Tuesday, 22 July 2014

Kisah Semalam, Kerana Terpaksa

Assalamualaikum saya,

Kisah semalam....

Kerap juga dengar macam macam hal berlaku....anak ditinggal dalam kereta. Huhuhu gerun juga...

Nauzu billah minzalik

“Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami).”

Kadang kala, bukannya sesuka nak bawa anak. Terutama ketika berbeli barang di celah-celah kesibukkan. Sebenarnya, ada ketikanya terpaksa rela. 

Kisah semalam...

Saya ke klinik terpaksa rela bawa anak dan juga membayar zakat di Baitulmal. Alhamdulillah anak tak banyak kerenah.

Kisah semalam...hari ke dua...

Saya membeli keperluan... terpaksa rela membawa anak. Tetapi taklah tinggalkan anak keseorangan dalam kereta. Dan...........
Saya dapat rasakan..perasaan hidup keseorangan, semangat itu, dan saya bersyukur sesangat.....saya telah dipermudahkanNya dalam segala hal. Alhamdulillah. Cuma satu....saya tak boleh nak tahan. Bila anak merengek-rengek....huhuhuhu. Hanya Dia yang tahu...Maha Mengetahui.

Wahai saya,
Hargailah orang yang menyayangimu....keluargamu khususnya. Mereka sentiasa ada untuk kamu. Specially my mum, my elder sis, my yonger sis,also my brother ... Thanks a lot my beloved....Your support. Semoga Allah sentiasa memberkati kita. 

Surah Kesukaan Saya

Assalamualaikum saya,

Dimulakan dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dan

Zikir Hari Ini .... 

Astaghfirullahal 'azim 

Aku memohon keampuanan kepada Allah Tuhan Yang Esa

Fadhilat: Setiap satu kali bacaan, Allah akan hilangkan satu titik hitam dalam hatinya.

Setiap orang pasti ada kesukaan masing-masing. Termasuklah saya. surah yang menjadi kesukaan saya..pastinya akan kerap kita baca daripada surah yang lain. But Yassin still the number one.  Iaitu

SURAH AL-WAQIAH (surah yang ke56-mengandungi 96 ayat)
Rasulullah saw bersabda:
” Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi miskin selama-lamanya”

 Dan pastinya..........................

Alhamdulillah.... walaupun tidak sekaya seperti orang lain, namun saya bersyukur.... sentiasa mencukupi.

Walaubagaimanapun, untuk menambahkan pengetahuan saya khususnya, ada baiknya saya berkongsi juga kelebihan surah yang terpilih:

SURAH AL-KAHFI (surah yang ke-18-mengandungi 110 ayat)
Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”

 SURAH AS-SAJDAH (surah yang ke-32-mengandungi 30 ayat)
Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata:”Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk”
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar.

SURAH YAASIN (surah yang ke-36-mengandungi 83 ayat) 
Daripada Ma’qil ! Ibni Yasar berkata:
“Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran”.

SURAH AD-DUKHAN (surah yang ke-44-mengandungi 59 ayat)
Daripada abi Hurairah r.a. berkata :nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya”.


SURAH AL-MULK(surah yang ke-67-mengandungi 30 ayat)
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata:
“Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!”
Dan Nabi saw bersabda:
“saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku”.

SURAH AL-HASYR(surah yang ke-59-mengandungi 24 ayat)
Nabi saw bersabda:
“Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati syahid”

Monday, 7 July 2014

anakku....

assalamualaikum...

Saya masih cuti..tujuan utk rehat Sebab masih rasa tak cukup sihat.
Supaya apabila masuk kerja..lebih bersemangat.

Hari ini juga, anak merengek-rengek..Tak tahu kenapa? Aduhai wahai anak.Mama tak tahan mendengar rengek itu.Dengan mudahnya air mata ini jatuh.Ya Allah! kenapalah air mata ini tak boleh ditahan. Sejujurnya, saya memang tak mampu menahan air mata bila mana anak merengek seperti manahan sakit. Ya mama tahu, anak memang menahan sakit. Hidung beringus menyukarkan anak bernafas.Saya ingin menyedut hingus anak dengan mulut mama.Tetapi mama sendiri kurang sihat..khuatir anak mama dijangkiti. Oh Tidakkkkkkkk....
Saya bagi anak syrup dr klinik...betapa sukarnya anak nak telan..saya paksa juga supaya ditelan.
Selepas itu anak termuntah...banyak...bimbang juga...dalam masa yang sama, lega.Sekurangnya lendir keluar.Mama tak kisah anak muntah atas  mama...tertumpah kat sofa.Yang penting anak mama sihat. Mama rindu anak mama senyum senyum...senyuman anak ..adalah penghibur mama, penawar mama.Buah hati mama.
Anak....
Dalam doa mama, sentiasa ada anak.Semoga menjadi anak yang solehah. Berguna kepada keluarga, agama, negara.

