Tuesday 7 May 2013

Pengurusan Akaun

 Pengurusan Perakaunan

1.0              Pengenalan
Pengurusan perakaunan adalah proses penyediaan maklumat kuantitatif berasaskan nilai kewangan sebuah entity ekonomi dengan tujuan untuk membantu penggunanya membuat keputusan yang berkaitan dengan peruntukkan sumber ekonomi. Proses penyediaan maklumat iaitu kuantitatif bersifat ukuran matawang. Manakala entity ekonomi adalah keputusan berkaitan dengan peruntukkan sumber ekonomi.

Perakaunan atau prinsip akaun merupakan pengukuran, pendedahan atau peruntukan kepastian mengenai maklumat yang membantu pengurus dan orang lain yang membuat keputusan perniagaan bagi membuat keputusan mengenai peruntukan sumber. Perakaunan kewangan ialah salah satu cabang perakaunan yang asas kerana melibatkan proses-proses yang mana maklumat kewangan mengenai suatu perniagaan direkod, dikelas, dirumus, ditafsir dan dihubungkan. Kerja audit, disiplin yang berkait rapat tetapi berbeza daripada perakaunan, merupakan proses yang mana seorang juruaudit yang bebas (tidak menyebelahi mana-mana pihak) mengkaji penyata kewangan sesebuah pertubuhan agar boleh memberi pandangan - yang memberi jaminan yang boleh diterima akal tetapi bukan secara mutlak - mengenai keadilan dan ketepatan penyata kewangan terhadap prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum (GAAP), sejauh mana yang dianggap mustahak .

1.1                                      Latar Belakang Syarikat
Tugasan kali ini, saya memilih syarikat Mira Enterprise pengeluar bahulu yang berlokasi di Jalan Siantan, Taman Kemas, Sarawak. Mira Enterprise merupakan syarikat bumiputera yang ditubuhkan pada 27 April 2008. Mira Enterprise adalah pengeluar bahulu yang dimiliki secara persendirian oleh Puan Marina Binti Ali di Taman Kemas, Sarawak. 

2.0       Peranan Perakaunan Pengurusan
Perakaunan bertujuan memastikan ketepatan laporan kewangan yang berguna untuk pengurus bagi membantu membuat perancangan dan keputusan. Ini memandangkan terdapat 1000 pengusaha bahulu di Sarawak. Seterusnya membolehkan Mira Enterprise bersaing dalam perkembangan industri semasa.
Selain itu juga, membantu pengurus dalam mengurus dan mengawal organisasi. Ini boleh diaplikasikan dalam penghasilan bahulu yang berkualiti dan sedap. Justeru, Mira Enterprise boleh membuat strategi pemasaran bagi tujuan promosi, pengedaran, pembungkusan, harga dan jenama.
Di samping itu, mendorong pengurus dan kakitangan dalam menjalankan tugas supaya mereka lebih berusaha untuk mencapai matlamat syarikat iaitu mensasarkan jualan RM1 juta pada tahun 2011. Manakala matlamat jangka pendek adalah ingin mewujudkan produk bahulu yang berdaya saing dan menguntungkan.
Seterusnya, untuk menilai prestasi Mira Enterprise. Peningkatan prestasi membolehkan Mira Enterprise terus bersaing dan dapat mengeluarkan bahulu yang lebih banyak dengan mengekalkan kualiti produk.
Kesimpulannya, pengurusan perakaunan amatlah penting bagi mempastikan perkembangan Mira Enterprise dan banyak membantu dalam membuat perancangan dan keputusan bagi mengukuhkan perniagaan bahulu ini. Sekaligus, merupakan sumber informasi yang menghasilkan laporan

3.0                          Klasifikasi Kos
Kos  diklafikasikan berasaskan objektif kos. Jenis kos digunakan bagi tujuan yang berbeza didalam mengurus aktiviti sesebuah organisasi. Tujuan klasifikasi kos adalah  untuk membuat keputusan yang tepat. Ini kerana,  apabila pengurus hendak melaksanakan fungsi-fungsi pengurusan ; contohnya perancangan, kawalan dan membuat keputusan, pengurus memerlukan maklumat yang berfokuskan kepada kos-kos yang dilibatkan di dalam sesebuah organisasi. Klasifikasi kos boleh dikategori seperti berikut:

