Anda Layak Berpoligami? Dengan tulisan ini, diharapkan anda yang disenaraikan
boleh membuat persiapan sama ada untuk meneruskannya atau menarik diri
daripada poligami.
Tidak layak
1 Takut kepada isteri
2 Kurang komunikasi lalu menyalahkan isteri
3 Tidak sayang isteri lalu suka memukulnya
4 Isteri lebih kaya lalu hidupnya dikawal isteri
5 Putus hubungan dengan Allah
Layak
1.Takut kepada Allah
2.Selalu komunikasi dan mendidik iman isteri
3.Cintakan isteri kerana Allah
4.Suami kaya dan kehidupan isteri ditentukannya
5.Selalu berhubung dengan Allah apatah lagi waktu susah
Anda boleh nilai diri sendiri di mana kedudukan anda. Terpulanglah
kepada anda sama mahu buat perubahan atau tidak. Untuk lebih jelas, dua bahagian tersebut diulas supaya alasannya dapat
diterima oleh semua pihak.
Takut kepada Isteri, ini penyakit kebanyakan suami sama ada suaminya
kaya atau miskin. Dia tidak berani berterus terang dengan isterinya
tentang dia mahu berkahwin lagi. Akhirnya dia buat keputusan untuk
kahwin di luar negara.
Memang lelaki ini tidak layak berkahwin kerana lazimnya suami ini akan
menipu isterinya atau berlaku zalim terhadap isterinya sama ada isteri
pertama atau isteri baru.
Takut kepada isteri juga berlaku kepada suami yang apabila menyatakan
hasrat hendak berkahwin lain kepada isterinya, lalu ditentang oleh
isterinya itu. Dengan tentangan itu dia jadi kecut lalu tidak berani
untuk meneruskan hasratnya lagi.
Dengan hati yang sedih bakal isteri barunya akan mendesak. Maka untuk
memuaskan desakan dia berkahwin di luar negara. Dengan perkahwinan ini
dia sekali lagi akan menipu isterinya. Bukan itu sahaja, kehidupannya
juga tidak selesa kerana asyik dengan penipuan sepanjang hidup.
Takut kepada isteri juga berlaku kepada suami yang tidak mampu buat
keputasan untuk kebaikan dirinya dan isterinya. Setelah dia memberitahu
isterinya tentang hasrat berkahwin lagi, isterinya meminta dia
menceraikannya atau mengugut untuk bunuh diri.
Kerana sayangkan isteri dia batalkan perkahwinan keduanya. Suami ini
memang tidak layak berkahwin lagi kerana tidak pandai mendidik isteri
ke arah takut kepada Allah.
Kurang komunikasi dengan isteri secara baik, tidak melayakkannya
berkahwin lain kerana keadaan yang sama akan berlaku kepada isteri yang
baru. Suami ini akan selalu menyalahkan isterinya atas kegagalan rumah
tangganya. Dia tidak ada masa untuk mendidik isterinya supaya takut
dan bertaqwa kepada Allah. Atau isterinya tiada peluang untuk
berbincang dengannya apa yang terbaik untuk rumah tangga mereka.
Kalau begitulah sikapnya, berapa ramai isterinya sekali pun, amalan
yang sama akan berlaku. Salahnya bukan pada isteri tetapi kepadanya
yang tidak pandai berkomunikasi yang terbaik. Dia mungkin boleh
berkumunikasi dengan orang ramai apatah lagi wanita yang dia inginkan,
tetapi itu sekadar lakonan. Nanti setelah menjadi isteri, semuanya akan
terbongkar.
Tidak sayangkan isterinya mungkin berlaku setelah lama berkahwin apatah
lagi setelah bertemu orang lain yang boleh dijadikan mangsanya.
Lelakilah yang diibaratkan “habis madu sepah dibuang”. Kesan daripada
tidak sayangkan isteri dia suka mendera isterinya. Padahal dia tidak
pernah memberitahu isteri apa yang dia mahu kepada isteri untuk
mengembalikan kasih sayang kepada isterinya.
Kalau dia tidak sayangkan isteri dalam keadaan itu, tidak mustahil
setelah dia berkahwin dengan isteri baru, perkara yang sama akan
berlaku. Dia juga akan rasa jemu kepada isterinya lalu tidak sayang
kepadanaya. Penderaan juga akan dilakukan jika dia mahu. Oleh sebab itu
dia tidak layak berpoligami. Jadi, mana-mana wanita yang mahu menerima
tawaran poligami harus melihat sejarah bakal suaminya itu.
Isteri yang lebih kaya daripada suami malah isteri yang membiayai
kehidupannya sememangnya tidak layak untuknya berkahwin lagi. Logiknya,
kalau dia berkahwin lain, dengan apa pula dia boleh memberi nafakah
kepada isteri barunya?
Putus hubungan dengan Allah merujuk kepada agama suaminya. Kalau si
suami tidak pernah sujud kepada Allah atau sesekali sahaja sujud kepada
Allah, bagaimana dia boleh berhubung dengan Allah. Mereka yang putus
hubungan dengan Allah, dia akan putus hubungan dengan manusia.
Mereka ini akan gelap masa depannya kerana tidak dapat bantuan Allah.
Jelas, lelaki ini tidak layak berpoligami kerana orang yang berpoligami
adalah orang hampir dengan Allah.
Adakah anda layak?
Jika anda tersenarai sebagai tidak layak dan boleh membuat perubahan
seperti yang dijelaskan di atas, tidak mustahil anda layak untuk
berpoligami. Tapi ingat, bukan senang untuk berubah, kalau anda tidak
benar-benar memiliki ciri-ciri orang yang layak seperti yang
disenaraikan di atas.
Secara mudahnya , mereka yang layak ialah orang
yang ada iman dan taqwa yang mendalam terhadap Allah. Oleh sebab itulah
kalau anda lihat realiti pada hari ini, siapa yang berjaya dalam
poligami. Kita boleh lihat di kampung-kampung pak lebai yang sering ke
masjid ada empat isteri atau sekurang-kurangnya dua isteri.
Kalau kita pergi ke pondok-pondok pengajian, kita lihat tok-tok gurunya
ada dua atau tiga isteri. Begitu juga ustaz-ustaz yang merata di dunia
ini, boleh memiliki dua isteri atau lebih. Mereka ini sudah pasti
memiliki ciri-ciri di atas. Yang pasti isteri mereka bahagia dengan
suami mereka.
Mahukah anda jadi seperti mereka? Jika mahu tingkatkan iman dan taqwa.
Untuk itu belajarlah dengan mereka yang berjaya. Wallahu aklam.
Sumber http://www.loveloveislam.com
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil, aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia dan kurniakanlah aku kebajikan di dunia dan di akhirat."
Monday 17 June 2013
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment