Tuesday 31 December 2013

akuuuu

assalamualaikum....

wahai hatiku...
hari demi hariku tanpa dirimu..
aku tak menduga kau akan tinggalkan diriku...
terkadang rindu datang bertamu...
tanggungjawab aku melupakan dirimu..
jauh kau pergi...tinggalkan aku...

Monday 30 December 2013

Doa dalam Lagu

Assalamualaikum...

Doa kebahagiaan dunia dan akhirat:


































                   

                                                                                                          



رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

 

" Wahai Tuhan Kami, berkatilah kebaikkan di dunia dan kebaikkan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".

Al-Baqarah:201



Semoga hidupku dilimpahi dengan kebahagiaan di dunia dan kebaikkan di akhirat. Amin

Hikmahnya

Assalamualaikum ...Waalaikumsalam

KurniaanNya pasti ada hikmah. Setiap perkara pasti ada hikmah. Baik atau tidak pasti ada hikmah...hanya kita yang perlu sentiasa berprasangka baik atas apa yang telah terjadi.

KurniaanNya sememangnya ada hikmah. Alhamdulillah.

Kurniaan anak...pasti semuanya amat teruja dan bersyukur.
Aku amat bersyukur... aku belajar erti kehidupan baru. Aku belajar menjadi seorang mama....Aku belajar erti seorang anak.. Kerana aku seorang anak dan juga seorang mama.

Dalam menjaga dan membesarkan anak..secara tak langsung mendidik jiwa kita. Itulah yang aku rasa sekarang.

Contohnya:

Yang amat ketara dalam kehidupan ku...dahulunya aku kurang berselawat dan berzikir... tapi kali ini setiap kali hendak menidurkan anak pasti WAJIB berzikir dan berselawat...kerana itulah cara yang aku dapat lakukan.. Aku bersyukur Ya Allah. Secara tak langsung dapat mendidik jiwa ku .

1. Ya Allah
     Ya Allah
     Allah akan  memberikan ketenangan hati kepada orang yang membacanya.

2. La ilaha ill- Allah
     Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah
     Setiap kali kita menyebutnya, Allah akan hampir kepada kita, dan Allah akan memberi segal 
     kebaikkan  kepada kita.

3. Ya Hayyu Ya Qayyum
     Ya Allah, Tuhan Maha Hidup , Lagi Berdiri Sendiri (tidak perlu pertolongan)
      Memperolehi harta yang banyak dan membawa berkat, serta dicintai oleh setiap manusia.

4. La hawla wa la quwwata illa billahil aliyil azim
    Tidak ada daya  upaya utk menolak sesuatu kemelaratan dan mendatangkan sesuatu 
    kemanfaatan  melainkan Allah juga. Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agong
    Setiap bacaan, Allah memberi pahala sebesar bukit Uhud dan menghindarkan sifat-sifat 
   mazmunah dalam diri kita.

5. Allahumma salli' ala syaidina Muhammadin wa 'ala ali wa sahbihi  wa sallim
    Ya Allah,, rahmatilah ke atas Nabi Muhammad S.A.W
    Setiap kali satu bacaan , Allah akan ampunkan dosa kita selama setahun

6. Astaghfirrullahal'azim
    Aku memohon keampuanan  kepada Allah Tuhan Yang Esa
    Setiap satu bacaan, Allah akan hilangkan satu titik hitam dalam hatinya

7. Subhan Allah hil'azim wa bihamdihi
    Maha Suci bagi Allah dengan kepujianNya, Maha Suci bagi Allah Yang Maha Agong
   Setiap kali satu bacaan, Allah akan mengampunkan dosa kita sebanyak buih di lautan, dan Allah 
   akan menghidupkan satu pohon buat kita di Syurga.

Ya Allah...Kau tetapkanlah hatiku. Amin

My Boss

Assalamualaikum....

Sudah lama tak jenguk. Kekangan oh kekangan...namun aku bersyukur ke hadratMu Ya Allah.

Aku hanyalah nak meluahkan rasa berterima kasihku kepada my boss terutamnya dan kawan-kawan. Kesudian dan sokongan yang korang berikan. Aku betul-betul berterima kasih kepadaMu Ya Allah....melembutkan hati mereka untuk memberi sokongan. 

Selama dua hari my baby tak ada penjaga.. dalam usia yang tak mengerti aku terpaksa rela membawanya ke opis. Alhamdulillah...baby tak banyak kerenah.

