Thursday 26 June 2014

Kutu Oh Kutu....

Assalamualaikum w.b.t

Main Kutu. Mesti ramai yang dah tahu main Kutu. 
Sekarang ini saya and the gang main Kutu. Yang tukang kutip sayalah selaku tukang simpan sekejap. Alhamdulillah gang saya okey semuanya. Ni dah tahun ke berapa entah. Tak ingat sudah.
Untuk memudahkan diri saya dan gang, sebelum mula main kutu itu, saya dah maklumkan hari yang telah dipersetujui untuk proses kutip. hehehe...senang je. Dan gilirannya saya buat berdasarkan keperluan kawan-kawan dan semestinya dipersetujui bersama. Yang pertama dapat sayalah...hehehe...gang kata sebab saya tukang pegang dan kutip.utamakanlah.Konon-konon je....

Yang Perlu Diketahui...Hukum Main Kutu...
Hukumnya menurut Islam , pada hukum asalnya ialah ‘HARUS’ kerana permainan ini boleh dikatakan dapat membantu sesama rakan.Dan duit yang kita dapat itu ialah duit kita sendiri sebenarnya. Bermakna setiap bulan ahli, kumpulan akan menyumbangkan pinjaman dan wang itu akan kembali kepada kita setelah giliran kita sampai pula. Kekadang jika kita simpan sendiri tk sempat duit tu banyak kita dah keluarkan…
Jadi sebelum kita memulakan permainan ini hendaklah kita mengenali ahli kumpulan yang menyertai permainan ini, pilih seorang yang akan jadi ketua dan orang itu hendaklah amanah. Sebaiknya semuanya dicatat atau ditulis dan direkodkan.

Apa Yang Best Main Kutu Ni?
Bagi Sayalah...
  1. Boleh Displinkan Diri (Bukan Kata Saya Tak Displin, Cuma Lebih Displin) Sebab nak bayar Kutu.
  2. Boleh Beli Apa Yang Dikenan Dihati secara Cash &Carry .(Sebab Tak Suka Berhutang.)
  3. Boleh Ramah Mesra Dengan Gang. (Sebab work station saya lain ) Ada juga alasan nak g work station lain.
  4. Boleh Menanam Sikap Amanah Dan Kerjasama di Kalangan Kami. (Alhamdulillah semuanya okey sampai ada yang ajak sambung lagi tahun depan.
Apa Lagi Ya??????????????? 

Sekarang, saya nak g hantar duit akak tu...Dia Yang Dapa Bulan Ni.............Daaaaaaaaaaaaaaaa

No comments :

Post a Comment