Love u so much anak.muahhhhhh....

cuti...dua hari

assalamualaikum...

Hari ini isnin 7 julai 2014. Pastinya hari bekerja bagi negeri sarawak.
Saya bersiap seperti biasa turun ke ofis...dalam hati berniat hendak jumpa boss mohon cuti. Bukan sesaje nak cuti tanpa dirancang.Tetapi terpaksa. Kaau.boss bagi alhamdulillah.
Dah.minta kawan taipkan permohonan cuti dan jumpa boss.

Saya:  Boss, saya minta maaf.saya nak mohon cuti dua hari.

Boss: Kenapa perlu dua hari? (muka boss macam tak setuju)

Saya: Hari ini saya nak ke klinik. Jumaat lepas memang saya cuti juga..tapi masa itu saya tak larat bangun demam..batuk...asma saya datang.Tak yakin nak drive. Siapa nak drive untuk saya? Saya tak ada orang temankan.

Boss: (muka.macam tak puas hati)

Saya : Saya nak.sembuh.nak makan ubat. saya tahu..bila makan ubat saya akan tertidur. (coz semalam makan ubat asthma dan nose) tertidur sampai petang. ubat saya makan tu baki bulan april ada sebiji. saya telan aja.ni yang nak pergi klinik.

Boss: bla...blaas..blaaa

Saya: Esok ada program...saya cuti.tapi tak apa boss...saya akan uruskan dulu. saya akan maklumkan kepada penganjur.

Saya uruskan apa-apa yang patut.alhamdulillah. saya dipermudahkan.

Siapa yang nak sakit...itu dugaan.dugaan. saya fikir lebih baik cuti daripada melongok longok kat opis...huhuhu

Wednesday, 2 July 2014

hari ini

assalamualaikum w.b.t

aku cuti....yahooooooooo....ingat nak duduk rumah dan siapkan tempahan sendiri.hurmmmm....dpt panggilan suruh menghadirkan diri.okey..aku pergi. beres..tapi kena tangguh.tak apa.boleh terima lagi.prosedur kena ikut kan.

seterusnya..pergi destinasi ke dua.alhamdulillah dapat dah.senyum girang.sekian lama aku tunggu.yang tak best..apa yang aku dapat..aku juga kehilangan..kena keluarkan duit.aiyaaaa.....tapi tak apa.keperluan kan..so kenalah bayar.

destinasi le tiga.dah sediakan duit nak bayar...huwaaaaaaa..rupanya kena bayar rm150.Ingat rm70 je...muka yang bertugas di kaunter pon serius..jawab...pon ala kadar.huh!!kalau ada peti cadangan..i know what should I do.Dahla kena tunggu lama..saya datang tak ada org di kaunter.Mujur ada seseorang maklumkan petugas tu.Tak apa....sabar je. Huwaaaaaa.....huwaaaaa tak bestlah...check record ada saman speedtrap...rasa nak down aja.huhuhuhu......tak apa ...silap sendiri.

destinasi ke empat...done..tahniah kepada diri saya.

destinasi ke lima...terus balik rumah.tak ada semangat.kena tarik nafas lega dulu.

Saturday, 28 June 2014

Ayam Panggang Untuk Berbuka

Assalamualaikum..

Ketakkk...ketungggg...ketakkk...ketakkk...ketunggg...

"Haihhh.....awalnya memasak". Adik saya menegur.

"Mestilah awal...tak akan nak makan baru nak buat ayam ni"saya beritahu dia.

Sebenarnya...saya nak berbuka nanti dgn ayam panggang. Kenela perap awal ayam tu supaya menyerap rasa bhan bahannya.

Petang karang tak adalah tegesa-gesa kan.hehehe...

Tadi...saya sediakan:
kepak ayam (dipotong 2) siap kira berapa org nak makan.
sos tiram
kari
gula apong
ketumbar
lengkuas
serai sikit (sbb panggang saya suka letak)
halia(saya suka byk)
jintan manis
lada putih sulah/biji
garam sikit.
ingat nak letak cili (tak jadi sbb nak buat pencicah lepas ni.)

Pencicah utk sebulan:
kicap tong nam (kicap lain boleh juga:masin)
limau kasturi
cili byk byk(kalau nak pedas sesangat)
beberapa ulas bwg putih
sos
gula pasir
####semua tu diblender

Malam Pertama

Assalamualaikum...

Malam pertama tarawih. Alhamdulillah. Semoga kehadiran ramadhan kali ini lebih bermakna untuk saya. Walaupun kali ini agak berbeza....
Malam pertama tarawih di kampung...penuh surau.Alhamdulillah. Bersemangat...semoga amalan kita semua diterimaNya.
Harapan saya juga...moga dapat realisasikan hasrat saya.