti orang lain, namun saya bersyukur.... sentiasa mencukupi.

Walaubagaimanapun, untuk menambahkan pengetahuan saya khususnya, ada baiknya saya berkongsi juga kelebihan surah yang terpilih:

SURAH AL-KAHFI (surah yang ke-18-mengandungi 110 ayat)
Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”

 SURAH AS-SAJDAH (surah yang ke-32-mengandungi 30 ayat)
Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata:”Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk”
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar.

SURAH YAASIN (surah yang ke-36-mengandungi 83 ayat) 
Daripada Ma’qil ! Ibni Yasar berkata:
“Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran”.

SURAH AD-DUKHAN (surah yang ke-44-mengandungi 59 ayat)
Daripada abi Hurairah r.a. berkata :nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya”.


SURAH AL-MULK(surah yang ke-67-mengandungi 30 ayat)
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata:
“Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!”
Dan Nabi saw bersabda:
“saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku”.

SURAH AL-HASYR(surah yang ke-59-mengandungi 24 ayat)
Nabi saw bersabda:
“Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati syahid”