assalamualaikum....
wahai hatiku...
hari demi hariku tanpa dirimu..
aku tak menduga kau akan tinggalkan diriku...
terkadang rindu datang bertamu...
tanggungjawab aku melupakan dirimu..
jauh kau pergi...tinggalkan aku...
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil, aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia dan kurniakanlah aku kebajikan di dunia dan di akhirat."
رَبَّنَا
ءَاتِنَا فِي
الدُّنْيَا حَسَنَةً
وَفِي الآخِرَةِ
حَسَنَةً وَقِنَا
عَذَابَ النَّارِ
|
assalamualaikum...
Hari ini saya cuti....bukan untuk merehatkan diri, bukan juga hal diri sendiri. Tetapi untuk si buah hati.
Saya tak sampai hati, pergi keje meninggalkan si buah hati y tak sihat. Saya amat bersusah hati....bilamana dia tido dlm keadaan hidung yang beringus menyukarkan dia bernafas. Dengan batuknya lagi.
Selepas solat subuh dia terjaga, nelihat dia tersenyum mcm terpaksa. Melihat mamanya senyum....dibalasnya senyum.Tersentuh hati saya.
Pagi ini juga, saya memulakan aktiviti menyedut. Saya lakukan untuk si buah hati. Setiap kali dia bersin, saya akan menyedut keluar. Alhamdulillah...berkali-kali sudah disedut...nampak selesa sikit.
Mama tak sabar menunggu dia sihat.Boleh senyum girang...
Muahhhhhhhhhhh sayang ketat ketat.
assalamualaikum...
Lama tak menulis. Kekangan oh kekangan.....sebab itu saya tidak menyinggah.
Mata dah tak nak lelap. Saya terasa ingin meluahkan kerisauan d hati dan kesedihan y membuatkan saya menangis.
Buah hati saya tidak sihat....umur baru empat bulan. Sejujurnya, saya tidak dapat menahan air mata. Kalau boleh biarlah tidak sihat itu diberi kepada saya.
Buah hati saya seakan mengerti bila melihat saya menangis. Matanya memandang ke arah saya. Ya Allah, saya bersyukur dan redha apa yang telah ditetapkan olehMu kepada hambaMu ini.
Saya bermohon kepadaMu agar dilapangkan dada dan sentiasa dicekalkan hati serta dipermudahkan urusan.
Amin..