Tuesday 7 May 2013

Undang undang Perniagaan

Undang-undang Perniagaan

1.         PENGENALAN  
            1.1  DEFINISI AKTA KONTRAK 1950
            Takrif mengikut AK 1950 adalah:
            Seksyen 2(h)-“ Sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oelh undang undang adalah kontrak.

            Merujuk kepada seksyen 10(1) yang memperuntukkan bahawa “ semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk suatu balasan yang sah, dan dengan sesuatu tujuan yang sah; dan tidak ditetapkan dengan nyata mengikut peruntukan Akta ini bahawa ianya batal”.

            Seksyen 10(2) – Tiada sesuatu yang terkandung dalam Ordinan ini boleh menyentuh mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa di Persekutuan yang menetapkan bahawa mana-mana kontrak mestilah dibuat secara bertulis atau di hadapan saksi, atau mana-mana undang-undang mengenai pendaftaran dokumen-dokumen.  

2.         ELEMEN ELEMEN KONTRAK
2.1      TAWARAN
Istilah tawaran juga dirujuk sebagai cadangan. Ia ditakrifkan mengikut Seksyen 2(a) AK 1950 – “apabila seseorang menyatakan kesediaan kepada seorang yang lain untuk melakukan atau menahan diri daripada berbuat sesuatu itu, maka bolehlah dikatakan bahawa orang itu membuat cadangan”.

Cadangan atau perjanjian yang dibuat oleh pembuat yawaran kepada penerima untuk melakukan sesuatu atau menahan  diri daripada melakukan sesuatu. Tawaran mesti jelas, lengkap dan muktamad. Penerima tawaran mesti disebutkan sama ada individu atau sekumpulan individu atau umum.

Contohnya tawaran untuk mencari kucing yang hilang. Manakala pelawaan tawaran seperti: membeli barangan yang di lelong atau iklan.
     
2.2      PENERIMAAN
Akta 1950 mentakrifkan penerimaan mengikut Seksyen 2(b) AK 1950 sebagai: “apabila orang kepada siapa tawaran itu dibuat menyatakan persetujuan dengan tawaran berkenaan diterima: sesuatu tawaran bila diterima, adalah menepati janji”.

Suatu menerima  cadangan daripada pihak yang membuat tawaran. Penerimaan mestilah jelas, tepat dan muktamad. Dibuat secara biasa dan munasabah melainkan jika tawaran menetapkan cara penerimaan. Ia juga mesti dikomunikasikan dan dibuat dalam jangka masa yang munasabah dan dianggap lengkap sebaik sahaja pembuat tawaran mengetahui dan menerimanya.

2.3      BALASAN
Seksyen 2(d) AK 1950: “menurut kehendak pembuat janji, apabila penerima janji atau siapa sahaja yang telah membuat atau telah menahan diri dari membuat sesuatu, atau memi membuat sesuatubuat atau menahan diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu”.

Unsur-unsur balasan:
2.3.1   Timbal balik
2.3.2   Balasan lampau adalah sah
2.3.3   Balasan tidak semestinya berpadanan
2.3.4   Mesti sah disisi undang-undang
2.3.5   Balasan tidak semestinya dating daripada penerima janji


2.4      NIAT
Elemen niat ini ialah sesuatu yang perlu ditentukan oleh mahkamah sebagai wujud sebelum memutuskan kewujudan kontrak yang mengikat.
Mengikut undang-undang Inggeris, perjanjian tidak akan membentuk kontrak yang mengikat melainkan pihak yang terbabit  dengan perjanjian berkenaan mempunyai niat untuk menjalinkan ikatan di sisi undang-undang. Ini diputuskan dalam kes Weeks lwn Tybald(1605)

2.5      KETENTUAN
Seksyen 30 AK 1950 memperuntukkan:
“Perjanjian-perjanjian yang mana maknanya tidak boleh ditentukan, adalah batal”.
Sesuatu kontrak yang sah mestilah mengandungi peruntukan yang nyata dan tentu atau tidak samar-samar.
Contohnya ; Keputusan mahkamah dalam kes Karuppan Chetty lwn Suah Thian(1916). Tidak ada ketentuan di sini apabila pihak berkontrak bersetuju memajak tanah dengan harga RM35 sebulan ‘ seberapa dia suka’. Mahkamah memutuskan kontarak batal.