Sesungguhnya aku tak menyangka...boss amat faham situasi aku. Namun bukan bermakna aku mengambil kesempatan. Memang aku terpaksa....Terima kasih boss. Semoga sentiasa dimurahi rezeki dan diberi kesihatan yang baik serta sentiasa dalam perlindunganNya .Amin  Dan aku amat terharu dengan keprihatinan my boss. Sejujurnya aku kagum dengan beliau....dalam ketegasan punyai kelembutan... Aku amat bersyukur adanya beliau sebagai boss aku.Aku tak pernah lagi jumpa orang sepertinya...dalam pemerhatian aku....dalam bekerjasama dengan beliau...aku menyanjunginya .Selain itu juga buat kawan kawan opis...pekerja yang lain..LOVE U ols. Muahhhhhhhhhhhhhhhhhh

Sunday 8 December 2013

Si Buah Hati

assalamualaikum...
Hari ini saya cuti....bukan untuk merehatkan diri, bukan juga hal diri sendiri. Tetapi untuk si buah hati.

Saya tak sampai hati, pergi keje meninggalkan si buah hati y tak sihat. Saya amat bersusah hati....bilamana dia tido dlm keadaan hidung yang beringus menyukarkan dia bernafas. Dengan batuknya lagi.

Selepas solat subuh dia terjaga, nelihat dia tersenyum mcm terpaksa. Melihat mamanya senyum....dibalasnya senyum.Tersentuh hati saya.

Pagi ini juga, saya memulakan aktiviti menyedut. Saya lakukan untuk si buah hati. Setiap kali dia bersin, saya akan menyedut keluar. Alhamdulillah...berkali-kali sudah disedut...nampak selesa sikit.

Mama tak sabar menunggu dia sihat.Boleh senyum girang...

Muahhhhhhhhhhh sayang ketat ketat.

Mata Tak Lelap

assalamualaikum...

Lama tak menulis. Kekangan oh kekangan.....sebab itu saya tidak menyinggah.
Mata dah tak nak lelap. Saya terasa ingin meluahkan kerisauan d hati dan kesedihan y membuatkan saya menangis.
Buah hati saya tidak sihat....umur baru empat bulan. Sejujurnya, saya tidak dapat menahan air mata. Kalau boleh biarlah tidak sihat itu diberi kepada saya.
Buah hati saya seakan mengerti bila melihat saya menangis. Matanya memandang ke arah saya. Ya Allah, saya bersyukur dan redha apa yang telah ditetapkan olehMu kepada hambaMu ini.
Saya bermohon kepadaMu agar dilapangkan dada dan sentiasa dicekalkan hati serta dipermudahkan urusan.
Amin..

Thursday 14 November 2013

WhatsApp

Assalamualaikum saya.......

Walaikumsalam Saya......
Selamat pagi jumaat saya..... Mulakan harimu dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

Dari jam jam satu malam tak tidur until now....apa tah yang saya buat....biaralah rahsia..hehehe

Pepaagi sampaai opis terus capai apa yang patut...check surat samada dah faks ke belum....huwaaaaaa...sorry kak Zety..pepagi dah ngaco kitak pasal surat. (bukan apa kalau dah duduk atas kerusi sendiri ambil masa nak bangun) TQ kak zety..beres dah kan.

glupppp glupppp.....tgk fon ada mesej kat whatsapp...camne tak replay juga. hehehe...

Berbalik tajuk kat atas....sblm ni mmg ada whatsApp...cuma tak add la reramai.

Entahla....tetiba aja...add reramai...best jugalah borak gan diaorang. Memang seronok sesangat coz kita boleh imbau kenangan lama & berkongsi cerita. Maklumlah dah lama tak jumpa kan....so banyakla yang disembang.

Terima ksih kepada kengkawan....love u all. Semoga ukhwah kita orang tetap terjalin mesra & baik seadanya.

Saya bersyukur juga ke hadrat Illahi...kerana keizinannNya, maka saya dapat jumpa lagi kengkawan lama...dan hubungan itu tetap terjalin dengan baik. Alhamdulillah.

Kesimpulannya...memang gadget ada pro dan kontra. Terpulang kepada diri sendiri nak praktikkan mcm mana. In Sya Allah...kalau diguna dengan baik & betul mengikut fungsinya...maka akan berkesudahan dengan baik. Jika sebaliknya...maka tahu tahu ajelah kan. Tanggungjawab sendiri.

Terima kasih kepada admin MR Bacok...app saya.
Terima kasih kepada semua kengkawan.

Dan yang bestnya juga...saya dapat join la korang punya dinner. Dah balik Sarawak.Yahooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo Alhamdulillah.

Perpisahan ....Fikirkan Positif

Assalamualaikum saya..

Waalaikumsalam...

Perpisahan...membuat aku berfikir lagi.
Perpisahan seringkali dikaitkan kesedihan.....kebencian....kesimpulannya difikir impaknya negatif.

Memang tidak dinafikan lumrah manusia. Saya juga manusia...tak terlepas dari dibelenggu perasaan kesedihan.

Setelah difikirkan lagi...apa guna ditangisi ...apa guna mencetuskan kebencian...yang akhirnya diri sendiri yang rugi.

Fikirlah secara positif...hikmah disebalik perpisahan...apa jua yang berlaku pasti ada .