3.0.1    Klasifikasi kos menurut keperluan ialah kos yang diperlukan untuk menghasilkan produk. Kos ini boleh mengandungi:


i)          Kos tetap
Kos yang tidak berubah apabila unit pengeluaran berubah. Contohnya; sewa , gaji pengurus. Kos tetap seunit berubah secara malar mengikut unit pengeluaran.
ii)         Kos berubah
Kos yang berubah secara malar dengan unit pengeluaran. Contoh ; buruh langsung, bahan langsung. Kos berubah seunit adalah tetap.
iii)        Kos campuran
Kos yang mempunyai unsure kos berubah dan kos tetap. Contoh; kadar bayaran, caj telefon. Kos ini boleh diasingkan menggunakan kaedah tinggi rendah.
3.0.2    Klasifikasi kos menurut fungsi perniagaan adalah kos yang diklafikasikan mengikut kegiatan atau operasi yang dijalankan oleh sesuatu perniagaan. Aspek fungsi tersebut adalah:
                        i)          Fungsi operasi pembuatan
Satu operasi memproses bahan mentah ( bahan yang belum siap) kepada barang siap. Kos pembuatan ialah kos kos pengeluaran yang terdiri daripada kos  bahan langsung, kos buruh langsung dan kos sampingan pengilangan (kos overhed).
                        ii)         Fungsi operasi bukan pembuatan
Terbahagi kepada dua iaitu operasi komersial yang menjalankan kegiatan jual beli barang siap dan operasi perkhidmatan yang menyediakan satu perkhidmatan kepada orang lain.

3.0.3    Klasifikasi kos menurut tempoh adalah  yang melibatkan aspek masa. Ada dua jenis klasifikasi ini iaitu:
i)          Kos produk ialah kos yang diperuntukkan secara langsung untuk produk tersebut.
ii)         Kos tempoh adalah kos yang dibelanjakan dalam tempoh pembuatan produk dan kos ini bukanlah inventori.
3.0.4    Klasifikasi kos berunsurkan  kategori perniagaan  yang mana setiap perdagangan dan firma pembuatan menyediakan laporan kewangan untuk pemiutang, pemegang saham dan yang terlibat untuk menunjukkan keadaan kewangan dan prestasi firma.

3.1                                              Mira Enterprise menerapkan sistem pengekosan dalam urusan harian. Dalam sistem pegekosan ini, rekod rekod berasingan maklumat kos untuk setiap kuantiti produk perlu dibuat untuk melihat setiap kategori kos. Kos perkilangan ini diklasifikasikan kepada tiga iaitu kos bahan langsung, kos buruh langsung dan kos sampingan (overhed). Semua kos ini membentuk input sistem pengekosan produk.

Contoh 1:
Mira Enterprise menganggarkan RM30,000 setahun untuk pengeluaran bahulu dan jam buruh langsung berjumlah 5,000 untuk mencapai target. Lembaran kos kerja untuk pekerja ME001 ( Rohana) menunjukkan penggunaan buruh langsung 160 jam.  Pratentu kadar overhed dan kos overhed yang diperuntukkan pekerja ME001 (Rohana) adalah dikira seperti berikut:
Kadar Pratentu Overhed         =          Jumlah overhed kos
                                                            Jam buruh lansung

                                                =          RM29,800      
                                                            5,000
                                                =          RM5.96 per jam
Overhed Serapan                    =          Kadar pratentu              x   Buruh langsung  Bagi pekerja ME001
                                                =          RM5.96   x   160 jam
                                                =          RM953.60



Contoh 2 :
Mira Enterprise menganggarkan sebanyak RM52,000 untuk kos pembuatan overhed dan 5,500 untuk jam buruh langsung .Bagi ME002 (Ani) jam buruh langsung adalah 90 dan ME003 (Suraya) adalah 55.

Pekerja ME002 (Ani)
Pekerja ME003 (Suraya)
Bahan Langsung
2,000
900
Buruh Langsung
3,500
1,200
Overhed Pembuatan
4,500
3,000
Jumlah
10,000
5100

Kadar Pratentu Overhed         =          Jumlah overhed kos
                                                            Jam buruh lansung

                                                =          RM52,000      
                                                            5,500
                                                =          RM9.45 per jam
Overhed Serapan                    =          Kadar pratentu              x   Buruh langsung  Bagi pekerja ME001
ME002 (Ani)                           =          RM9.45   x   90 jam
                                                =          RM850.50

Overhed Serapan                    =          Kadar pratentu              x   Buruh langsung  Bagi pekerja ME001
ME003 (Suraya)                      =          RM9.45   x   55 jam
                                                =          RM519.75
Work in Process                      =          1370.25
5.0                                      Cadangan
Sistem pengekosan mengandungi maklumat lengkap tentang pengeluaran bahulu. Ini amat penting dipraktikkan kerana Mira Enterprise boleh membuat perancangan dan membuat keputusan untuk sebelum mengeluarkan bahulu. Di samping itu juga Mira Enterprise perlu bijak dan berdisplin dalm melaksanakan teknik-teknik perakaunan pengurusan supaya untung rugi dapat diperlihatkan dengan jelas dari masa ke masa. Seterusnya ini akan membantu Mira Enterprise terus berkembang dan menguntungkan.

No comments :

Post a Comment