Tuesday 28 October 2014

Si BuahHati Part 2

Assalamualaikum Aku..................

Bila dikenang kembali, sungguh cepat masa berlalu. Setahun... Berbulan-bulan sudah berlalu.Si buah hati semakin bijak...melihat keletah, membesar dengan sihat membuatkan aku tak merasakan masa itu berlalu dengan cepat.Syukur alhamdulillah, kerana diberi peluang , dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki dan dilapangkan dada.

Satu ketika itu, tak mungkin aku lupakan. Air mata itu kembali jatuh...sungguh pon telah berpisah, namun aku tak menghalang abahnya berjumpa dengan si buah hatiku. Air mataku jatuh tatkala melihat si buah hati begitu ketat dan ketat...ketat sangat....memeluk aku. Aku tak pasti kenapa dengan si buah hati. Aku memujuk agar si buah hati dekat dengan abahnya. Namun tidak berjaya.

Kali kedua hari yang sama. Berjumpa lagi. Tetapi si buah hati tetap sama. Aku terus memujuk...namun tak diendahkan. Justeru, aku menjelaskan...mungkin sudah lama si buah hati tidak melihat abahnya. Sebab itu. si buah hati tak mahu dekat.

Namun, jauh disudut hatiku, di dalam setiap doaku, aku sentiasa mendoakan orang-orang yang aku sayang, orang yang pernah aku sayang.


***Bilaakuterharu

Manzil

Assalamualaikum Saya...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Manzil merupakan himpunan pilihan ayat-ayat al-Quran. Ayat penyembuhan beberapa penyakit zahir dan batin serta pelindung dari serangan sihir @ ilmu syaitan.

Sememangnya amat-amat digalakkan untuk mengamalkannya.





** Jutaan Terima Kasih utk sis saya di atas pemberian senaskhah risalah kecil Manzil Resam Uthmani

Monday 13 October 2014

Surat Jual Beli Tanah

Assalamualaikum.....

Pastinya  ramai yang telah/akan mengalami proses jual beli tanah. Saya juga telah mengalami perkara yang sama. Gerun juga mendengar pengalaman segelintir di antara mereka yang telah diperdayakan @ pon disebabkan mereka sendiri yang memandang ringan akan perkara ini.

Terus terang, saya kalau sebolehnya tidak mahu perkara ini berlaku. Sungguh kasihan kan.....setelah berusaha dan mengeluarkan duit akhirnya bukan jadi milik kita.

Justeru;
1. Saya mempastikan status tanah tersebut. Contohnya bertanya empunya/ sesiapa yang berkenaan/ rujuk kepada pihak Tanah dan Servei.*** part berurusan dengan pihak Tanah & Servei yang kene banyak bersabar. Apapun terima kasih juga kerana membantu.

2. Saya mempastikan prosedur jual beli tanah. Kalau tanah yang tidah ada geran...penghulu @ Ketua Kampung boleh mengesahkan jual-beli tersebut. Sekiranya mempunyai geran, maka lantiklah peguam.
Semestinya dapatkan pelan lokasi tanah tersebut.

3. Tanah yang saya beli tidak mempunyai geran. Makanya saya draf surat sendiri...apabila selesai maka bolehlah memohon kepada pihak Tanah & Servei untuk mengeluarkan geran.




PERJANJIAN JUAL BELI TANAH
Antara

Penjual
Dan
Saya

Lokasi


Perjanjian Jual Beli ini di buat pada  _______________________ antara :

Nama              : Penjual
No IC               :
Alamat             :

Dalam hal ini bertindak atas nama diri sendiri selanjutnya disebut PIHAK PERTAMA.

Nama              :
No IC               :
Alamat             :

Manakala pembeli  disebut sebagai PIHAK KEDUA.

PIHAK PERTAMA telah menjual tanah kepada PIHAK KEDUA dengan perincian seperti berikut:
Rujukan (ikut pelan tanah)

Pemilik                               :  
Lokasi                                :  (Pelan Lokasi Dilampirkan)
Keluasan Yang Dijual        :  
Harga Yang Dipersetujui   :   
Status Tanah                     :  

Kedua belah pihak bersepakat untuk mengadakan ikatan perjanjian jual-beli di mana syarat dan ketentuannya yang di atur adalah seperti berikut :

Pasal 1 : JAMINAN PIHAK PERTAMA
PIHAK PERTAMA memberikan jaminan penuh bahawa tanah berikut yang dijualnya adalah:
1.            Milik sah peribadinya.
2. Tidak ada orang atau pihak lain yang memilikinya.
3.    Hak pemilikkannya tidak sedang dipindahkan atau sedang dijaminkan kepada orang atau pihak lain dengan cara bagaimanapuun juga dan
4.    Tidak sedang dalam masalah atau sengketa, baik dengan keluarga PIHAK PERTAMA mahupun pihak lain.

SAKSI-SAKSI     
Jaminan  PIHAK PERTAMA sebagaimana tertulis dalam pasal 1 tersebut di atas dikuatkan oleh dua orang yang turut menandatangani surat perjanjian ini selaku saksi.

Kedua orang saksi tersebut adalah:

Saksi 1
Saksi 2
Tandatangan :
Tandatangan :
Nama       :
Nama        :
No IC        :
No IC         :
Hubungan :
Hubungan  :

CARA PEMBAYARAN
Untuk pembayaran tanah tersebut PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA bersetuju pembayaran di buat secara tunai.

PENUTUP
Demikian perjanjian ini dipersetujui dan dibuat serta ditanda tangani oleh kedua-dua belah pihak :
PIHAK PERTAMA
PIHAK KEDUA
Tandatangan :
Tandatangan :
Nama    :
Nama    :
No IC     :
No IC     :

 SAKSI 1: PIHAK PERTAMA
SAKSI 1 : PIHAK KEDUA
Tandatangan :
Tandatangan :
Nama    :
Nama    :
No IC     :
No IC     :

SAKSI 2 : PIHAK PERTAMA
SAKSI 2 : PIHAK KEDUA
Tandatangan :
Tandatangan :
Nama    :
Nama    :
No IC     :
No IC     :

DI SAHKAN OLEH
Tandatangan :
Nama    :
No IC     :