2.6      KEUPAYAAN BERKONTRAK
            Seksyen 10 AK 1950 memperuntukkan:
(1)               Semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah, dan dengan sesuatu tujuan yang sah; dan tidak ditetapkan dengan nyata mengikut peruntukan ordinan ini bahawa ianya batal.
Seksyen 11 memperuntukkan “ setiap orang adalah layak membuat kontrak sekiranya ia dewasa menurut undang-undang yang mana ia tertakluk, dan sekiranya ia berakal sempurna, dan tidak hilang kelayakkan untuk membuat kontrak menurut mana-mana undang-undang yang mana ia tertakluk.
3.        FAKTOR FAKTOR MEMBATALKAN KONTRAK 1950
            Seksyen 2(g) memperuntukan:
           “sesuatu perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah batal”.
            Apabila sesuatu kontrak batal, ia bermakna bahawa tidak wujud tanggungjawab sama sekali bagi pihak yang berkontrak untuk melaksanakan kontrak. Kontrak berkenaan adalah tidak sah dari awal lagi dan tiada hak dan tidak bertanggungjawab mengikut kontrak sedemikian. Antaranya adalah;
3.1      Perjanjian Menyalahi Undang-undang
Seksyen 24(a) AK 1950 – Ini bermaksud perjanjian yang dipersetujui oleh pihak berkontrak secara jelas bercanggah dengan peruntukkan sebarang undang-undang. Apabila terdapat percanggahan, maka perjanjian sedemikian adalah batal kerana dilarang oleh undang-undang.
Dalam kes Govindji &  Co. lwn Soon Hin Huat (1982), seseorang pembeli tidak berdaftar telah menandatangani kontrak membeli kelapa kering dan ini bertentangan dengan peraturan yang dibuat mengikut Federal Agricultural Marketing Authority Act 1965. Mahkamah memutuskan kontral batal kerana bertentangan dengan undang-undang.
Seksyen 24(b) – Ini merujuk kepada kontrak yang ditandatangi tetapi tidak dengan nyata melanggar peruntukan undang-undang. Sebaliknya, undang-undang Cuma melarang perjanjian atau kontrak berkenaan secara implikasi, iaitu dengan mengenakan denda atau hukuman jika terdapat pelanggaran.
Contohnya, sesuatu undang-undang membenarkan sesuatu kontrak ditandatangani pada masa ia melarang kontrak dibuat oleh orang yang tidak mempunyai lessen atau permit.
Seksyen 24 (c) AK 1950 – Perjanjian yang balasan atau tujuannya bersifat penipuan adalah menyalahi undang-undang. Contohnya satu perjanjian untuk membahagikan habuan yang diperoleh secara tipu daya adalah batal.
Seksyen 24 (d) AK 1950 -  Perenggan (d) ini digunakan  untuk diri atau harta orang lain. Atas prinsip ini, jika dua pihak bersetuju untuk memusnahkan rumah pihak ketiga dengan bayaran dari seorang lain, maka perjanjian ini batal berdasarkan perenggan (d).
Dalam kes Syed Ahamed bin Mohamed Alhabshee lwn Puteh binti Sabtu (1992), defenden bersetuju menjual harta kepada plaintif yang yang melibatkan kepentingan seorang kanak-kanak. Urusan ini merugikan kanak-kanak tersebut dan telah dibatalkan oleh mahkamah.
Seksyen 24 (e) AK 1950;
i)                    Perjanjian yang Tidak Bermoral
Dalam kes Pearce lwn Brooks (1986), plaintif syarikat pembuat kereta menyewakan kepada seorang pelacur (defenden) kereta kudanya untuk  digunakan dalam kegiatan pelacuran. Defendan gagal menjelaskan bayaran sewaan dan plaintif mengambil tindakan untuk mendapatkan kembali wangnya. Mahkamah memutuskan plaintif tidak berjaya untuk mendapatkan kembali wang sewaan daripada defendan, kerana perjanjian yang dibuat bertentangan dengan undang-undang dan tidak bermoral.
