Monday 7 July 2014

cuti...dua hari

assalamualaikum...

Hari ini isnin 7 julai 2014. Pastinya hari bekerja bagi negeri sarawak.
Saya bersiap seperti biasa turun ke ofis...dalam hati berniat hendak jumpa boss mohon cuti. Bukan sesaje nak cuti tanpa dirancang.Tetapi terpaksa. Kaau.boss bagi alhamdulillah.
Dah.minta kawan taipkan permohonan cuti dan jumpa boss.

Saya:  Boss, saya minta maaf.saya nak mohon cuti dua hari.

Boss: Kenapa perlu dua hari? (muka boss macam tak setuju)

Saya: Hari ini saya nak ke klinik. Jumaat lepas memang saya cuti juga..tapi masa itu saya tak larat bangun demam..batuk...asma saya datang.Tak yakin nak drive. Siapa nak drive untuk saya? Saya tak ada orang temankan.

Boss: (muka.macam tak puas hati)

Saya : Saya nak.sembuh.nak makan ubat. saya tahu..bila makan ubat saya akan tertidur. (coz semalam makan ubat asthma dan nose) tertidur sampai petang. ubat saya makan tu baki bulan april ada sebiji. saya telan aja.ni yang nak pergi klinik.

Boss: bla...blaas..blaaa

Saya: Esok ada program...saya cuti.tapi tak apa boss...saya akan uruskan dulu. saya akan maklumkan kepada penganjur.

Saya uruskan apa-apa yang patut.alhamdulillah. saya dipermudahkan.

Siapa yang nak sakit...itu dugaan.dugaan. saya fikir lebih baik cuti daripada melongok longok kat opis...huhuhu

No comments :

Post a Comment