Tuesday 12 November 2013

Alhamdulillah Rezeki

Assalamualaikum....

Alhamdulillah rezeki saya agaknya.

1) Apa yang keberadaan di dalam kepala telah dipermudahkan.

2) Kerja yang rasanya telah dibuat sehabis baik telah dimurnikan bantuan kawan sekerja. Maklumlah saya dah bersemangat. Terima kasih MrJeeva. Sebenarnya beliau ini amat suka membantu. Apa yang saya katakan rezeki kerana tetiba aja beliau terberdiri di depan bilik saya. Apa lagi peluanglah bertanya.

3) Ada yang bermurah rezeki bagi durian kat saya 3 bijik. Macam tahu tahu aja saya ni nak makan durian sejak dua menjak ni.

4) Saya menerima panggilan yang nak buat tempahan sulaman. Alahamdulillah rezeki kan. Tapi rasanya saya terpaksa tolak sebab larat ke nak sulam??? Bukannya sombong sebab masih ada yang nak disulam kat rumah tu. 

5) Apa Yang pasti saya saya saya.......................biarlah rahsia. Dan sesungguhnya saya berasa syukur sesangat.

Apa yang saya nak ingatkan diri saya, adalah supaya saya teruskan amalkan  baca Surah Al-Waqiah itu. In Sya Allah.....

Dan .......

"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya","Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu".

Sesungguhnya Hanya Dia Yang Maha Mengetahui.



No comments :

Post a Comment