ii)                  Perjanjian yang Bertentangan dengan Muslihat Awam
Menurut penulis seperti Wu Min Aun dan Beatrix Vohrah, perjanjian yang bertentangan dengan muslihat awam ialah perjanjian yang membawa mudarat kepada masyarakat.
Mahkamah mengambil pendirian yang sama dengan mahkamah Inggeris walaupun memiliki kuasa budi bicara, iaitu doktrin muslihat awam tidak akan diluaskan untuk meliputi kes-kes selain daripada yang telah diputuskan sebagai termasuk doktrin.
1.2    Perjanjian Menghalang Perdagangan
Mengikut AK 1950 Seksyen 28 memperuntukan:
“setiap perjanjian  dengan mana seseorang dihalang dari menjalankan profesyen, atau tred atau apa-apa perniagaan yang sah adalah adalah batal setakat itu”.
Seksyen 28 ini menjelaskan bahawa sesuatau kontrak yang mengandungi sekatan adalah batal, tidak kira setakat mana sekatan berkenaan dilakukan walaupun ia munasabah. Walau bagaimanapun, sekatan tidak akan membatalkan keseluruhan kontrak. Ini bermaksud bahagian kontrak yang tidak mengandungi sekatan adalah sah dan boleh dikuatkuasakan.
Contohnya kes Wringgleswoth lwn Anthony Wilson (1964). Dalam kes ini, suatu perjanjian telah dibuat di antara plaintif dengan defenden yang menghalang defenden daripada menjalankan perniagaan sebagai peguam bela dan peguam cara dalam lingkungan 5 batu dari Kota Bharu, dalam tempoh 2 tahun selepas tamat perjanjian perkhidmatanya dengan majikan. Plaintif memohon injuksi untuk menyekat defenden. Mahkamah memutuskan halangan ini adalah batal secara mutlak mengikut Seksyen 28 AK 1950.
1.3    Perjanjian Menghalang Tindakan Undang-undang
Seksyen 29 AK 1950 memperuntukan:
“Setiap perjanjian, dengan mana sesuatu pihak perjanjian berkenaan dihalang dari menguatkuasakan hak-haknya secara mutlak mengikut atau mengenai mana-mana kontrak, dengan tindakan lazim di sisi undang-undang di hadapan tribunal biasa, atau yang menghadkan masa dalam mana ia boleh menguatkuasan hak-haknya, adalah batal setakat itu”.
Dalan kes Corporation Royal Exchange lwn Teck Guan(1912), satu fasal dalam polisi insurans kebakaran memperuntukan bahawa sekiranya tuntutan telah dibuat dan ditolak oleh syarikat insurans, tindakan guaman harus dibuat dalam tempoh 3 bulan selepas penolakan tersebut dan kegagalan akan mengenepikan segala manfaat mengikut polisi.
Mahkaman memutuskan bahawa masa yang diberikan untuk membuat tuntutan adalah kurang dari masa diperuntukan mengikut Akta Had Masa dan dengan itu fasal ini bertentangan dengan Seksyen 29 dan ia adalah batal.
Walaubagaimanapun, tiga pengecualian kepada prinsip am yang mengekalkan kontrak sebagai sah walaupun terdapat sekatan. Pengecualian 1 dan 2 memperuntukan tentang timbangtara dan sebarang perjanjian yang meletakkan syarat rujukan kepada timbangtara masalah yang akan timbul dan yang telah timbul berkaitan kontrak adalah sah. Ini adalah keputusan daripada kes Inggeris, iaitu Scott lwn Avery (1836).
Walaubagaimanapun, kontrak tidak boleh mengenepikan terus hak satu pihak untuk merujuk keputusan timbangtara ke mahkamah. Sekiranya kontrak mengatakan keputusan timbang tara adalah muktamad dan tidak boleh dirayu di sebarang mahkamah, maka kontrak berkenaan batal setakat halangan. Ini diputuskan dalam kes Joshi lwn United Indian Association (1936).
Ini bermakna semua pihak berkontrak boleh bersetuju untuk menggunakan timbang tara terlebih dahulu sebelum award timbangtara dirayu di mahkamah.