Apa yang perlu dilakukan adalah dgn sentiasa dekat kepadaNya.

Lakukan juga solat taubat...yang boleh menjadikn hati kita tenang.

Berdoalah...semoga dipermudahkan...diberi ketenangan...kebahagiaan....kemurahan rezeki...minta jauhkan perasaan negatif dlm diri..
terima seikhlasnya.

Selepas itu perbaiki hubungan sesama manusia....dgn keluarga...kawan kawan terutamanya..... etc.

Sekian dulu saya....think positive...muahhh 4 myself.


Pagi Yang Hening

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Segala puji untuk Allah

Aku bersyukur..masih diberi peluang utk bernafas.

Ya Allah...
Anugerahkanlah rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu ku Muhammad dan keluarga dan sahabatnya sekalian.

Ya Allah...
Aku memohon kepadaMu kemaafan dan afiat dan kesejahteraan selama-lamanya, dlm agamaMu dunia dan akhirat.
Ya Allah...
Aku memohon kepadaMu segala yang apa yg baik samada (datangnya) lambat atau cepat yg aku ketahui dan tidak ketahui.Aku berlindung kepadaMu drpd segala bahaya samada (datangnya) lambat atau cepat yang aku ketahui dan tidak ketahui.
Ya Allah...
Aku memohon kepadaMu kurniakanlah aku kesabaran...kecekalan...dalam menghadapi dugaanMu....tetapkanlah imanku... hatiku...agar aku sentiasa dekat dgnMu...
Ya Allah...
Aku.memohon kepadaMu kurniakanlah kebajikan dunia dan akhirat...
Ya Allah...
Aku memohon kepadaMu Kau ampunilah dosaku...ibu bapaku...anakku...keluargaku...si dia yang pernah aku cintai...sahabatku....sesungguhnya Engkau Maha Pengmpun lagi Maha penyayang.
Ya Allah....
Perkenankan doaku, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Maha Suci Mu Ya Allah, suci dari sifat-sifat yang mereka ada-adakan.Dan sejahtera atas para Rasul dan segala puji bagi Allah seru sekalian alam.
Amin...

Tuesday 12 November 2013

Wahai Awak & Saya

Assalamualaikum saya....

Bersabarlah wahai saya...

Terima kasih saya.

Hari ini kami berjumpa lagi...dah berapa lama tak berjumpa. Alhamdulillah kami masih boleh bermanis muka...bermanis kata. Semoga hubungan kita kekal baik.

Wahai awak...
 Saya ingat lagi kata kata seorang makcik tu..masa kita menguruskan hal kita. Dia kata kita masih boleh bercakap baik dan sentiasa senyum antara kita. Bahkan saya tunjukkan awak kepada makcik tu. Masa itu awak berurusan lagi.   Dan saya beritahu kpd makcik tu mmg jodoh tak ada. Terimalah dgn hati terbuka. Makcik tu pula kata," suka tgk kita berdua awak. Tapi nak buat mcm mana jodoh tak ada. lagi dia kata.... bagus cara kita sbb boleh buat secara baik dan masa dulu cara baik..sekarang juga cara baik. TQ awak.

 Awak..
Awak tetap kacak . Kacak sepertima kita mula-mula jumpa ...namun saya tak tercuit rasa. Rasa itu telah tiada. Apa ada pada rupa jika jodoh tiada. Wahai awak....saya tetap mendoakan kebahagiaan awak. In Syaa Allah saya akan sentiasa mendoakan utk awak. Sekalipon jodoh sudah tiada. Sejujurnya saya katakan tiada jodoh antara kita. Jodoh kita tak panjang. Takkan ada antara manusia yang inginkan kegagalan. Begitu juga dgn kita. Dan kita terima dengan redha segala ketentuanNya. Sentiasa berprasangka baik dgn setiap yang telah ditentukanNya.  Saya suka akan perkara ini;

"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya","Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu".
 Awak...
 Saya amat berharap apa yang berlaku secara positif dalam diri saya akan berlaku juga kepada awak. Kita semestinya sentiasa muhasabah diri. Sentiasa...dan sentiasa... lakukan. Sekalipun adanya halangan dan kekangan usahalah supaya sentiasa dan sentiasa dilakukan juga wahai awak. 
Wahai awak...
Selagi kita bernafas, selagi itulah adanya halangan, kekangan dan pastinya adanya kesilapan. Justeru kita sama sama perbaiki kesilapan yang lalu itu. Dan saya tetap doakan yang terbaik utk awak.
Saya amat berharap agar awak faham...apa yang cuba saya lakukan adalah utk kebaikkan awak , kebaikkan bersama. Dari dulu lagi apa yang saya lakukan adalah utk kita dan utk awak. Walaupun kita semakin jauh...tapi awak tetap dalam doa saya.
..............wahai hati janganlah bersedih.....janganlah menangis wahai hati....mengadulah kepada Dia....

