Tuesday 28 October 2014

Si BuahHati Part 2

Assalamualaikum Aku..................

Bila dikenang kembali, sungguh cepat masa berlalu. Setahun... Berbulan-bulan sudah berlalu.Si buah hati semakin bijak...melihat keletah, membesar dengan sihat membuatkan aku tak merasakan masa itu berlalu dengan cepat.Syukur alhamdulillah, kerana diberi peluang , dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki dan dilapangkan dada.

Satu ketika itu, tak mungkin aku lupakan. Air mata itu kembali jatuh...sungguh pon telah berpisah, namun aku tak menghalang abahnya berjumpa dengan si buah hatiku. Air mataku jatuh tatkala melihat si buah hati begitu ketat dan ketat...ketat sangat....memeluk aku. Aku tak pasti kenapa dengan si buah hati. Aku memujuk agar si buah hati dekat dengan abahnya. Namun tidak berjaya.

Kali kedua hari yang sama. Berjumpa lagi. Tetapi si buah hati tetap sama. Aku terus memujuk...namun tak diendahkan. Justeru, aku menjelaskan...mungkin sudah lama si buah hati tidak melihat abahnya. Sebab itu. si buah hati tak mahu dekat.

Namun, jauh disudut hatiku, di dalam setiap doaku, aku sentiasa mendoakan orang-orang yang aku sayang, orang yang pernah aku sayang.


***Bilaakuterharu

No comments :

Post a Comment