2.                    CADANGAN     
Malaysia dipengaruhi oleh British selama beberapa tahun. Justeru, itu tidak hairanlah mengapa pengaruh undang-undang Inggeris begitu kuat mempengaruhi undang-undang negara kita sekarang, walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan lebih lima puluh tahun. Ini kerana Akta 1950 merupakan akta induk yang menguatkuasakan perhubungan kontrak masyarakat Malaysia. Sebagai suatu Akta yang disifatkan sebagai landasan kepada semua jenis kontrak, elemen-elemen asas kontrak yang menjadikan ianya sah telah diperuntukan oleh Akta.. Sememangnya ianya amat rasional diguna-pakai di dalam Malaysia . Ini kerana impaknya sekiranya kontrak itu batal, maka semua gantirugi atau pampasan tidak akan dapat diperolehi.
Akan begitu terdapat juga pengecualian kepada Prinsip Am terserbut dan telah dibuat pindaan. Antaranya:
i)                    Kontrak keperluan hidup
Seksyen 2 AK 1950 (Pindaan) 1976 memperuntukkan:
Perjanjian biasiswa telah ditakrifkan sebagai sebuah kontrak atau perjanjian antara pihak berkuasa yang berkenaan dan mana-mana pihak,berhubungan dengan sebarang biasiswa, penganugerahan, dermasiswa, pwruntukan untuk cuti dengan atau tanpa gaji, atau kemudahan yang lain untuk tujuan pendidikan, atau ilmu pengetahuan. Pindaan diperlukan dengan pelajar yang rata-ratanya masih belum mencapai umur dewasa. Untuk mengelakkan pelajar mempertikaikan kesahan kontrak biasiswa untuk melarikan diri dari pembayaran balik atau ikatan kontrak, maka pindaan dibuat dan keadaan sekarang adalah jelas, iaitu untuk kontrak biasiswa, ia sah walaupun dibuat oleh seorang remaja.
Dalam kes Gurcharan Singh, mahkamah terpaksa mengkategorikan pelajaran sebagai kepaerluan hidup untuk mengesahkan kontrak dan seterusnya membenarkan pihak kerajaan menuntut ganti rugi akibat kemungkiran kontrak remaja berikut.
Dalam kes ini, plaintif telah mendakwa defenden pertama sebagai penjanji dan defenden kedua dan ketiga sebagai penjamin untuk kemungkiran kontrak. Tuntutan berjumlah RM11,500, iaitu  jumlah yang dikatakan sebagai perbelanjaan yang dikeluarkan untuk pendidikan defendan pertama. Pada masa kontrak dibuat, defenden pertama ialah seorang remaja. Mahkamah memutuskan bahawa kontral itu batal. Akan tetapi memandangkan pendidikan ialah kepaerluan hidup, defenden pertama boleh diarahkan untuk membayar kembali jumlah yang telah dibelanjakan untuk pendidikannya.
ii)                  Kontrak biasiswa
Seksyen 4(a) AK 1950 (Pindaan) memperuntukan:
“Walaupun apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam Akta Induk, tiada perjanjian biasiswa boleh menjadi tak sah atas alas an bahawa siswa yang membuat perjanjian berknaan belum berumur dewasa”.
Dengan pindaan ini, apabila sesuatu biasiswa diberikan dan perjanjian ditandatangani, maka ia sah walaupun pihak yang lain ialah seorang remaja. Peruntukan ini dikuatkuasakan ke belakang dan ia bertindak mengesahkan kontrak biasiswa yang telah wujud sebelum pindaan dibuat terhadap akta.
Walau bagaimanapun, akta kontrak 1950 ini juga boleh dipinda dan ditambah baik dengan mengaplikasikan akta undang-undang islam yang sesuai. Agar dapat diterima pakai oleh variasi agama di Malaysia. Ini kerana hubungan kontrak boleh berlaku dengan baik dan berkesan melalui tukaran dan gantian itu mempunyai pelbagai bentuk dan cara seperti dalam teori kontrak. Teori inilah yang akan menentukan prinsip-prinsip perhubungan atau ikatan, kebebasan mengurus dan bertindak soal yang berkaitan dengan pertukaran barangan dan manfaat, dilaksanakan secara tertib, baik dan mendapat  kepuasan semua pihak.    
3.                    KESIMPULAN  
Tuntasnya, kontrak merupakan keperluan yang amat penting dalam kehidupan manusia. Kepentingannya dapat dilihat dalam segenap bidang transaksi dan hubungan. Dengannya akan terjalin ikatan perjanjian di antara seseorang dengan yang lainnya dalam pelbagai urusan, terutama yang berkaitan dengan transaksi perniagaan dan perdaganagn. Sejarah telah menunjukkan bahawa kejayaan peradaban manusia adalah terbina di atas landasan hubungan atau perjanjian yang kukuh yang boleh menyimpul dan menghurai sesuatu keperluan dengan baik, teratur dan berdisplin.     