Tak Ada Manusia Yang Tak Berbuat Silap

 Namapun manusia..... mana pernah tak buat silap. Kecil @ Besar tetap dikatakan silap. ..dan berbuat silap.

Acapkali kita takut dgn kegagalan...apatah lagi kesilapan.  Sedangkan segala sifat itu memang tak akan lari daripada kehidupan kita.  Tapi  terpulang dgn diri kita juga.
  • Melalui kesilapan kita akan belajar erti berjaya....kerana kita akan berusaha untuk perbaiki kesilapan itu.
  • Kesilapan juga merupakan satu peringatan kepada diri kita supaya berusaha  melakukan yang terbaik terutama dalam mencantikkan akhlak.
  • Tanpa kesilapan membuat diri kita sombong....kononya tak pernah membuat silap & beranggapan diri sempurna.
  • Kesilapan juga membuat kita semakin dekat kepadaNya.
Sememangnya hidup ini kita tak akan pernah terlepas dari berbuat kesilapan. Segalanya adalah utk menaikkan semangat dan meningkatkan keyakinan diri utk hidup.Yakinlah yang Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Wechat


Assalamualaikum saya...

Saya dah lama tahu pasal wechat ni..........cuma entahla keberatan nak download. Guna FB je senang nak sembang gan kengkawan. Malas la nak banyak banyak kan....nanti tak larat nak sembang...hehehe..

Entah mcm mana, laju je jemari tepp..tepp..tepppp ..tepp kat fon ...download wechat rupanya.

Kat wechat tu...saya massuklah group zaman sekolah dahulu kala....kawan kawan sekolah. Memang sejujurnya saya amat gembira sembang gan diaorang...kat FB tu ada jugalah sembang tapi kat wechat ada kawan yang taak sempat bersembang (maksudnya kekadang FB ni jemlaaa)

Banyak perkaralah disembang....seronoknya....TQ yahya, norzeyna, dom.......seronok sembang gan korang. Itulahkan...tak kenal makan tak cintalah kan ...(wechat)..tak sia-sialah saya download. TQ wechat.

Tapi sorrylah Yahya....saya tak dapat jadi tetamu VIP masa korang dinner nanti.................................hahaha (mod perasan la kan)

Sokey... bukan rezeki sayalah kan...In sya Allah rezeki saya pasti ada.  Mesti best kan korang jumpa kawan kawan lama....... Tengok mcm raya tahun lepas kita orang reunion bestnya......cuma saya keterbusyan menguruskan reunion tu.

Honestly memang 
Tapi saya still the same mcm zaman sekolah dulu la kot....hahaha perasan lagilah ni...bukan apalah korang ni, memaangla badan naik dulu..sekarang mcm zaman sekolah lagilah pulak. Tak tahu kenapa.

 Sebenarnya tarikh korang buat tu fikirnya saya tak ada kat kuching la...kalau tak ada aral melintang la. Kalau ada...saya akan menjelmakan diri k. Apapun all the best kengkawan.


Alhamdulillah Rezeki

Assalamualaikum....

Alhamdulillah rezeki saya agaknya.

1) Apa yang keberadaan di dalam kepala telah dipermudahkan.

2) Kerja yang rasanya telah dibuat sehabis baik telah dimurnikan bantuan kawan sekerja. Maklumlah saya dah bersemangat. Terima kasih MrJeeva. Sebenarnya beliau ini amat suka membantu. Apa yang saya katakan rezeki kerana tetiba aja beliau terberdiri di depan bilik saya. Apa lagi peluanglah bertanya.

3) Ada yang bermurah rezeki bagi durian kat saya 3 bijik. Macam tahu tahu aja saya ni nak makan durian sejak dua menjak ni.

4) Saya menerima panggilan yang nak buat tempahan sulaman. Alahamdulillah rezeki kan. Tapi rasanya saya terpaksa tolak sebab larat ke nak sulam??? Bukannya sombong sebab masih ada yang nak disulam kat rumah tu. 

5) Apa Yang pasti saya saya saya.......................biarlah rahsia. Dan sesungguhnya saya berasa syukur sesangat.

Apa yang saya nak ingatkan diri saya, adalah supaya saya teruskan amalkan  baca Surah Al-Waqiah itu. In Sya Allah.....

Dan .......

"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya","Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu".

Sesungguhnya Hanya Dia Yang Maha Mengetahui.



Monday 11 November 2013

Alam Maya Lagilah!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum...

Jam sekarang 1345 pm...............

Hari ni sepatutnya saya bercuti...ada urusan peribadi yang tak perlulah diberitahukan.  Tapi saya pergi ke opis juga coz adalah urusan rasmi nak dilakukan.

Sambil sambil tu menyinggah la kat laman yang kerap saya kunjungi....semestinya saya akan rindu ain, luv, kiti,kun, zah, mike, momot, ayu, jura.....mereka nilah teman sechat saya...sekarang tah kemana...sobbbb sobbbbbb....rindu korang sebenarnya.

