Monday 7 July 2014

anakku....

assalamualaikum...

Saya masih cuti..tujuan utk rehat Sebab masih rasa tak cukup sihat.
Supaya apabila masuk kerja..lebih bersemangat.

Hari ini juga, anak merengek-rengek..Tak tahu kenapa? Aduhai wahai anak.Mama tak tahan mendengar rengek itu.Dengan mudahnya air mata ini jatuh.Ya Allah! kenapalah air mata ini tak boleh ditahan. Sejujurnya, saya memang tak mampu menahan air mata bila mana anak merengek seperti manahan sakit. Ya mama tahu, anak memang menahan sakit. Hidung beringus menyukarkan anak bernafas.Saya ingin menyedut hingus anak dengan mulut mama.Tetapi mama sendiri kurang sihat..khuatir anak mama dijangkiti. Oh Tidakkkkkkkk....
Saya bagi anak syrup dr klinik...betapa sukarnya anak nak telan..saya paksa juga supaya ditelan.
Selepas itu anak termuntah...banyak...bimbang juga...dalam masa yang sama, lega.Sekurangnya lendir keluar.Mama tak kisah anak muntah atas  mama...tertumpah kat sofa.Yang penting anak mama sihat. Mama rindu anak mama senyum senyum...senyuman anak ..adalah penghibur mama, penawar mama.Buah hati mama.
Anak....
Dalam doa mama, sentiasa ada anak.Semoga menjadi anak yang solehah. Berguna kepada keluarga, agama, negara.

Love u so much anak.muahhhhhh....

No comments :

Post a Comment