5 comments :

  1. waalaikumsalam...

    Saya minta maaf lewat...soalan apa?

    ReplyDelete
  2. Salam Amni,

    Saya laila. saya ada soalan berkaitan dengan kerja pembinaan sebuah rumah kampung. Soalannya:-
    1- Kontraktor dilantik telah menulis senarai kerja yang akan dilakukan dalam dokumen sebut harga yang di beri kepada pemilik rumah, dengan penambahan sekiranya terdapat kerja atau binaan selain dari persetujuan asal, pemilik rumah akan dikenakan bayaran lain (luar dari sebut harga yang dipersetujui) tetapi tidak ada menyatakan sekiranya pihak kontraktok bermasalah dimasa hadapan, maka pemilik rumah boleh mengambil tindakan mahkamah atau sebagainya dengan niat menuntut ganti rugi.
    2- Bolehkan pemilik rumah membuat satu dokumen bertulis sendiri tanpa bantuan peguam yang akan di panggil kontrak untuk melindungi hak nya dan dokumen itu akan di "stamp duty" kan. Adakan dokumen=kontrak itu sah digunakan sebagai legal dokumen di mahkamah.
    Terima kasih Auni.

    ReplyDelete
  3. Salam..
    Sy seorg penjual kain pasang dan baju kurung siap.Baru2 ini sy telah berurusniaga.dgn seorg penjahit baju secara borong.Kami berjumpa pd 9mei.pd masa itu sy telah menghantar 55psg kain cotton dan 37psg kain satin sulam utk dibuat baju kurung.perjanjian lisan telah dibuat,ada remark pd invoice menyatakan baju akan siap sebelum 15june.deposit telah dibayar sebyk 70% kpd syarikat itu.pd 12june beliau memberitahu hanya dpt siapkan 55psg baju cotton,baki 37psg satin sulam hanya siap seminggu lebih lewat dr tarikh yg dijanjikan.sy berkeras mahu beliau siapkn tempahan kesemuanya krn terlibat dgn jualan bazar pd 21june.malangnya selepas ditegur sy krn mberi berbagai alasan beliau kata mahu memulangkan kain dan balance deposit atas jumlah baju yg xsiap.sy sgt kecewa krn sudah mendpt beberapa kerugian spt
    1)disebabkan percaya beliau boleh siapkan mgikut perjanjian sy xambil upah jahit dr pihak lain
    2)tidak dpt menjual baju tertentu kpd customer yg sedia menunggu pd tarikh yg ditetapkan
    3)urusan kami sebelum ini begitu juga,dia pernah lambat smpi sebulan dan brg yg dijanjikan sampai koyak dan corak berbeza dari yg diorder

    Soalan saya
    1)adakah sebarang tindakan yg boleh /perlu sy ambil samada terima alasan dan pemulangan dan menanggung kerugian?
    2)adakah tatacara perniagaan syarikat tersebut betul ?
    3)jika sy ingin mengambil.tindakan undang2 terhadap syarikat itu,adakàh sebarang fasal yg berkaitan perkara ini?

    Sekian tkasih.

    ReplyDelete
  4. Salam..
    Sy seorg penjual kain pasang dan baju kurung siap.Baru2 ini sy telah berurusniaga.dgn seorg penjahit baju secara borong.Kami berjumpa pd 9mei.pd masa itu sy telah menghantar 55psg kain cotton dan 37psg kain satin sulam utk dibuat baju kurung.perjanjian lisan telah dibuat,ada remark pd invoice menyatakan baju akan siap sebelum 15june.deposit telah dibayar sebyk 70% kpd syarikat itu.pd 12june beliau memberitahu hanya dpt siapkan 55psg baju cotton,baki 37psg satin sulam hanya siap seminggu lebih lewat dr tarikh yg dijanjikan.sy berkeras mahu beliau siapkn tempahan kesemuanya krn terlibat dgn jualan bazar pd 21june.malangnya selepas ditegur sy krn mberi berbagai alasan beliau kata mahu memulangkan kain dan balance deposit atas jumlah baju yg xsiap.sy sgt kecewa krn sudah mendpt beberapa kerugian spt
    1)disebabkan percaya beliau boleh siapkan mgikut perjanjian sy xambil upah jahit dr pihak lain
    2)tidak dpt menjual baju tertentu kpd customer yg sedia menunggu pd tarikh yg ditetapkan
    3)urusan kami sebelum ini begitu juga,dia pernah lambat smpi sebulan dan brg yg dijanjikan sampai koyak dan corak berbeza dari yg diorder

    Soalan saya
    1)adakah sebarang tindakan yg boleh /perlu sy ambil samada terima alasan dan pemulangan dan menanggung kerugian?
    2)adakah tatacara perniagaan syarikat tersebut betul ?
    3)jika sy ingin mengambil.tindakan undang2 terhadap syarikat itu,adakàh sebarang fasal yg berkaitan perkara ini?

    Sekian tkasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,

      Perjanjian adalah suatu persetujuan di antara dua pihak atau lebih berkenaan sesuatu perkara. Perlulah difahami bahawa istilah kontrak adalah lebih khusus manakala istilah perjanjian adalah lebih umum. Hanya perjanjian yang mempunyai ciri-ciri kontrak sahaja yang mempunyai implikasi undang-undang.

      Ciri-ciri kontrak:

      Ada tawaran;
      Ada penerimaan;
      Ada balasan.
      Niat
      Ketentuan
      Keupayaan

      Saya cadangkan awak rujuk kepada pihak yang lebih arif.


      Delete