Tetapi hari ini, saya telah berjumpa kawan baru jebat (bukan nama sebenar). Entahla....banyak perkara yang mcm tah apa apa kat situ...end the end boleh jugalah bersembang baik. Thanks jebat and nice to know u.

Apapun, berbalik la kan kepada niat kita.






Wahai Hati Part 2

 Assalamualaikum wahai saya....

Waalaikumsalam saya.

Motivasikan diri saya sentiasa....In Sya Allah....

Janganlah berdukacita wahai saya,
sebab rasa sedih akan terus mengganggumu dgn kenagan masa lalu, akan membuatmu khuatir dgn segala kemungkinan pada masa akan datang, dan akan menyia-nyiakan peluangmu pada hari ini.

Janganlah berdukacita wahai saya,
sebab rasa sedih hanya akan membuat hati menjadi kecut, wajah muram, semangat akan padam dan harapan akan menghilang.

Janganlah berdukacita wahai saya,
sebab kesedihan hanya akan membuat musuh gembira, membuat kawan bersedih hati, membuat org yang mendengki senang, dan membuat hakikat-hakikat yang ada berubah.

Janganlah berdukacita wahai saya,
sebab rasa sedih sama dgn menentang qadha dan menyesali sesuatu yang pasti, jauh dari sikap lembut dan benci terhadap nikmat.

Janganlah berdukacita wahai saya,
sebab rasa sedih tidak akan mengembalikan sesuatu yang hilang dan semua yang sudah pergi, tidak akan membagkitkan orang yang sudah mati, tidak mampu menolak takdir dan tidak akan mendatangkan manfaat.

Janganlah berdukacita wahai saya,
sebab rasa sedih itu datangnya dari syaitan dan kesedihan itu adalah rasa putus asa yang menakutkan, kefakiran yang menimpa, putus asa yang berpanjangan, tekanan yang terpaksa dihadapi dan kegagalan yang menyakitkan.

Kesimpulannya wahai saya murahkalah.......................



Wahai Hati

Janganlah bersusah hati wahai saya.
Sebab ia hanya akan membuatmu lemah dlm beribadah, mlas utk berjihad, putus harapan, mengheretmu utk berburuk sangka dan menenggelamkanmu.

Jangan berdukacita wahai saya.
Sebab rasa sedih dan susah hati adalah akar pelbagai penyakit jiwa, punca penyakit saraf, penghancur jiwa dan penyebar keraguan dan kebingungan.

Jangan berdukacita wahai saya.
Dan jangan sekali-kali menyerah kepada kesedihan dan tidak melakukan sebarang kegiatan.Sembahyanglah.....bertasbihlah....bacalah....menulislah....bekerjalah...terimalah tamu...bersilaturahim...dan merenunglah wahai saya.

Hari yang Entah apa apa

Assalamualaikum...

Waalaikumussalam.

Kisah saya hari ini..... 

Pepagi jam 7.30 mengadap boss nak bincangkan satu perkara (pasal kejelah kan) . Memang bersemangat dan tak sabarnya rasanya nak submit kat boss.

Tapi itulahkan mestilah dalam proses nak siapkan tu ada jugalah halangan...alhamdulillah...such as; kol org ni tak dapat, kol org ni dpt tapi tak cun tarikh....etc. So melepakla sekejap. Just to release la kan...kang bengang pulak...huhuhuhu. 

Selepas tu buatlah keje seperti biasa. Entah mcm mana, tgk syok menaip, tgk berkobar-kobar nak siapkan dan jumpa boss balik. POP!!! padam sudah elektrik tak ada.

memang rasa nak geget aja pc ni. tapi takdelah sampai nak geget. (cuma nak gambarkan tahap geram je) dahla tak save. Fuhhhhh!!! penat je taip. Padan muka sayakan. Kenapa tak save.

Sambil tunggu tu kan.....buatla keje mengira kat luar....bukan apa..panas dalam bilik. Mahunya saya terbako. Dahla hati tgh geram kan...So faham jelah situasi tu. Tengah buat keje boleh pulak text text....hahaha....nak mengadulah konon...konon ajelah.



Masih sabar menunggu wahai elektrik..... Berkat kesabaran POP!!!! ........yahooooooooooooooooooo!!!!!!!!!!!! ada dah elektrik. Dah nak terlompat lompat macam tuuu haaa....


Sedihnya....memang hilang la  apa yang saya buat tu. So buatlah semula dgn yakin dapat jumpa boss sebelum beliau balik....Kesudahannya....tak boleh jumpa juga. Tak ada rezeki la kan. Terpaksa tunggu keesokkan harinya. Hurmmmmmmm. Sbar jelahkan.

Sunday 10 November 2013

Cinta Alam Maya Boleh ke percaya???

Cinta alam maya.......apa komen anda.



