Tuesday 7 May 2013

Wanita oh wanita part 1

Wanita Tahu Apa Yang Tersirat

Kaum wanita lebih peka daripada lelaki & mempunyai kemampuan mengesan perubahan pada suara. Keupayaan ini membolehkan mereka mengesan perubahan emosi yang berlaku pada diri kanak-kanak & juga orang dewasa. Dalam kata lain, bagi setiap lelaki yang dapat menyanyi dengan bagus, terdapat lapan perempuan yang mempunyai kebolehan yang sama. Kemampuan ini menjelaskan mengapa wanita sering berkata " Jangan cakap begitu dengan saya, " apabila bertengkar dengan orang lelaki.
Kemampuan wanita mendengar dengan baik menimbulkan istilah yang dipanggil naluri wanita & ia salah satu sebab mengapa wanita tahu apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.


Wanita Suka pada Sentuhan

Kulit kita adalah organ badan yang paling besar. Ia Berukuran lebih kurang dua meter persegi. Di atasnya terdapat kira-kira 2800 ribu saraf yang mengesan sentuhan dan tekanan. Sejak dilahirkan, bayi perempuan lebih peka kepada sentuhan berbanding bayi lelaki. Apabila mereka dewasa, kulit perempuan 10 kali lebih peka kepada sentuhan daripada kulit lelaki. Dalam kajian yang berwibawa, lelaki yang didapati peka kepada sentuhan merasa kurang daripada apa yang dirasakan perempuan yang tidak peka. Kulit wanita lebih nipis daripada kulit lelaki & mereka mempunyai lapisan lemak yang lebih di bawah permukaan kulit itu. Lapisan ini mampu memberi kepanasan semasa musim dingin & daya tahanan yang lebih.

Oksitoksin adalah hormon yang meransang saraf pengesan & meransang keinginan kita supaya bersentuh. Tidak hairanlah mengapa wanita yang saraf pengesannya 10 kali lebih peka drpd lelaki, menganggap bermesra & mendakap suami, anak-anak serta reman-teman adalah penting. Kajian bahasa badan menunjukkan wanita barat menyentuh wanita lain dalam perbualan sosial, empat hingga enam kali lebih kerap daripada lelaki menyentuh lelaki lain. Wanita mempunyai ekspresi sentuhan yang lebih banyak berbanding lelaki. Orang yang berjaya dikatakan mempunyai sentuhan magik. Wanita suka berhubungan antara satu sama lain & tidak suka kepada orang yang bermuka tembok. Mereka suka berbincang perihal perasaan, bersifat peribadi & menyakiti orang cara yang berbisa.


Sumber : Allan & Barbara Pease

No comments :

Post a Comment