Perghhhhhhhhhhhhhh bercinta la kan memang la kemanisanya melebihi tahap kewarasan. Apapun bersederhanalah dalam apa jua kan.
Satu aja..... kenelah berhati-hatikan. Bukan apa, in the end siapa yang tergigit jari kan. so must BEWARE.
Bagi saya, secara jujurnya...cinta alam maya ini tidaklah mustahil. In Sya Allah jika ada kejujuran dan keihklasan akan berkesudahan dengan baik. 

Yang pentingkan:
1. Sentiasalah berprasangka baik...niat tu yang penting.

2. Sentiasalah jujur dan ikhlas antara kamu.

3. Kalau ada social hub(FB/wechat dll) tu kan...rajin rajinkanlah godek godek....tgklah siapa kawan kawan dia. In Sya Allah akan dipermudahkan disitu.

4. Jangan lupa sentiasa mohon petunjuk daripadaNya. Semoga dipermudahkan segala urusan dan ditujukkan kebenaran.

5. Pandai-pandaila korang nak jumpa ke? dan pandailah  bawa diri kan.

Selamat berkenalan............daaaaaaa tata titi tutu..........muahhhhhhhhhh!!!!!!!

Minta Hati Benar Dan Jujur

Sewajarnya sentiasa berprasangka baik dgn apa yang telah berlaku. Pastinya ada hikmah disebaliknya. Sesungguh Dia tak akan menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

Kadangkala hati sentiasa berdolak dalik....
Justeru, berdoalah agar diminta hati sentiasa benar dan jujur:

Robbanaa laa tuzigh quluubanaa ba'daidz hadaitanaa wahab lanaa minladunka rohmatan innaka antal-wahhaab.

Ya Allah kami! Janganlah menyesatkan hati kami, sesudah Engkau memberi petunjuk, dan berilah kami rahmat dari hadapanMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.


Lelaki vs Wanita

1. Lelaki yang Emosional dapat mengamuk bagaikan reptilia. Waanita yang emosional lebih suka bercakap perihalnya.

2. Lelaki dapat mengasingkan dan mengetepikan masalah mereka seketika. Wanita pula sentiasa berasa risau.

3. Apabila bercakap perihal hubungan seks, wanita perlukan sebab manakala lelaki perlukan tempat.

4. Selepas berkahwin lelaki sudah mengetahui segalanya perihal pasangannya dan tidak melihat kepentingan bagi perbualan yang berlebihan.

NAFSU

Assalamualaikum.....

Refresh balik apa yang pernah saya dengar dalam satu program. Tak ingat dah program apa. Apa yang pasti melalui media massa elektronik TV.

Perbuatan Yang Dilakukan kerana nafsu vs Perbuatan Yang terlanjur iaitu bukan kerana nafsu tetapi disebabkan pengaruh Syaitan.

1. Perbuatan Yang Terlanjur aka bukan kerana nafsu tetapi pengaruh Syaitan....hanya akan dilakukan sekali sahaja dan pastinya akan disesali dan segera bertaubat kerana takutkan balasanNya.

2. Manakala perbuatan yang disebabkan oleh nafsu adalah perkara yang dilakukan berulang kali. Tiada perasaan takut dalam diri.

Contohnya:
Perbuatan merokok ...Syaitan cuma mempengaruhi hanya sekali sahaja masa mula mula nak  merokok. Akan tetapi perbuatan itu berlarutan sehinggalah bertahun tahun. Maka itu bukan lagi kerana Syaitan tetapi nafsu nak merokok. Sebenarnya Syaitan dah tinggalkan perokok dah lama dahulu...tetapi perokok gagal nak mengawal nafsu.

Apa yang boleh  dilihat dgn jelas lagi dalam bulan Ramadhan. Masa itu Syaitan dan sekutunya telah dipenjarakan. Masa itu tak adanya Syaitan yang mempengaruhi kita. Tetapi sebenarnya apabila dilakukan jua itu adalah kerana nafsu.

Oleh itu..apabila perbuatan disebabkan nafsu maka wajarlah kita mendidik nafsu secara perlahan-lahan. Cuba sedaya upaya untuk mengurangkan keinginan terhadap nikmat duni semata mata. Sebenarnya amat payah utk dihilangkan. Apa yang wajar dilakukan ialah dgn melaksanakan perintahNya dgn penuh keikhlasan dan istiqamah. Jika kita berjaya In Shaa Allah berjalah kita mendidik nafsu sebagaimana disebutkan dalam Al Quran, " Sesungguhnya Solat itu mencegah daripada melakukan perkara keji dan mungkar".

Sesungguhnya mendidik nafsu ini haruslah istiqamah. Saya tujukan khas untuk diri saya sendiri khususnya.

Apa Yang Dicari Lelaki

Tinjauan ke atas lebih daripada 15000 lelaki dan wanita berumur di antara 17 - 60 tahun. Menunjukkan urutan kepentingan apa yang dicari lelaki dalam pasangan seksual jangka masa panjang dan apa yang wanita fikir lelaki  mahu. Kajian ini  menunjukkan lwanita secara lebih kurang memahami ciri-ciri lelaki untuk pasangan seksual jangka masa panjang. Ini kerana wanita mengasaskan andaian mereka berdasarkan ciri-ciri perilaku yang mereka lihat dan dengar dalam kalangan lelaki. Senarai D adalah apa yang lelaki cari apabila kali pertma bertemu. Senarai C adalah apa yang dicari lelaki untuk jangka masa panjang.


Apa Yang Dicari Lelaki
(C )
Apa Yang Wanita Fikir Lelaki Cari
(D)
Keperibadian
Rupa Cantik
Rupa Cantik
Susuk Tubuh Menarik
Kepintaran
Buah Dada
Sifat Jenaka
Punggung
Susuk Tubuh Menarik
Keperibadian


Apa Yang Dicari Wanita

Tinjauan ke atas lebih daripada 15000 lelaki dan wanita berumur di antara 17 - 60 tahun. Menunjukkan urutan kepentingan apa yang dicari wanita dalam pasangan seksual jangka masa panjang dan apa yang lelaki fikir wanita mahu. Kajian ini  menunjukkan lelaki memahami secara lebih kurang apa yang wanita mahu.



Apa Yang Dicari Wanita
Apa Yang Lelaki Fikir Wanita Cari
Keperibadian
Keperibadian
Sifat Jenaka
Susuk Tubuh Menarik
Sikap Sensitif
Sifat Jenaka
Kepintaran
Sifat Sensitif
Susuk Tubuh Menarik
Rupa Tampan




Doa Untuk Arwah Bapa Saya

Doa utk arwah bapa saya:

Allaahummaj'al wa aushil mitsla tsawaabi maa qoro' tuhuu ilaa rauuhi abii....Allahummaghfir lahuu warhamhu wa'aafihi wa'fu 'anhu wa akrim nuzulahuu wawassi' madkholahuu wataqobbal hasanaatihii wakaffir sayyiaatihii birohmatika yaa arhamar roohimiin.


Ya Allah! Sampaikanlah seumpama pahala bacaanku kepada roh bapaku...Ya Allah! Ampunilah dosanya, kasihani dan sejahterakanlah dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkanlah kuburnya, terimalah kebaikkannya, hapuskanlah kesalahannya, dengan RahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih
 

Monday 17 June 2013

DOA "Janji Allah Itu Pasti"

Last Week......family saya bertandang...Kebiasaannya ada sahaja topik yang kita orang cakap. Tapi kali, topik itu agak menarik minat saya. Tentang Doa yang membuat saya tertarik & menarik saya. Tidak cukup dengan diskusi itu...maka saya mula mencari-cari untuk menambah pemahaman diri sendiri terutamanya...dan wajar dikongsikan di sini.

Perkataan Doa diambil dari Bahasa Arab yang merupakan ‘nama terbitan’ (masdar) dari kata kerja (perbuatan) ‘Da’aa, dari sudut bahasa bererti ‘seruan’, panggilan, ajakan atau permintaan.
Jika dilihat dari segi pengertian syara’, doa adalah ‘memohon kepada Allah SWT dengan meminta kebaikan dari sisiNya dengan penuh ketulusan hati dan penuh pengharapan. Pengertian ini dijelaskan oleh Allah dalam beberapa tempat di dalam al-Quran.
Antara firman Allah:

Maksudnya “ Berdoalah kepadaku, nescara akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Ghafir: ayat 60)

KELEBIHAN DAN KEUTAMAAN DOA

1- Doa merupakan tali penyambung yang kukuh antara hamba dan RabNya.
2- Doa merupakan satu bentuk ibadah kepada Allah.
3- Doa merupakan satu bentuk zikir kepada Allah.
4- Doa merupakan senjata yang ampuh bagi setiap mukmin dalam menghadapi realiti kehidupan.

Antara Syarat Doa Yang Dimakbulkan :
1- Berdoa dengan penuh keikhlasan dengan terus mengharapkan agar doa tersebut dimakbulkan oleh Allah.
2- Berdoa dengan penuh kesungguhan dan tidak jemu mengulang-ulanginya.
3- Berusaha mengelakkan diri dari melakukan perkara yang dilarang dibenci oleh Allah.
4- Memastikan makanan,minuman dan pakaian yang dipakai dan rezeki yang diperolehi hasil dari usaha yang halal.
5- Memohon kemaafan dari manusia yang pernah kita zalimi atau aniyai, kerana doa seseorang tidak akan dimakbulkan sekiranya mereka menzalimi dan menganiyai orang lain dan tidak mendapat kemaafan dari mereka.
6- Mematuhi adab-adab sebagai seorang hamba yang berdo’a di hadapan Khaliqnya yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.

DIANTARA WAKTU KEADAAN DAN TEMPAT YANG MUSTAJAB UNTUK BERDOA

1- Malam Lailatul Qadar.
2- Pada sepertiga malam yang terakhir (antara jam 3.00 hingga 6 pagi).
3- Selepas setiap solat fardhu yang lima.
4- Masa di antara azan dan iqamah.
5- Beberapa saat di setiap malam.
6- Ketika azan untuk solat fardhu
7- Ketika hujan sedang turun
8- Ketika mempersiapkan barisan menuju medan jihad fi sabilillah
9- Beberapa saat pada hari Jumaat. Menurut pendapat yang kuat, waktu yang dimaksud adalah akhir waktu solat Asar di hari Jumaat, saat khatib berkhutbah, atau saat berlangsungnya solat Jumaat.
10- Ketika minum air zam-zam beserta niat yang baik
11- Ketika sujud dalam solat
12- Ketika terbangun di tengah malam maka berdoa menggunakan doa yang ma’tsur (berasal dari Nabi S.A.W)
13- Ketika tidur dalam keadaan suci kemudian bangun di malam hari untuk berdoa.
14- Doa di Hari Arafah
15- Doa ketika seseorang dalam keadaan nazak (hampir meningal dunia)
16- Doa sesudah pujian terhadap Allah dan selawat ke atas nabi ketika tahiyyat akhir.
17- Ketika berdoa dengan menggunakan nama Allah Yang Maha Agong
18- Doa sepanjang bulan Ramadhan
19- Ketika perhimpunan umat Islam dalam majlis ‘zikrullah’
20- Doa ketika ditimpa musibah
21- Doa dengan penuh pertautan hati dengan Allah dan penuh keikhlasan
22- Doa orang terzalim terhadap orang yang menzaliminya
23- Doa ibu dan ayah untuk anaknya
24- Doa anak yang soleh untuk kedua ibubapanya
25- Doa orang yang sedang bermusafir
26- Doa orang yang berpuasa sehingga dia berbuka
27- Doa orang yang berpuasa ketika sedang berbuka
28- Doa orang yang terdesak atau terpaksa (dalam kesempitan)
29- Doa pemimpin yang adil (yang melaksanakan syariah Allah dalam pemerintahannya)
30- Doa ketika berwudhu’dengan doa yang ma’tsur( berasal dari Nabi S.A.W )
31- Doa selepas melontar Jumrah as-Sughra
32- Doa ketika melontar Jumrah al-Wusta
33- Doa ketika berada di dalam ka’abah, perlu diketahui bahwa kawasan hijir Isma‘il termasuk Ka‘bah.
34- Doa ketika berada di Safa
35- Doa ketika berada di Marwah
36- Doa ketika berada di Masy’aril Haram

DIANTARA SEBAB-SEBAB DO’A TIDAK DIPERKENANKAN

Suatu ketika seorang lelaki bertanya kepada Ibrahim bin Adham seorang tokoh sufi yang terkenal, apakah yang menyebabkan doa seseorang tidak diterima oleh Allah, Ibrahim bin Adham menjelaskan;
“Antara sebab doamu tidak diterima Allah ialah;
1- Kamu menyatakan bahawa kamu beriman kepada Allah, tetapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya
2- Kamu mendakwa bahawa kamu mencintai Rasulullah SAW. Tetapi kamu tidak mengamalkan sunnahnya (dalam kehidupan kamu).
3- Kamu meyakini bahawa al-Quran itu adalah benar, namun kami tidak mengamalkannya (dalam kehidupan kamu)
4- Kamu telah banyak menikmati nikmat Allah, tetapi kamu tidak mensyukurinya
5- Kamu meyakini bahawa iblis dan syaitan itu adalah musuhmu, tetapi kamu menuruti segala tunjuk ajar mereka
6- Kamu menyatakan bahawa kamu meyakini tentang wujudnya syurga, tetapi kamu tidak berusaha melaksanakan amal yang boleh membawa kamu ke sana
7- Kamu menyatakan bahawa neraka itu benar, tetapi kamu kamu tidak berusaha menjauhkan diri darinya, bahkan melakukan perbuatan yang bakal mencampakkan dirimu ke sana
8- Kamu menyatakan bahawa kematian itu adalah satu kebenaran, tetapi kamu tidak bersedia dengan amalan untuk menghadapinya
9- Kamu bangun setiap pagi dan sering memperkatakan keaiban orang lain, tertapi kamu lupakan keaiban dirimu sendiri
10- Kamu selalu menghantar jenazah ke kuburan, tetapi kamu langsung tidak mengambil iktibar daripadanya, bahawa kamu juga akan dibawa ke sana.”
Wallahu’alam….


Rujukan : Berubat Dengan Doa dan Ruqyah dari Al Quran dan Sunnah, Dr Said bin Ali bin Wahf Al Qahthani, terbitan Media Hidayah.